Sunday, August 16, 2015

Remedial.

Bismillahirrahmanirrahim.,



Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.

–Khalifah Ali bin Abi Thalib-



Selama aku hidup di dunia, aku menemui begitu ramai insan yang sangat sabar dan kuat hatinya,

Ramai sekali.

Hingga aku jadi kecewa dan terkilan,

Kerana aku dapati diriku belum menjadi salah seorang daripadanya.

.............

...................


Tahun pertama klinikal mengajar diri ini akan seribu satu hikmah.

Mengenal apa itu kerja keras,

Kejayaan mahupun kegagalan,

Mengetahui hakikat medical field dari kaca mata hospital, 

Juga mengenali siapa ikhwah akhawat kita.

First impression yang penuh flaws dan cacat cela sudah berlalu, yang tinggal hanya masa depan untuk diperbaiki, insyaAllah..

...............................

Mungkin ada yang susah memahami apa yang saya cuba sampaikan, 

Dipendekkan cerita, setiap dari kita pasti mengetahui akan baik buruk percubaan dan pembawaan kita di peringkat awal, sama ada dari segi study mahupun peribadi diri, juga pembawakan iman dan amal kita.

Setelah dapat keputusan akhir peperiksaan ulangan tempoh hari, selain sujud syukur berterima kasih padaNya, aku turut bermuhasabah dalam-dalam. Percayalah bahawa setiap air mata yang telah ditumpahkan di masa susah kita akan menjadi sia-sia jika hanya result 'lulus' itu saja yang menjadi penamatnya. Daripada hari result yang awal dulu keluar, hingga akhirnya lulus dalam remedial, sudah lebih 6 bulan berlalu, dan selama 6 bulan inilah hati selalu diulit resah.

Sungguh,

'lulus' bukanlah pengubat luka yang mutlak, kerana kita telah melalui lebih daripada sekadar peperiksaan. Namun kesan dan pembersihan hati kitalah yang merupakan 'kesembuhan' yang sebenar-benarnya.

Dulu aku selalu terfikir,

"Selagi jiwa kita belum 'sembuh', ianya seolah-olah mustahil untuk kita mendapat hikmah daripada ujian yang dilalui."


Aku double check diri dan hati, bagaimana  keadaannya..?

Setelah jatuh dan melalui kesusahan, adakah aku kini semakin rendah hati? Adakah aku kini semakin kuat daya tahan dan lebih sabar? Adakah aku makin kuat pergantungan padaNya? Adakah aku kini sudah lebih kuat daripada sebelumnya?

Dan di masa sulit itu aku turut mengenali ikhwah dan akhawat. Yang aku tahu, mereka ini ialah lingkungan paling aman dan akan memberi yang paling baik di antara semua manusia. Yang paling kuat memberi sokongan, yang paling memahami, yang paling bersangka baik. 

Kerana itu, di saat kita sedar wujudnya kekurangan, kita tahu bahawa kita sendiri harus memperbaikinya di masa-masa depan.

Kitalah ustad ustajah yang pandai berbicara mengenai ujian, hakikat usaha dan natijah, qada' dan qadar dan sebagainya, kerana itu ustad dan ustajah ini tidak wajar menyakiti manusia dengan membesarkan kelemahan mereka, ataupun memandang rendah pada mereka yang terjatuh diuji TuhanNya. Setiap orang berhak diberi harapan dan ruang untuk memperbaiki diri, bukan menghukum.

Jangan,

Jangan sesekali keluar secara direct dari lisan kita, di dalam status ataupun sesuatu yang formal seperti syuro dan sebagainya. 

"Kegagalan ikhwah akhawat boleh menjadi fitnah pada dakwah."


Atau bertanya pada mereka,

"Kenapa boleh jadi sampai begini? "

"Adakah enti kini mahu menyalahkan dakwah atas kegagalan study?"


Seolah-olah nak mengatakan,

"Kami pun berdakwah juga tapi boleh lulus."



Sekalipun mesej ini begitu 'tempting' untuk kalian sampaikan, silalah telan dahulu.

Ingatkan diri kembali, bahawa mereka hanya manusia yang mempunyai hati., bukan malaikat.

Sebaliknya gunakan saluran yang lebih halus, murobbi, muwajih yang neutral atau teman-teman akrab yang lebih tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jika mahu bantu, bantulah dengan cara yang positif. Mereka bukan tidak boleh ditegur atau dinasihati, namun jiwa orang yang sedang diuji ini berbeza dan lebih sensitif. 

Malah kita tak tahu sudah berapa kali dia mendengar mesej-mesej sebegini. Entah sudah berapa kali dia menerima tekanan yang sama. Jika dia mampu bersabar dan terus berusaha, mengapa kita pula yang hilang kesabaran..?  Kenapa aku boleh menulis begini, kerana aku sudah merasakan keadaan yang sama, exactly.








p/s: Satu perkara yang aku perasan di saat posting remedial, kebanyakan doktor-doktor yang mengajar lebih lentur dan lembut layanannya, malah memberi kata-kata semangat supaya kami tidak berputus asa. Sekalipun lecturer tersebut jugalah yang selama ini terkenal dengan kebengisannya.

This is the truth.

Other's pain soften's not only the person, but also the people in the surrounding, I believe. We are living in a world where Allah has created kindness and fairness, thus, be fair, people. Be kind, InsyaAllah. 

:')




Saturday, July 11, 2015

Catatan

Bismillahirrahmanirrahim..



I have a habit of writing in a diary. 

What? Diary?

Yes, whatever you called  it. A diary, catatan peribadi, buku rahsia.

Kenapa, pelik sangat ke..? 

:)

Sejujurnya saya suka menulis. Dan pada kebanyakan masa, saya menulis untuk diri sendiri, adakalanya untuk orang lain.

Dan saya tidak memiliki hanya sebuah diari/catatan. I have almost ten of it. Mungkin sebab dah menulis pun beberapa tahun lamanya. Namun kebanyakan yang lama saya buang, sebahagiannya masih ada terutamanya yang dalam bentuk softcopy dan yang terkini sentiasa berada di rak meja, tersedia untuk dicoret :)

Saya percaya setiap orang ada cara masing-masing, bagaimana mereka membuat maintenance peribadi. Jika di dalam ibadah khusus kita ada mutabaah, di dalam urusan jiwa, akhlak, dan muhasabah saya lebih suka menulis. Saya teringat kata-kata seorang doktor, jika ada satu masa kita berasa sedih,



 "Buatlah apa yang mahu anda buat untuk melepaskan kesedihan itu selagi tidak menyalahi agama dan undang-undang. Mengadu pada-Nya yang Maha Pengasih dan Penyayang adalah jalan terbaik."






........................................................

Apa jua yang kita ucapkan selalunya tidak kekal,

Janji dari lidah adakalanya dilupakan.

Sedangkan ungkapan  'InsyaAllah' saja kita buat main-main seperti basa basi kita.


Namun apa yang tertulis tetap akan terpahat.

Setiap janji, azam dan muhasabah kita akan kembali memukul diri saat dibaca semula suatu hari nanti.

Kerana ajaibnya impak pena penulisan ini, saya melihat betapa cantiknya Allah memberi bayangan kepada kita menerusi satu hadith sahih,



Dari Abul ‘Abbas ‘Abdullah bin ‘Abbâs Radhiyallahu anhuma , ia mengatakan, “Pada suatu hari, aku pernah dibonceng di belakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau bersabda, ‘Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: 

‘Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu. Jika engkau memohon (meminta), mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, bahwa seandainya seluruh umat berkumpul untuk memberi suatu manfaat kepadamu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepadamu, kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu. Sebaliknya, jika mereka berkumpul untuk menimpakan suatu kemudharatan (bahaya) kepadamu, maka mereka tidak akan dapat menimpakan kemudharatan (bahaya) kepadamu, kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.’” 


[HR. at-Tirmidzi, dan ia berkata, “Hadits ini hasan shahîh.”]






"Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering."



Membaca ayat ini memberi sesuatu cengkaman yang kuat ke dalam hati kita.

"Its all written."


Menerusi kupasan hadith, syarah di dalam Al Wafi ini menarik perhatian saya


"Ini adalah kiasan yang menunjukkan bahwa penulisan semua takdir telah selesai sejak dahulu kala. Karena sebuah buku jika telah selesai ditulisi, pena-pena diangkat darinya, dan telah berlalu sekian lama, maka tinta yang dipakai menulis menjadi kering, dan buku-buku yang ditulis dengan tinta itu menjadi kering pula. Ini merupakan kiasan terbagus dan terindah." 



:')

Aku tahu, setiap dari kita ingin menceritakan banyak benda mengenai dirinya. Buktinya lihatlah banyak sungguh throwback, luahan perasaan, hashtag, status-status dan gambar di laman sosial. Betapa ramainya orang ingin didengari pendapatnya, ingin dilihat atau berkongsi pengalamannya. :) 

Namun, apa sekalipun, jangan pernah lupa untuk menulis, melihat dan bercakap dengan diri sendiri. Supaya setiap pengalaman, cerita dan ibrah tu benar-benar mengesan pada diri, sebelum orang lain..






Whatever it is,

It is how we bring out the better of us after everything that we've gone through, insyaAllah.

Allahua'lam,



May Allah bless and forgive us in this holy month of Ramadhan :)













Saturday, June 13, 2015

Frail heart.


Frail heart.

Frail can be weak,

And it can be delicate.

While delicate is fragile.

We are having a frail, weak and fragile hearts, I believe. 


It might not be 'we' but at least its me.

.............




Pantasnya masa, sudah hampir setahun masa berlari. 

Aku teringat kata-kata kak Fazu,

"Manusia akan sentiasa resah pada dua perkara, pertama ialah ketakutan pada masa depan yang belum diketahui, dan yang kedua ialah sesalnya terhadap masa lalu yang tak mampu diubah."


Hakikatnya, kedua-duanya tidak berguna kerana ianya bukan di bawah penguasaan kita. Namun begitulah manusia, hatinya dijadikan rasa takut agar dia belajar untuk berharap padaNya. Dititipkan rasa sesal agar dia belajar memperbaiki diri.

Hati ini seharusnya bebas ibarat burung. Dengan sekuat-kuat tawakkal kepada Allah. 


Tawakkal.







Untuk membuat sesuatu keputusan adakalanya mengambil masa yang sangat lama. Kerana ketakutan di dalam hati kita belum terlerai. Hakikatnya, istikharah dan istisyarah itu umpama bidikan yang tidak mungkin tersasar jika benar dan jujur di dalam melaksanakannya. 

Kejujuran kita seharusnya hanya ingin redhaNya, ingin mengatur langkah ke syurga bukan sebaliknya, 

Naudzubillah. 

Aku berdoa, semoga Allah hadirkan insan-insan yang sentiasa mendorong dengan ikhlas di saat senang dan susah, hingga sama-sama berpimpin tangan ke ke syurgaNya. Dan begitu juga aku memohon agar diri kita sendiri menjadi insan yang membawa orang lain ke syurga, bukan sebaliknya.  

Dia Musa a.s pernah berdoa,


"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu Harun saudaraku.

Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia,

Agar kami banyak bertasbih kepadaMu
dan banyak mengingatMu
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami."

(20: 29-34)

Ibu bapa,

keluarga,

ikhwah akhawat,

sahabat, guru, pesakit,

dan ya tidak lupa si dia, pasangan hidup.

biidznillah.



"Teguhkanlah aku dengan adanya dia."



Kita mungkin tidak akan mampu bersabar di dunia ini tanpa mereka yang sentiasa mendorong semangat, dan mengingatkan kita kepada Allah. 

Sedangkan Musa a.s meminta agar Harun a.s menemaninya, Muhammad s.a.w malah dirundung dukacita setelah kehilangan Saidatina Khadijah dan Abu Talib. Kerana itu aku mengira tiada salahnya kita meminta padaNya di dalam doa-doa kita. Boleh jadi mereka yang tidak kita sangka akan menjadi asbab kepada kekuatan kita satu hari nanti :')






















Wednesday, April 15, 2015

Yusuf.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah alaa kulli hal, syukur alhamdulillah.

Penat beberapa hari dihabiskan untuk berpindah apartment, kini aku mampu melihat sisi yang baru di luar jendela.. Tidaklah semua kesusahan itu benar-benar menyesakkan, sebenarnya :')




Dengan mensyukuri setiap ketentuanNya, hati akan lebih terbuka untuk melihat sisi-sisi kebaikan dan hikmah akan segala sesuatu.



"Jika agama gagal menawarkan harapan, itu bukan dari Tuhan"


Kata-kata Mat Luthfi ini  pernah viral satu masa dahulu. Lihatlah bahawa jika agama ini menjadikan jiwa makin terhimpit dan layu, ianya juga bukan dari Tuhan..

Kita banyak mendengar mengenai ad deen ini daripada mulut-mulut manusia, yang dai'e mahupun bukan da'ie, yang muslim mahupun bukan muslim. Kadangkala ianya ibarat angin lalu namun adakalanya ianya meresap hingga menjadi iman dan tasawwur yang berakar di dalam jiwa.

Jika ianya baik dan rabbani, beruntunglah. Namun jika sebaliknya, bertahanlah.

Tiada sesiapa yang meletakkan kita di dalam satu fasa ujian melainkan Dialah yang menentukannya. Aku teringat pengisian liqo kami  di dalam tadabbur surah Yusuf,



"Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menguji seorang nabiNya yang bernama Yusuf a.s, menjadikan baginda anak buangan, dibenci saudara-saudaranya, dihumban ke dalam penjara. Namun kesabaran dan self-esteem baginda tidak jatuh dan mundur. Baginda malah di akhir cerita menawarkan diri sebagai bendahara istana, walaupun baginda merupakan bekas banduan.."


"Walaupun baginda merupakan bekas banduan."



Sungguh,

Aku hampir menangis di setiap kali sepanjang beberapa minggu kami mentadabburi surah ini. 

Kerana hanya dengan benar-benar menghayati kalam Allah, jiwa kita mampu dibangkitkan. Bagaimana cara sekalipun kita ingin memberi peringatan dan muhasabah, tiada yang setanding dengan kalam ilahi kerana ayat-ayat Allah sentiasa mendorong dan memujuk. Tidak juga pernah mematikan harapan. Malah mengajar kita berharap dengan didikan doa dan usaha.

Betapa adakalanya kita terlalu banyak bersedih akan pandangan manusia, hingga lupa untuk mengasihani diri sendiri. Hakikatnya diri kita perlu untuk tetap merasa izzah..







Kerana itu,

Binalah hati dan pegangan jiwa sendiri dengan utuh.

Agar engkau jelas kepada siapa tempat merujuk dan bergantung harap. Di dalam apa-apa situasi sekalipun...

Ketahuilah bahawa jiwa yang rabbani itu sentiasa peka dan tahu, Bahawa Allah itu lebih dekat dan maha mengetahui...

.................................



Dialah yang paling mengetahui..,


akan perihal diri, 

segala esak dan tangis. 

sulitnya untuk menuntun jiwa, 

melawan gelojak rasa..




Sungguh, Dia lebih tahu :')











Friday, March 27, 2015

Taahaa


Adakalanya kita benar-benar merasakan terdapat satu tekanan yang menghimpit.

Hingga kepala memberat, jiwa terasa sempit dan goyah.

Dan di saat itu aku jadi takut akan diri sendiri.

Kecewa pun iya juga.


Tertekan.





.........................


Tipulah jika tiada sekelumit pun perasaan sedih setelah gagal. Sedangkan gagal menanak nasi lemak pun menimbulkan duka apatah lagi gagal posting.  

Jangan kau harap dia akan 'okey' sekelip mata kerana kononnya dia ini ukhti nan qowiy. Masih, jagalah tutur katamu kalau masih sayang gigi yang tersusun rapi. Dia memerlukan sedikit masa, percayalah.


Setelah beberapa waktu dia kembali bangkit. Kerana telah mengaku beriman ditegarkan hati untuk bersangka baik denganNya. Sungguh, dia pernah membaca firmanNya bahawa orang yang mengaku beriman itu akan diuji. Al ankabut ayat 2.


Apabila dapat tahu pula telah gagal pada bahagian yang sepatutnya boleh 'dibudi bicarakan', jiwanya sedikit sebanyak memberontak dan marah. Hingga dia jadi malu pada Tuhan kerana telah terlupa,


bahawa jiwa orang beriman itu tidak goyah pada takdir baik dan buruk.


Dan apabila benda yang sama diuji lagi, perasaan ini menjadi kian sulit dipujuk, makin terumbang-ambing. Berapa banyak azam dan kekuatan yang dihimpun untuk bangkit, namun telah terjatuh di tempat yang sama.


..............................


Wahai,

Engkau mungkin belum benar-benar tahu, bahawa yang paling engkau perlukan ialah Dia,

Allah.







Di hari yang sulit itu, dia membuka kalamNya dalam keadaan terdesak. 


Desperate. 


Dia masih ingat, bahawa beberapa kalimat di dalam surah ini pernah menyejukkan sepanas-panas jiwa, melembutkan sekeras-keras hati dan mententeramkan gelora perasaan seorang sahabiyyah yang sangat hampir dengan kita, yakni Umar Al Khattab r.a.





"Bismillahirrahmanirrahim.

Taahaa.

Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah.

Melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah)"


...............................


" Milik-Nyalah apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, dan apa yang ada di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah."


(Taahaa,20: 1-4, 6)



Semua ruang. 

Kau jangan lupa, bahawa dirimu kini berada di tempat kedua, iaitu di antara langit dan bumi. Juga segala hidupan yang telah menyerabutkan hatimu selama ini. Mereka juga makhluk sepertimu.

Dia teruskan lagi hingga ke lembaran berikutnya dan mula menyelami perasaan khuatir seorang Musa a.s lantas membanding-bandingkan dengan dirinya. Kini dia sedar bahawa dirinya belum benar-benar menjadi hamba yang rabbani.

Tidak seperti Musa a.s, baginda tahu di mana tempat bergantung. 




"Dia (Musa) berkata, 'Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku,

dan mudahkanlah untukku urusanku.

dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.

dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu Harun saudaraku.

Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia,

Agar kami banyak bertasbih kepadaMu

dan banyak mengingatMu

Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami."




Dia ulangi bacaan pada ayat-ayat ini entah berapa kali. Hingga ketenangan menyusup ke setiap pembuluh darah. Vasodilate.

Dia melihat bahawa ada sesuatu pada diri seorang Musa a.s yang melihat lebih jauh kehadapan, lantas memastikan impiannya menjadi azam di dalam doa-doanya.

Baginda telah meminta sesuatu dengan niat yang paling bersih dan tulus.




Agar kami banyak bertasbih kepadaMu

dan banyak mengingatMu




Allahu musta'an. Berusahalah menjadi hamba yang rabbani walaupun engkau perlu membetulkan dirimu berulang-ulang kali.. :'(









Friday, February 20, 2015

Renyah

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku membayangkan 10 hari cuti ini untuk menjadi mimpi yang indah.

:')

Baru sedar betapa naifnya diri ini. 

Semakin banyak motivasi, perasaan aku bercampur baur di antara nak bersemangat ataupun terus depresi kerana tahu diri ini sangatlah lemah.







"Besarnya pahala tergantung pada besarnya ujian dan sesungguhnya apabila Allah menyenangi suatu kaum, Dia mengujinya. Barang siapa ridho maka Allah pun ridho, barang siapa marah maka Dia marah." 
(HR Ibnu Majah)


Kadang-kadang keadaan 'depressed'  lebih menakutkan aku daripada kecewa, marah, atau sedih. Kerana di dalam kecewa, marah dan sedih manusia boleh bereaksi dan memuntahkan perasaan tu. Namun dalam depression atau tertekan, kita tak mampu nak meluahkan pun.


Ada orang kata,

"Tidak apa kita disusahkan orang lain, asalkan jangan kita menyusahkan orang lain."

Ada pula orang kata,

"Jangan biar orang menyusahkan diri kita sewenang-wenangnya hingga mendzalimi diri sendiri."


Tak tahu mana yang betul. Serabut.


Kesabaran tu sebenarnya tiada limit, kerana itulah bila hati mula berbisik-bisik dialog begini, kita tahu bahawa kesabaran ini sudah sampai tahap buat orang menangis.


Asyik kita yang mengalah,

Asyik kena buat kerja orang lain sedangkan mereka bersukaria.

Asyik kena mengikut kehendak dan kesenangan mereka.

Asyik kena buli.

Hingga untuk luangkan hatta satu hari bersama keluarga juga terpaksa meminta belas ihsan walaupun itu ialah hak kita.


Sebaik-baik manusia juga terasa geramnya apatah lagi manusia yang kurang baik seperti aku.


Sungguh hubungan dengan manusia ni merenyahkan.

Sebab tu untuk menjadi doktor, termasuklah on the way nak menjadi doktor itu renyah, kerana banyak kena berurusan dengan orang lain. Namun aku sedar, sesungguhnya  Rasulullah s.a.w itu telah mengajar dan mencontohkan kerenyahan terbaik yang harus tetap dilakukan.



"Seorang mukmin yang bercampur dan bergaul bersama-sama manusia dan bersabar di atas kekusutan mereka adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak perlu bersabar dengan kelakuan mereka."
(HR Tirmizi)


Bagindalah yang paling renyah sekali melayani mad'u-mad'unya yang kurang budi bahasa dan membenci dirinya. Bagindalah yang paling renyah sekali melayani para sahabat yang senantiasa memerlukan baginda untuk tunjuk ajar, tempat mengadu, menjadi hakim di dalam pertelingkahan, menjadi pendengar yang setia.


Betapa kita jauh dari sabar dan ikhlas yang sebenar-benarnya.

T__T

...................................................

InsyaAllah,

Teruskan langkahan.

Apalah susah di dalam sabar sesaat. Kerana dunia ini sebenarnya hanya sesaat waktu.

Hanya beberapa bulan saja lagi, jika masih hidup. 

Namun di dalam menghitung hari, jangan lupa bahawa kita masih di sini, untuk bekerja di saat ini. 

:)







Sunday, February 1, 2015

Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim..

Rezeki. 


Jangan pernah merasa sesal dan kecewa saat Allah menahan rezekimu. Sesungguhnya sangka baik kita pada Tuhan tidak mampu untuk goyah, kerana Dialah Allah, satu-satunya tempat kita bergantung.


Tahun ini akan berbeza, aku dapat rasakan.

Dia mahu kita kembali padaNya, kerana aku sendiri merasakan betapa aku kian menjauh dan jauh..






Ketahuilah di saat engkau tidak punya sesiapa selain Allah, 

Allah itu lebih dari cukup.

:'(

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...