Alhamdulillah, alaa kulli hal, alhamdulillah.
Banyak cabaran terpaksa dilalui untuk 'touch down' di Malaysia tempoh hari.
Cuaca di Kuala Lumpur kurang baik, kapten berkeputusan untuk berpatah balik dan mendarat di Singapore. Stranded for about one hour before departed again, to Kuala Lumpur.
Seolah-olah memberi gambaran awal, bahawa medan yang sedang dituju ni tak akan mudah T.T.
Bapa saya bertanya,
"Apa yang Tina rasa, dah nak meninggalkan Bandung (Indonesia) ni..?"
hmm..
Sejujurnya, kadang-kadang dia rasa indefinite dengan perasaan sendiri.
Antara kelemahan dirinya ialah selalu gagal menzahirkan perasaan. Mungkin kerana itu dia lebih banyak menulis dan susah untuk meninggalkan tabiat menulis walaupun pernah mencuba untuk berhenti.
Pernah sekali adik-adik Fateh merancang sambutan hari jadi yang osem.
Trip makan ke Bandung,
Custom-made cheese cake,
Self-made kad hari jadi, ada gambar semua orang pada kad tu. Cantik sangat.
Hati dia tersentuh, namun reaksinya biasa-biasa saja. Cuma senyuman dan seloroh kecil, tak pula menjerit atau menangis terharu.
Kak Tina tak terharu pun. huhu.
Dia rasa serba salah. Dah cukup surprise, namun tetap susah untuk memberi reaksi yang diharap-harapkan. T.T
Begitulah juga bila bersama dengan adik-adik At-Thariq. Dia cuba memperbaiki setiap kelemahan yang lalu, entah berjaya atau tidak. Mungkin masih banyak kurangnya. Hingga kadangkala dia terfikir, adakah mungkin dia kurang memberi perhatian dan berusaha mengeratkan hubungan hati dengan mutarabbi...?
Kalaulah mereka tahu bahawa betapa si murobbi sangat-sangat mengasihi mereka :')
Setiap kali sebelum liqo, dia sangat teliti dalam memilih bahan. Sudah menguasainya atau tidak, dia tetap akan buat homework.
Di dalam membuat timeline, dia benar-benar memerhatikan kefahaman apa yang mereka perlu grab di dalam tempoh tertentu. Apa target 6 bulan, setahun. Juga cuba untuk tidak terlepas apa yang sepatutnya dia ambil tahu. Takut-takut tidak all out.
Namun kadangkala fail juga. Selalu juga buat silap dan melambatkan kerja dakwah. Kerana dia yang payah nak menumpukan perhatian. Alasan basi ialah dia banyak kerja **eyes rolling**. Bukan hanya satu timeline yang dipegang, bukan satu syuro yang diamanahkan, bukan satu halaqah atau katibah saja yang menuntut perhatiannya.
Awal-awal mungkin nampak valid namun lama-lama dia mula sedar, sebenarnya dia yang belum cukup terlatih dan capable.
Sebenarnya benda-benda ni mungkin masih dalam kapasiti 'daya tampung' seorang da'ie, namun malang sekali istia'b dirinya belum maksimal. Malangnya dia masih dalam proses belajar mengurus dan mematangkan diri. Malangnya dia belum cukup a'rif, berpengalaman, qowiyy dan belum luas cara pandangnya.
Atas alasan inilah nak kata sebenarnya kita sangat memerlukan latihan, ujian dan bimbingan. Selepas melakukan ta'rif (pengenalan), bersedia atau tidak kita kena latih diri untuk mentakwin (membina), dan akhirnya melakukan tanfiz iaitu mula bergerak melaksanakan, menyusun, dan belajar beramal jamai'e.
Dan setiap fasa ni akan ada peruntukan masa, juga ruang-ruang untuk latihan yang bergerak seiring dengan pembinaan diri dan muwasofat tarbiyyah, sama ada buat mad'u mahupun dai'e. Mad'u akan mendalami, memahami dan melalui proses taghyir (perubahan) manakala buat da'ie, mereka akan tetap belajar. Kedua-duanya ditarbiyyah.
Kerana itu bila isu mustawa timbul, kita tidak membesar-besarkannya. Mudah sekali kita terasa hati, mendakwa diri kita dilevel-levelkan dan melihatnya sebagai jahat dan tidak adil, namun bayangkan andai saja kita dipikulkan sesuatu dalam keadaan tidak bersedia, adakah kita kuat untuk bertahan? Berada di dalam satu halaqah yang mempunyai fikrah kefahaman berbeza-beza saja sudah cukup menyakitkan. Malah baru tidak sependapat akan satu isu dah rasa susah nak move on dan bergerak laju. Apatah lagi bila cara pandang tu berbeza habis.
Regardless segala macam personaliti, latar belakang, sebenarnya ini bukan masalah yang major, kerana matlamat kita cumalah untuk menyatukannya dalam satu fikrah, memupuk ciri rabbaniyyah. Menjadi musleh bukan sekadar soleh.
Laluilah tarbiyyah dan ambillah setiap nilai masa yang Allah hadiahkan. Dan belajar untuk saling menghargai. Jangan melihat lajunya orang lain sebagai 'musuh', kerana setiap orang ada ruang dan fasa tarbiyyah yang berbeza-beza. Saling menyakiti akan sangat menyakitkan... Belajar untuk tidak 'jauh hati' dan tetap menyumbang dalam kapasiti yang kita mampu. Sesungguhnya kita akan banyak belajar erti ikhlas bila kita berjaya meletakkan diri dalam sekecil-kecil posisi mahupun sebesar-besar peranan tanpa perasaan 'lengket' di dalam hati.
Sedangkan Khalid Al Walid tidak terusik sedikitpun saat diturunkan daripada kedudukan panglima kepada jundi kerana taat pada Allah melalui qiyadah yang terkenal ketaqwaannya. T.T Siapalah kita nak mengaku haibat sangat.
Mari menahan diri daripada perasaan nak cepat-cepat sampai, memaksa diri untuk compete (dengan emosi). Berbeza antara push diri untuk mencuba dan keluar dari zon selesa dengan 'membuktikan aku juga hebat'. Check selalu hati kita sedalam-dalamnya. Takut-takut ego kita memberi kesan pada amal jama'ie keseluruhannya.
Andai saja kita sedar betapa banyak mad'u yang akhirnya 'burn' kerana menunggu dai'enya 'masak' ranum dan matang... T.T. Mungkin kita tak nampak benda-benda ni namun itulah hakikat yang berlaku bila kita tidak sedar kepentingan untuk bersabar, berstrategi, memahami sunnatullah, dan fiqhul dakwah.
Allahua'lam... wa astaghfirullah. Semoga setiap bekalan berguna buat kita, menjadi tanda dan terkesan di hati, insyaAllah.
p/s:Jalan ini masih tetap begitu, semoga kita tsabat dan sampai ke destinasi :')
kak thina ~~~~~~~~ T.T -sirr-
ReplyDeletesudah grad ke?
ReplyDeleteBelum Farid, baru nak masuk clinical years di UKM iA..
Delete