Wednesday, April 15, 2015

Yusuf.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah alaa kulli hal, syukur alhamdulillah.

Penat beberapa hari dihabiskan untuk berpindah apartment, kini aku mampu melihat sisi yang baru di luar jendela.. Tidaklah semua kesusahan itu benar-benar menyesakkan, sebenarnya :')




Dengan mensyukuri setiap ketentuanNya, hati akan lebih terbuka untuk melihat sisi-sisi kebaikan dan hikmah akan segala sesuatu.



"Jika agama gagal menawarkan harapan, itu bukan dari Tuhan"


Kata-kata Mat Luthfi ini  pernah viral satu masa dahulu. Lihatlah bahawa jika agama ini menjadikan jiwa makin terhimpit dan layu, ianya juga bukan dari Tuhan..

Kita banyak mendengar mengenai ad deen ini daripada mulut-mulut manusia, yang dai'e mahupun bukan da'ie, yang muslim mahupun bukan muslim. Kadangkala ianya ibarat angin lalu namun adakalanya ianya meresap hingga menjadi iman dan tasawwur yang berakar di dalam jiwa.

Jika ianya baik dan rabbani, beruntunglah. Namun jika sebaliknya, bertahanlah.

Tiada sesiapa yang meletakkan kita di dalam satu fasa ujian melainkan Dialah yang menentukannya. Aku teringat pengisian liqo kami  di dalam tadabbur surah Yusuf,



"Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menguji seorang nabiNya yang bernama Yusuf a.s, menjadikan baginda anak buangan, dibenci saudara-saudaranya, dihumban ke dalam penjara. Namun kesabaran dan self-esteem baginda tidak jatuh dan mundur. Baginda malah di akhir cerita menawarkan diri sebagai bendahara istana, walaupun baginda merupakan bekas banduan.."


"Walaupun baginda merupakan bekas banduan."



Sungguh,

Aku hampir menangis di setiap kali sepanjang beberapa minggu kami mentadabburi surah ini. 

Kerana hanya dengan benar-benar menghayati kalam Allah, jiwa kita mampu dibangkitkan. Bagaimana cara sekalipun kita ingin memberi peringatan dan muhasabah, tiada yang setanding dengan kalam ilahi kerana ayat-ayat Allah sentiasa mendorong dan memujuk. Tidak juga pernah mematikan harapan. Malah mengajar kita berharap dengan didikan doa dan usaha.

Betapa adakalanya kita terlalu banyak bersedih akan pandangan manusia, hingga lupa untuk mengasihani diri sendiri. Hakikatnya diri kita perlu untuk tetap merasa izzah..







Kerana itu,

Binalah hati dan pegangan jiwa sendiri dengan utuh.

Agar engkau jelas kepada siapa tempat merujuk dan bergantung harap. Di dalam apa-apa situasi sekalipun...

Ketahuilah bahawa jiwa yang rabbani itu sentiasa peka dan tahu, Bahawa Allah itu lebih dekat dan maha mengetahui...

.................................



Dialah yang paling mengetahui..,


akan perihal diri, 

segala esak dan tangis. 

sulitnya untuk menuntun jiwa, 

melawan gelojak rasa..




Sungguh, Dia lebih tahu :')











Taaruf

Bismillahirrahmanirrahim. 9 Julai, setahun yang lalu. Mungkin hari ini ialah hari yang tak begitu diingati, namun bermakna buat seseteng...