Wednesday, June 5, 2013

Of S.O.C.A ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, alaa kulli hal, alhamdulillah.

Terasa lega sangat SOCA (student oral case analysis) bagi system Dermatomuscular dan Hematoimmunology sudah berakhir. Banyak sangat Allah bantu dan permudahkan, alhamdulillah :)

Sudah dua hari saya dihinggapi flu yang teruk + demam yang naik turun, hingga pernah terlintas di hati saya mahu MC saja di hari peperiksaan soca tadi. Beratnya mahu bangun Allah saja yang tahu. Hingga bila dipanggil untuk ke bilik persediaan, saya seperti mamai dan berfikir sendiri, sudah mahu examkah aku sekarang..? 

haha  -____-'

Tapi bila buka saja kertas soalan, terasa seperti disuntik hormon gembira. Segar jadinya. Sebenarnya saya sikit pun tak jangka mendapat case Phlegmone (Angina Von Ludwig), kerana seingat saya doktor tutorial pernah bilang,

"Ngak mungkinlah keluar case ini, terlalu panjang dan rumit"

Nah, keluar juga rupanya. Saya menghabiskan sebahagian besar masa di bilik persediaan semata-mata untuk case review dan pathophysiology yang panjang tanpa sempat menyiapkan basic science secukupnya. Dental caries, diikuti phlegmone, dan saya tambahkan juga jalan cerita tetanus kerana patient 'positive for trismus' walaupun saya kurang yakin.  Patient ini tidak punya risk factor untuk tetanus seperti di dalam case tutorial, makanya... Mungkin saya kurang ilmu berkenaan 'trismus' itu sendiri sebenarnya.

Kerana tak terlalu menumpukan perhatian pada case ni, saya tak ingat dengan detail, tetapi cukup untuk berasa lega kerana saya ketua untuk case ini di tutorial dan sudah entah berapa puluh kali saya mengulang explain pada teman-teman berkenaan pathophysiology disease ini. Basic science pula sudah tercover bila saya siapkan draf untuk case ini, alhamdulillah. Asbab belaka kan, sebenarnya kalau Allah nak bagi, apa pun boleh jadi penyebabnya. Subhanallah.

Indeed, S.O.C.A is not merely about examination, but its about Sincerity, Obligation and Craving to Allah ~ :')

Pulang saja ke kamar, saya langsung solat, sujud syukur dan sudah berniat mahu merebahkan diri. Flu saya belum terubat, malah makin memberat. Baru beberapa minit, dengar pintu rumah diketuk. Muncul di depan pintu seorang sahabat, menangis. 

Langsung berputar di fikiran saya penyebab yang paling mungkin, 'SOCA'. Terasa sayu di hati. Ini bukan kali pertama dia diuji dengan benda ni. 






Jujur saya katakan, bagi seorang pelajar, exam ialah salah satu medan ujian. Tarbiyyah yang Allah susun itu ialah satu rahsia khusus buat setiap hamba-hambaNya. Engkau sukses  bukan kerana engkau pandai dan rajin, malah rajinmu itu juga kudrat dan semangat yang Allah titipkan. Begitu juga dengan kegagalan. Belum masanya bukan bermakna engkau tidak pandai dan berusaha, pasti ada sesuatu tarbiyyah yang Dia mahu titipkan.

Kerana itu,

"Jangan putus asa."

Kuatkan hati, insyaAllah.

Walaupun bercakap itu nampak senang, jauh di sudut hati saya faham bagaimana rasanya, kerana saya juga pernah melalui situasi yang sama. 

Dulu di pengajian A level, hanya tiga orang saja pelajar MARA batch saya yang tidak berjaya mendapat minimal point 13 seperti yang dikehendaki pihak penaja. Dan salah seorangnya ialah saya. 12 point yang saya dapat sudah cukup menyulitkan. Saya terpaksa membuat surat rayuan  pada mara walaupun pihak universiti telah menawarkan tempat tanpa mengambil pusing result final A level saya.

Namun dalam ujian ini Allah mengajarkan saya satu hikmah, iaitu untuk tetap bersangka yang baik padaNya hingga Dia membuka jalan yang terbaik dan lebih baik. 


' Aku tidak tahu adakah ini rahmat atau musibah, namun aku bersangka baik padaNya. '













Taaruf

Bismillahirrahmanirrahim. 9 Julai, setahun yang lalu. Mungkin hari ini ialah hari yang tak begitu diingati, namun bermakna buat seseteng...