Monday, July 21, 2014

Jihad qital

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah alaa kulli hal.

Beruntung sekali bagi mereka yang tidak 'tempang' atau 'lumpuh' sepanjang berada di tanah bertuah. 

Dalam kalangan kami, mereka yang tiada lesen memandu itu dikatakan tempang. Yang tidak dapat bergerak dan tertahan di rumah diibaratkan seperti lumpuh.

hehe.

Alhamdulillah, dan tahniah kerana tidak tempang dan lumpuh, dengan izin Allah.





Minggu lalu saya dihubungi WAMY untuk menyertai forum di PWTC sebagai volunteer. Saya lupa sebenarnya 3 tahun yang lalu saya pernah mendaftar sebagai ahli WAMY. Ditakdirkan pada sekitar tarikh tersebut memang saya ada urusan di sana, maka saya bersetuju, regardless perasaan yang hadir seperti, 'aduh malasnyee'.

Sebenarnya menarik bila ada peluang menimba pengalaman baru, namun masalahnya saya malas nak bermain-main di sekitar Kuala Lumpur. 

Dah dua kali tulis perkataan malas. Istaghfir hai ukhti. T.T

Perbincangan forum ialah terkait law system applied in our country, Malaysia. Mereka berbincang dan membanding-bandingkan antara Islamic law, civil law, and socialism. Menjawab kepada soalan-soalan what, why, when, how dan lain-lain. Sangat menarik, dan bagus sebagai 'eye opener', seriously.

Even one of the chinese panel can delivered his opinions in a more 'fikrahtive' way than a muslim panel when he comments about the islamic law. Sayang sekali.

:)

Bila urusan pembahagian job desc dilakukan, ada satu job desc yang 'dilelong' dan tak mendapat sambutan volunteers yang ada iaitu sebagai pencatat minit forum. Antara sebab-sebab ianya tidak laku,

You have to be able to jot down on the spot simple notes, of what being discussed by the panels in the forum. Be accurate and fast.

Do it in english because we are having an english forum.

It should be done in a computerized way. Use the laptop provided.

Dengan adanya bunyi cengkerik saat ditanya siapa nak buat, saya tahu bahawa semua orang tak suka kerja ni. Ada yang kata tak mampu, susah, tak biasa membuat nota dalam bahasa inggeris etc. Jadi tanpa teragak-agak saya ambil tugasan tersebut.

Saya ni medical student. Membuat nota dah menjadi rutin, bahasa inggeris dah berkursus-kursus pergi, menaip laju pula sebab dah biasa tulis blog. Bukan kerana hebat sangat cuma sebab kerja ni kita dah biasa buat, itu je.

Volunteers lain mungkin ambil kos perundangan, mungkin lebih cekap menghafal berbanding menulis. Ataupun computer engineering, cekap bermain software, tak main buat nota-nota ni.

Kesimpulannya, kadangkala, ada benda yang kita rasa sangat mudah nak buat, namun tak semestinya ianya mudah bagi orang lain. Kerana speciality kita berbeza.

Muhasabah.

Saya teringat satu petikan yang disampaikan salim A. Fillah di dalam karangannya, Dalam Dakapan Ukhuwah. Kurang lebih begini.

Sekalipun kita bersungguh-sungguh mahu mencontohi Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia dalam setiap perkara, namun jangan sampai kita memaksa setiap ikhwah/akhwat di sisi kita untuk berperibadi sesempurna mereka.

Dont make such kind of expectations. Kadang-kadang perlu, namun jangan biasakan kerana kita akan kecewa. 

Dan bila kita mula membanding-bandingkan, ia tambah menyakitkan.

"Nama je akhwat tapi ketawa mengilai."

"Dah lama ikut tarbiyyah tapi tak reti-reti nak jaga ikhtilat."

"Kenapalah akhwat A ni tak boleh lemah lembut macam akhwat X,"

Sila senaraikan lagi.

Macam keadaan tadi, mungkin bagi kita benda tu simple dan mudah, namun ada yang rasa ianya complicated dan payah. Kerana itu tak boleh rasa sombong dan berlagak sangat dengan kekuatan diri.

"Hek eleh, nak hafal juzuk 30 pun susah sangat ke. Bile nak maju enti ni."

"Apa yang susah sangat nak bangun qiam tu. Sebenarnya mungkin enti yang tak bersungguh-sungguh."

Dari dulu kita tahu bahawa tarbiyyah ni custom-made. Ujian yang kita lalui tak sama. Cuma kadang-kadang kita terlupa melihat apa yang kita lalui tu sebagai ujian, sebab asyik nampak kelemahan-kelemahan atau rasa terganggu dengan kekuatan orang lain. 

Di saat Allah beri kekuatan, Dia juga menjadikannya sebagai ujian buat kita. Nak lihat sejauh mana kita boleh bersabar dengan orang lain, Dia menilai kebersihan hati kita, takut-takut hilang sifat tawadhu' dan tertimbul riyak dalam beramal.

Begitu juga bila kita lemah. Mungkin kerana biah yang tidak mendukung, halangan-halangan keluarga etc maka Allah menjadikannya ujian nak tengok usaha kita dalam bermujahadah. Nak kata betapa baiknya Allah, bagi setiap keadaan ada balasan yang setimpal dengan capability kita kerana relatif mujahadah yang sama. Mereka yang tak reti mengaji bila dia berusaha Allah beri dua pahala. Bila dia pandai mengaji lain pula balasan yang Allah beri.

Tapi kita instead of nak meningkatkan diri dan amal, selalu rasa terganggu dengan orang lain, dan terlupa untuk saling melengkapi T.T. Sebab terasa hati kita pun duduk diam-diam, dayung sampan laju-laju membawa diri.

Fikirkanlah, di saat kita down atau lemah, kita selalu berharap supaya semua orang faham keadaan kita. Namun kita tak pernah fikir bahawa orang yang nampak hebat memanjang tu mungkin sebenarnya struggle juga. Berat atau ringan beg yang dia galas, belum kita rasa.

Jika orang yang baru ditarbiyyah struggle untuk berubah, mereka yang sudah lama tetap struggle untuk istiqamah, ditambah lagi terpikulnya amanah-amanah, kena juga menunjukkan qudwah. Selagi belum menjejakkan kaki ke syurga, setiap orang kena struggle.






Astaghfirullahalazhim.

Dulu sister Medan pernah share sesuatu di dalam liqo, tadabbur al-ankabut ayat 1-6


Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? 
(Al-Ankabut: 2)

Kadang-kadang kita mengaku telah beriman, tapi sebenarnya masih uncertain kerana belum terbukti. Kita hanya syok sendiri.

Kenapa Allah asyik uji kita dengan masalah hati. Kita bosan dengan benda-benda remeh dan tak glamour ni. 

Aku nak berjuang macam orang Palestin.

Sebenarnya Allah tahu, Maha tahu bahawa kita belum settle. Dia nak kita bangun, bersihkan hati dan settlekan masalah yang sebenar-benar wujud namun kita asyik berangan nak jihad qital berbekalkan iman yang lemah ni. T.T

Allahu musta'an. 


Bila iman menerobos ke dalam hati, ianya menjadikan hati itu lembut dan lentur. Bukan mengeraskannya.









Tuesday, July 15, 2014

Jalan Kita

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, alaa kulli hal, alhamdulillah.

Banyak cabaran terpaksa dilalui untuk 'touch down' di Malaysia tempoh hari. 

Cuaca di Kuala Lumpur kurang baik, kapten berkeputusan untuk berpatah balik dan mendarat di Singapore. Stranded for about one hour before departed again, to Kuala Lumpur.

Seolah-olah memberi gambaran awal, bahawa medan yang sedang dituju ni tak akan mudah T.T.







Bapa saya bertanya,

"Apa yang Tina rasa, dah nak meninggalkan Bandung (Indonesia) ni..?"

hmm..


Sejujurnya, kadang-kadang dia rasa indefinite dengan perasaan sendiri. 

Antara kelemahan dirinya ialah selalu gagal menzahirkan perasaan. Mungkin kerana itu dia lebih banyak menulis dan susah untuk meninggalkan tabiat menulis walaupun pernah mencuba untuk berhenti.

Pernah sekali adik-adik Fateh merancang sambutan hari jadi yang osem.

Trip makan ke Bandung,

Custom-made cheese cake,

Self-made kad hari jadi, ada gambar semua orang pada kad tu. Cantik sangat.

Hati dia tersentuh, namun reaksinya biasa-biasa saja. Cuma senyuman dan seloroh kecil, tak pula menjerit atau menangis terharu. 

Kak Tina tak terharu pun. huhu.

Dia rasa serba salah. Dah cukup surprise, namun tetap susah untuk memberi reaksi yang diharap-harapkan. T.T

Begitulah juga bila bersama dengan adik-adik At-Thariq. Dia cuba memperbaiki setiap kelemahan yang lalu, entah berjaya atau tidak. Mungkin masih banyak kurangnya. Hingga kadangkala dia terfikir, adakah mungkin dia kurang memberi perhatian dan berusaha mengeratkan hubungan hati dengan mutarabbi...?

Kalaulah mereka tahu bahawa betapa si murobbi sangat-sangat mengasihi mereka :')




Setiap kali sebelum liqo, dia sangat teliti dalam memilih bahan. Sudah menguasainya atau tidak, dia tetap akan buat homework

Di dalam membuat timeline, dia benar-benar memerhatikan kefahaman apa yang mereka perlu grab di dalam tempoh tertentu. Apa target 6 bulan, setahun. Juga cuba untuk tidak terlepas apa yang sepatutnya dia ambil tahu. Takut-takut  tidak all out.

Namun kadangkala fail juga. Selalu juga buat silap dan melambatkan kerja dakwah. Kerana dia yang payah nak menumpukan perhatian. Alasan basi ialah dia banyak kerja **eyes rolling**.  Bukan hanya satu timeline yang dipegang, bukan satu syuro yang diamanahkan, bukan satu halaqah atau katibah saja yang menuntut perhatiannya.

Awal-awal mungkin nampak valid namun lama-lama dia mula sedar, sebenarnya dia yang belum cukup terlatih dan capable

Sebenarnya benda-benda ni mungkin masih dalam kapasiti 'daya tampung' seorang da'ie, namun malang sekali istia'b dirinya belum maksimal. Malangnya dia masih dalam proses belajar mengurus dan mematangkan diri. Malangnya dia belum cukup a'rif, berpengalaman, qowiyy dan belum luas cara pandangnya. 

Atas alasan inilah nak kata sebenarnya kita sangat memerlukan latihan, ujian dan bimbingan. Selepas melakukan ta'rif (pengenalan), bersedia atau tidak kita kena latih diri untuk mentakwin (membina), dan akhirnya melakukan tanfiz iaitu mula bergerak melaksanakan, menyusun, dan belajar beramal jamai'e. 

Dan setiap fasa ni akan ada peruntukan masa, juga ruang-ruang untuk latihan yang bergerak seiring dengan pembinaan diri dan muwasofat tarbiyyah, sama ada buat mad'u mahupun dai'e. Mad'u akan mendalami, memahami dan melalui proses taghyir (perubahan) manakala buat da'ie, mereka akan tetap belajar.  Kedua-duanya ditarbiyyah.

Kerana itu bila isu mustawa timbul, kita tidak membesar-besarkannya. Mudah sekali kita terasa hati, mendakwa diri kita dilevel-levelkan dan melihatnya sebagai jahat dan tidak adil, namun bayangkan andai saja kita dipikulkan sesuatu dalam keadaan tidak bersedia, adakah kita kuat untuk bertahan? Berada di dalam satu halaqah yang mempunyai fikrah kefahaman berbeza-beza saja sudah cukup menyakitkan. Malah baru tidak sependapat akan satu isu dah rasa susah nak move on dan bergerak laju. Apatah lagi bila cara pandang tu berbeza habis.

Regardless segala macam personaliti, latar belakang, sebenarnya ini bukan masalah yang major, kerana matlamat kita cumalah untuk menyatukannya dalam satu fikrah, memupuk ciri rabbaniyyah. Menjadi musleh bukan sekadar soleh. 

Laluilah tarbiyyah dan ambillah setiap nilai masa yang Allah hadiahkan. Dan belajar untuk saling menghargai. Jangan melihat lajunya orang lain sebagai 'musuh', kerana setiap orang ada ruang dan fasa tarbiyyah yang berbeza-beza. Saling menyakiti akan sangat menyakitkan... Belajar untuk tidak 'jauh hati' dan tetap menyumbang dalam kapasiti yang kita mampu. Sesungguhnya kita akan banyak belajar erti ikhlas bila kita berjaya meletakkan diri dalam sekecil-kecil posisi mahupun sebesar-besar peranan tanpa perasaan 'lengket' di dalam hati.

Sedangkan Khalid Al Walid tidak terusik sedikitpun saat diturunkan daripada kedudukan panglima kepada jundi kerana taat pada Allah melalui qiyadah yang terkenal ketaqwaannya. T.T Siapalah kita nak mengaku haibat sangat.

Mari menahan diri daripada perasaan nak cepat-cepat sampai, memaksa diri untuk compete (dengan emosi). Berbeza antara push diri untuk mencuba dan keluar dari zon selesa dengan 'membuktikan aku juga hebat'. Check selalu hati kita sedalam-dalamnya. Takut-takut ego kita memberi kesan pada amal jama'ie keseluruhannya.

Andai saja kita sedar betapa banyak mad'u yang akhirnya 'burn' kerana menunggu dai'enya 'masak' ranum dan matang... T.T. Mungkin kita tak nampak benda-benda ni namun itulah hakikat yang berlaku bila kita tidak sedar kepentingan untuk bersabar, berstrategi, memahami sunnatullah, dan fiqhul dakwah.

Allahua'lam... wa astaghfirullah. Semoga setiap bekalan berguna buat kita, menjadi tanda dan terkesan di hati, insyaAllah.

p/s:Jalan ini masih tetap begitu, semoga kita tsabat dan sampai ke destinasi :')





















Saturday, July 5, 2014

Twinning Programme UKM-UNPAD.

Bismillahirrahmanirrahim..

Tarik nafas panjang-panjang, semoga Allah redha dengan karangan kali ni. 

Sebenarnya saya tidak pernah merancang untuk menulis mengenai ini kerana takut impression yang diberikan tu tidak tepat seperti yang sepatutnya, atau 'indah khabar dari rupa'. Namun kerana ramai yang ingin tahu, maka saya cuba coret-coret seadanya dengan disclaimer keras bahawa ini sekadar satu pengalaman, dan pandangan dari sudut pandang saya, sebagai seorang mahasiswi yang mengikuti Twinning Programme UKM-UNPAD. Mungkin orang lain mempunyai sudut pandang yang berbeza, allahualam :)

Kerana intake bagi kemasukan pelajar twinning ni masih berlangsung, jadi paling tidak akan ada yang nak tahu, malah ramai yang pm untuk bertanya-tanya soalan. 

"Twinning programme ni BAGUS ke?"

"Apa KELEBIHANNYA  berbanding buat medicine di Malaysia?"

" Ok tak sebenarnya belajar di Indonesia tu?"

"Macam mana environment study, facilities, lecturers, etc?"

Ada juga yang bertanya pendapat adakah wajar untuk menerima tawaran program ini sekaligus menolak pilihan yang lain dan sebagainya. Ingin sekali saya memberi jawapan terbaik namun tak mampu rasanya nak memberi 'pemberat' kepada mana-mana pilihan, afwan jiddan.
........................................


Ok, sebagai mukaddimah. Yang di tengah gambar, bertudung biru ialah penyelaras tahunan kami, Dr.Tina. Selamat berkenalan :)

Senior tahun ke 3

Baiklah, pertamanya saya akan menjelaskan sedikit-sebanyak benda-benda yang 'teknikal' :)

Secara mudahnya, Twinning programme ni sebenarnya ialah kerjasama antara fakulti perubatan UKM dengan fakultas kedokteran di UNPAD. Seperti yang pernah dijelaskan oleh lecturers di UKM sendiri, di antara tujuan kerjasama ini ialah untuk menampung kemasukan pelajar ke fakulti perubatan di UKM tu sendiri. Secara ringkas dan mudah fahamnya, saya memetik kata-kata salah seorang orang besar di PPUKM sendiri ketika mereka melawat kami di Bandung tidak lama dahulu.



"If you are not studying medicine in this programme, you might be doing other courses or taking medicine in other universities. Because in UKM the spaces for  medicine course is limited."



Dan kerana tempoh pre-clinical di UNPAD berlangsung selama tempoh 3 tahun, pelajar twinning akan ambil medical degree dengan tempoh total sebanyak 6 tahun, iaitu extra satu tahun berbanding pelajar perubatan di UKM kerana di UKM, tempoh pre-clinical cuma 2 tahun.

Namun pelajar twinning tetap akan dapat sijil ijazah MD dari UKM kerana sebenarnya kita ialah mahasiswi/wa perubatan UKM, with the recognition as a twinning programme UKM-UNPAD student.

Berdasarkan feedback daripada lecturers UKM yang melakukan evaluasi di UNPAD, umumnya pelajar di UKM dan UNPAD mempelajari benda yang sama. Teori basis medicine tu tetap akan sama, apa-apapun kita semua belajar dari textbook. Cumanya yang membezakan setiap universiti itu selalunya ialah pendekatan, sistem, cara pembelajaran, dominant aspects, sistem peperiksaan, etc. Semuanya tergantung pada polisi fakulti universiti masing-masing dan kelebihan-kelebihan atau kekurangan-kekurangan yang ada.

Misalnya, di UKM pembelajaran dilakukan dalam sistem module. Jika mahu tahu dengan lebih lanjut mungkin boleh google atau tanya mereka yang belajar di UKM. Saya kurang tahu. 

Kalau UNPAD boleh saya karangkan insyaAllah.



Di dalam skills lab


Di UNPAD, pembelajaran lebih cenderung mengikut body system, dengan cara problem based learning. Kita banyak belajar melalui case analysis, lab activity, lectures dan skills lab.

Di dalam problem based learning, sebenarnya kita dijangka untuk all out dalam self study in basic sciences, kerana kebanyakan lectures yang diberi lebih menjurus pada clinical aspects seperti differential diagnosis, treatment & management, medical examinations dan sebagainya. Jadi, banyak nota kita buat sendiri, baca sendiri, dan pahatkan dalam learning issues untuk tutorial discussions. 

Jadi, pelajar twinning memang terbiasa membeli dan membaca (insyaAllah :S) buku-buku yang tebal. Dan buku kami saaangatlah banyak boleh buat library. Cuma penyerapan ke dalam otak tu subjektif dan berbeza-beza mengikut tahap kerajinan seseorang, huhu.

Keadaan ini mungkin berbeza sikit dengan cara di UKM, di sana mereka ada modul-modul yang komprehensif dan mendapat lectures untuk bahan-bahan basic sciences dengan lebih mendalam hinggakan kebanyakan rakan-rakan saya di UKM mengatakan,



"Kami tak baca buku-buku yang tebal macam korang ni weyh T.T. Semua dah ada di dalam slide lectures." 


This is a beautifull diversity that allow us to complete each other later insyaAllah :P


Kemudian bahasa. 

Di UNPAD, kerana pelajar twinning kini dicampurkan bersama pelajar tempatan, kena adapt dengan bahasa Indonesia jika nak faham lectures. Namun dalam diskusi, buat kebaikan diri sangatlah digalakkan untuk discuss in english. Kerana sewaktu clinical years nanti di UKM, kita akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lecturers di sana. Jangan diikutkan perangai senior yang suka discuss dalam bahasa Malaysia. Tidak berdosa tapi kurang membantu diri buat kebaikan jangka masa panjang, huhu. 

Exams.

Di sini, terdapat beberapa bentuk peperiksaan. Oral case analysis (SOCA), multiple choice questions, dan clinical skills examinations. Di UKM mungkin beza sikit kerana ada soalan essays, OSPE (assessment for laboratory exercises) namun tiada oral case analysis (SOCA). 

Di dalam case analysis, kita akan study semua case yang dipelajari di tutorial dan sewaktu exam nanti dikehendaki untuk membentangkan salah satu case yang dipilih secara rawak. Clinical skills ialah evaluasi apa yang kita belajar dalam skills lab. Setakat ni yang paling banyak buat orang menangis dan stress ialah SOCA, huhu. 

Sedikit hikayat mengenai SOCA, exam ini diibaratkan seperti stress test secara berkala, dan menjadi penguat iman-iman kita. Di waktu SOCA lah ibadah menjadi makin gencar, doa dipanjatkan bertubi-tubi dan kekuatan tawakkal menjadi luar biasa. Berusaha, buat persiapan awal-awal bagi molek dan kemudian tawakkallah. Itu yang mampu saya katakan. Tanya senior atau kakak2, habang2 usrah macam mana mereka belajar :P


Facilities.

Bagi saya, mungkin di sini tidak selengkap di universiti lain, misalnya di sini kurang cadaver untuk kita terokai, kurang mikroscope untuk ambil sorang satu, kurang itu dan ini namun alhamdulillah. Aspek ni sangat subjektif untuk dinilai, tergantung positivity kita dalam proses menuntut ilmu, medepani cabaran, memaknai kesusahan dan sifat qanaah dalam diri. Namun jika dinilai secara objektif, seadanyalah. Datang sini baru tahu ^^'.

Environment.

Bandung lebih dingin kerana berada di kawasan beraras tinggi dari aras laut dan suasananya tidak jauh beza dari Malaysia. Boleh dinikmati perbezaan yang ada. 



Jatinangor :)

Habis. Saya tak pandai bercerita mengenai benda yang teknikal, kerana bagi saya secara peribadi, ianya perkara kedua selepas faktor diri sendiri. Di mana pun kita berada, yang mencorak tanggapan indah dan buruknya bermula dari diri kita. Kita boleh berada di universiti terbaik sekalipun namun itu bukan syarat untuk menjadi doktor yang bagus.

Perkara yang selalu saya fikir bila saya memilih untuk ke sini ialah niat, kemahuan yang kuat dan keberlangsungan tarbiyyah diri. Kadangkala kita melihat medicine ialah tujuan utama kita, sedangkan belum tentu kita diizinkan untuk menghabiskan 6 tahun yang panjang ini. Jika kita bermula dengan niat yang salah, banyak benda akan terbazir. 

Setiap pekerjaan kita orientasinya ialah amal. Bukan nak kata belajar ni mudah, sebenarnya banyak yang susah-susah belaka. Bila exam, stress. Banyak assignment, stress. Lecture asyik cancel, stress. Tapi kita selalu pujuk diri dan mencari nilai yang positif dalam berusaha. Sibuk-sibuk belajar, usrah tetap datang. Ada kuliah, program, rajin-rajinkan diri. Solat jangan tinggal, baca dan hafal Al-Quran selalu. Jangan lari dari tarbiyyah atau biah islami sebab takut pelajaran terganggu, kerana yang menjaga setiap sesuatu itu ialah Allah. 

Jangan sampai tiga tahun berada di sini tak ada 'taghyir' (perubahan) dalam nilai diri sebagai seorang muslim. Bila ada jati diri sebagai muslim, akan ada rasa nak izzahkan lagi identiti kita dengan mencemerlangkan diri.

Macam kelakar pula apa yang saya tulis ni. Macam poyo. :) Namun kerana benda-benda ni yang ada dalam kepala saya, one piece yang keluar tetap ialah ini. Saya tak pandai memotivasikan diri dengan khabar elaun yang banyak, gambaran kampus yang tip top etc. Kerana semua tu hanya beri kemudahan dan kesenangan, namun belum tentu kekuatan.

Semoga sentiasa berorientasikan 'ghayah' (matlamat) yang lebih besar insyaAllah.

 :)














Taaruf

Bismillahirrahmanirrahim. 9 Julai, setahun yang lalu. Mungkin hari ini ialah hari yang tak begitu diingati, namun bermakna buat seseteng...