Tuesday, April 19, 2016

Hikmah

Bismillahirrahmanirrahim.

Selalu yang menjadikan seseorang tu dihormati dan disegani bukan pencapaian dan populariti semata-mata, qudwah is more than that.

Yang lebih terkesan di hati ialah akhlak dan peribadi.

Kadang-kadang kita lihat orang tu berada tinggi di atas, dengan segala kebolehan dan pencapaian luar biasa. Namun belum tentu dihormati. Boleh jadi  tak terasa qudwahnya.

Hati manusia, sememangnya sensitif. 

Setiap orang ada masa naik dan turunnya. Salinglah bersabar dan berhenti memperlekehkan orang lain. Jika tidak selamanya kita akan gagal bertolak ansur dan terus bercakaran. Ikhwah dengan bajet bagusnya, akhawat dengan rasa tidak puas hatinya.

**sigh**


Beberapa hari lalu aku menghadiri pengisian oleh Sheikh Dr Ibrahim Munir Mustofa. 

Beliau bukan orang biasa-biasa. Bukan ikhwah yang baru nak up. Dah seribu satu cabaran dia lalui untuk dakwah ini. 

Naib mursyidul am ikhwanul muslimin. He is.







Ada banyak perkara yang menarik mengenai tokoh ini. Salah satunya ialah akhlak dan hikmah yang sangat luar biasa. 

Di hujung pengisian, dibuka satu sesi soal jawab. Dalam banyak-banyak soalan yang dikemukakan, seorang akhawat bertanya mengenai isu jemaah yang tidak kena pada tempatnya dan obviously, kebanyakan ikhwah akhawat yang hadir merasakan isu tersebut tak sesuai ditanya pada Sheikh Ibrahim. Hinggakan, juruacara majlis kelihatan sedikit marah lantas menegur akhawat itu secara direct dengan kuasa mikrofonnya. 

Tapi Sheikh Ibrahim tenang-tenang saja. Beliau tidak menolak sebaliknya menjawab dengan baik dan padat. Tidak memperlekeh-lekehkan isu yang dibangkitkan, sebaliknya berlapang dada dan memberi yang terbaik.

Itulah keajaiban akhlak dan sifat hikmah.

Yang belum ada pada sebahagian besar dari kita. Sifat kita dalam memimpin dan berorganisasi masih penuh dengan ketidakmatangan. Masih saling ego, sindir-menyindir, dan malas mendengar atau memperhalusi permasalahan.

Melihat pemimpin ikhwan yang sangat tertuntun akhlaknya, aku terfikir kalau seorang pemimpin ikhwan saja sudah begini,  bagaimana agaknya sifatnya Rasulullah s.a.w. Tak terbayang rasanya.

T.T

Allah melihat amal yang zahir dan yang tersembunyi. 

Mungkin kita tak mampu menjadi hebat seperti orang-orang yang di atas, namun bersabarlah dan buat yang terbaik. 

Memegang amanah bukan mudah, berapa banyak ketua yang kalau boleh teringin nak jadi orang bawahan.

And I realizes this very much, 


She might be the worst and slowest 'amirah' ever,
The most struggle and emotional one,
The most difficult to deal with,
Even still have to settle with her own jahiliyyah,



But at least when the time is very difficult, 

She did'nt run away. 


And struggling to keep it that way.


..................


Till Allah says its enough.





Taaruf

Bismillahirrahmanirrahim. 9 Julai, setahun yang lalu. :') Ramai yang berkata, dugaan bertunang ni berat. Benarlah berat, dan ...