Saturday, August 29, 2015

Naurah







"Naurah kerja ke..?"

"Tak kerja makcik, buat masa ni teman ibu di rumah." Naurah senyum seulas sambil menuangkan air teh ke cawan-cawan kosong.

"Owh.. Kamu tak grad ke Naurah?"

"Alhamdulillah makcik, cuma kerja nanti-nanti dulu, insyaAllah."

"Nanti-nanti ni selalunya terlajak terus." Makcik Wan ketawa yang seperti dibuat-buat.

"Makcik bukannya apa, cuma kalau dah belajar bertahun-tahun tapi tak kerja bagi makcik membazir je. Lagi-lagi sekarang ekonomi meleset. Tapi tulah kan, sekarang grad pun belum tentu senang dapat kerja, kos kat universiti pun banyak yang entah ape-ape. Belajar susah-susah, akhirnya tak berguna sangat pun." Tambah makcik wan.

Adlin yang sedang menyiapkan kerja sekolah menjeling tajam. Mak Nah hanya menarik nafas panjang, ada keluhan halus kedengaran. Dari dulu Wan tak pernah berubah. Ada saja kritik dan komen melulu yang menyakitkan hati, bisik hatinya.

Naurah tersenyum tipis.

"Ada rezeki nanti saya kerja juga makcik. InsyaAllah." Balas Naurah.


..............


"Kenapa kakak setiap kali ditanya, jarang sekali direct to the point, bagi tahu je terus yang kakak ni dah grad sebagai doktor cuma kakak tangguh posting atas sebab kesihatan, tak adalah sesiapa merendahkan kakak.." 

Suara adlin mendatar memecah kesunyian malam. Suasana malam di kampung ini sunyi, namun bagi Naurah yang sudah terbiasa tinggal di bandar, bunyi cengkerik belum membuat jemu di hati. Serambi luar rumah menjadi tempat kegemarannya. Naurah memandang Adlin yang tekun menghadap laptopnya dengan dahi yang berkerut. Entah kerja apa yang dibuatnya, bisik hatinya. Naurah menghirup air teh, dia tersenyum nipis.

"Lin, adakalanya satu bagian dari tubuh dan jiwa kita akan menjadi sangat susah ditambat, payah nak dijaga. Ianya meronta seperti haiwan liar."

"Huh?" Adlin berkerut lagi. 

"Itulah hati."

"Maksud kakak?"

"Kakak takut kakak jadi bangga diri."

Kini Adlin memandang Naurah tepat ke matanya.

"Kakak tak mungkin akan jadi macam tu."

"Kenapa?"

"Sebab kakak orang baik."

Naurah menggeleng-geleng kepalanya, dia tersenyum tawar.

"Tak salah kan, kita berhak dilayan dengan adil selepas usaha kita. Man jadda wa jadda. Siapa yang berusaha, dia akan dapat. Setiap apa yang kakak ada, setiap kedudukan di dalam masyarakat, semua itu hasil daripada kerja keras." Adlin mencebik. Belum berpuas hati.

Naurah tergelak. 

"InsyaAllah..

Nikmat selepas usaha tu kita akan dapat Lin, insyaAllah. Allah akan bagi rasa manis tu, dan semoga Allah bantu kita untuk beramal menggunakan nikmat tu. Jangan risau, kakak tak sikit pun rasa kecik hati dengan kata-kata makcik. kakak lagi selesa macam ni. 

Kakak juga tahu setiap kelebihan yang kita miliki ialah aset buat ummah. Islam perlu bangkit dengan muslim yang berjaya. Namun definisi berjaya itu kena merangkumi dua benda, inside and out. Kedudukan yang tinggi tanpa taqwa dan zuhud akan melahirkan jiwa yang lalai dan lemah.

Mula-mula kita buat kerana Allah, mendapatkan dunia kerana ummah dan agama, namun tidak mustahil satu hari nanti kita akan jatuh cinta pada dunia ini dan takut untuk kehilangannya."

Naurah mengelus lembut,

"Dan bagi kakak, jiwa ni belum cukup kalis dan kuat.

Di hospital berpuluh-puluh orang panggil kakak doktor, kakak kena berjalan sana sini pakai whitecoat, gantung stetoskop di leher, di depan patient, di cafe adakalanya berhabuk kita speaking dengan istilah-istilah yang luar biasa, kepandaian kita terserlah. Di dalam konferens kita berusaha menampilkan tahap educational kita yang terbaik dengan pandangan-pandangan yang bernas. Status-status facebook kita adakalanya menceritakan kisah medical kita, kisah hospital, on call dan sebagainya. Kita bukan tak tahu bahawa masyarakat sedang memperhatikan kita.

Kalaulah Lin tahu betapa nazaknya hati seorang doktor itu nak compensate dengan perasaan jangan takabbur dan bajet bagus tu, malah mungkin ramai yang dah terbiasa dan hidup dengannya hingga tidak perasan akan penyakit yang dihidapi jiwanya.

Seperti orang yang ada masalah Chronic Obstructive Pulmonary Diseases (COPD), setiap hari pernafasannya di bawah kapasiti normal namun baginya itu biasa. Baginya itu normal. 

Mereka akan kata,

"Pakcik tak sakit."

"Pakcik sihat je."

Sedangkan bila kita bandingkan dengan orang biasa, bila kita measure secara empirikal, paru-parunya sudah tidak lagi berfungsi dengan maksimal..

Begitulah qalbu kita.

Sayangnya kita tak ada X-ray untuk melihat tompokan hitam dan menilai gelap terangnyanya qalbu itu.

Sayang sekali."





Sunday, August 16, 2015

Remedial.

Bismillahirrahmanirrahim.,



Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.

–Khalifah Ali bin Abi Thalib-



Selama aku hidup di dunia, aku menemui begitu ramai insan yang sangat sabar dan kuat hatinya,

Ramai sekali.

Hingga aku jadi kecewa dan terkilan,

Kerana aku dapati diriku belum menjadi salah seorang daripadanya.

.............

...................


Tahun pertama klinikal mengajar diri ini akan seribu satu hikmah.

Mengenal apa itu kerja keras,

Kejayaan mahupun kegagalan,

Mengetahui hakikat medical field dari kaca mata hospital, 

Juga mengenali siapa ikhwah akhawat kita.

First impression yang penuh flaws dan cacat cela sudah berlalu, yang tinggal hanya masa depan untuk diperbaiki, insyaAllah..

...............................

Mungkin ada yang susah memahami apa yang saya cuba sampaikan, 

Dipendekkan cerita, setiap dari kita pasti mengetahui akan baik buruk percubaan dan pembawaan kita di peringkat awal, sama ada dari segi study mahupun peribadi diri, juga pembawakan iman dan amal kita.

Setelah dapat keputusan akhir peperiksaan ulangan tempoh hari, selain sujud syukur berterima kasih padaNya, aku turut bermuhasabah dalam-dalam. Percayalah bahawa setiap air mata yang telah ditumpahkan di masa susah kita akan menjadi sia-sia jika hanya result 'lulus' itu saja yang menjadi penamatnya. Daripada hari result yang awal dulu keluar, hingga akhirnya lulus dalam remedial, sudah lebih 6 bulan berlalu, dan selama 6 bulan inilah hati selalu diulit resah.

Sungguh,

'lulus' bukanlah pengubat luka yang mutlak, kerana kita telah melalui lebih daripada sekadar peperiksaan. Namun kesan dan pembersihan hati kitalah yang merupakan 'kesembuhan' yang sebenar-benarnya.

Dulu aku selalu terfikir,

"Selagi jiwa kita belum 'sembuh', ianya seolah-olah mustahil untuk kita mendapat hikmah daripada ujian yang dilalui."


Aku double check diri dan hati, bagaimana  keadaannya..?

Setelah jatuh dan melalui kesusahan, adakah aku kini semakin rendah hati? Adakah aku kini semakin kuat daya tahan dan lebih sabar? Adakah aku makin kuat pergantungan padaNya? Adakah aku kini sudah lebih kuat daripada sebelumnya?

Dan di masa sulit itu aku turut mengenali ikhwah dan akhawat. Yang aku tahu, mereka ini ialah lingkungan paling aman dan akan memberi yang paling baik di antara semua manusia. Yang paling kuat memberi sokongan, yang paling memahami, yang paling bersangka baik. 

Kerana itu, di saat kita sedar wujudnya kekurangan, kita tahu bahawa kita sendiri harus memperbaikinya di masa-masa depan.

Kitalah ustad ustajah yang pandai berbicara mengenai ujian, hakikat usaha dan natijah, qada' dan qadar dan sebagainya, kerana itu ustad dan ustajah ini tidak wajar menyakiti manusia dengan membesarkan kelemahan mereka, ataupun memandang rendah pada mereka yang terjatuh diuji TuhanNya. Setiap orang berhak diberi harapan dan ruang untuk memperbaiki diri, bukan menghukum.

Jangan,

Jangan sesekali keluar secara direct dari lisan kita, di dalam status ataupun sesuatu yang formal seperti syuro dan sebagainya. 

"Kegagalan ikhwah akhawat boleh menjadi fitnah pada dakwah."


Atau bertanya pada mereka,

"Kenapa boleh jadi sampai begini? "

"Adakah enti kini mahu menyalahkan dakwah atas kegagalan study?"


Seolah-olah nak mengatakan,

"Kami pun berdakwah juga tapi boleh lulus."



Sekalipun mesej ini begitu 'tempting' untuk kalian sampaikan, silalah telan dahulu.

Ingatkan diri kembali, bahawa mereka hanya manusia yang mempunyai hati., bukan malaikat.

Sebaliknya gunakan saluran yang lebih halus, murobbi, muwajih yang neutral atau teman-teman akrab yang lebih tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jika mahu bantu, bantulah dengan cara yang positif. Mereka bukan tidak boleh ditegur atau dinasihati, namun jiwa orang yang sedang diuji ini berbeza dan lebih sensitif. 

Malah kita tak tahu sudah berapa kali dia mendengar mesej-mesej sebegini. Entah sudah berapa kali dia menerima tekanan yang sama. Jika dia mampu bersabar dan terus berusaha, mengapa kita pula yang hilang kesabaran..?  Kenapa aku boleh menulis begini, kerana aku sudah merasakan keadaan yang sama, exactly.








p/s: Satu perkara yang aku perasan di saat posting remedial, kebanyakan doktor-doktor yang mengajar lebih lentur dan lembut layanannya, malah memberi kata-kata semangat supaya kami tidak berputus asa. Sekalipun lecturer tersebut jugalah yang selama ini terkenal dengan kebengisannya.

This is the truth.

Other's pain soften's not only the person, but also the people in the surrounding, I believe. We are living in a world where Allah has created kindness and fairness, thus, be fair, people. Be kind, InsyaAllah. 

:')




Taaruf

Bismillahirrahmanirrahim. 9 Julai, setahun yang lalu. Mungkin hari ini ialah hari yang tak begitu diingati, namun bermakna buat seseteng...