Tuesday, October 11, 2016

Love yourself.

Hari ini ialah hari asyura. 

ada sejarah-sejarah yang besar di sebaliknya.

This post is very random. Mungkin tak ada kaitan dengan hari asyura. But I just want to write something. hu.

Bila teringat akan kisah2 nabi dan sahabat, bayangan tu selalu hadir dengan kesedihan. Somehow, aku membayangkan bahawa kehidupan mereka diselimuti dengan peristiwa-peristiwa yang perit, hari-hari yang sukar, memaksa diri untuk memiliki hati-hati yang tabah.

Betapa istimewanya mereka, kerana kekuatan yang mereka miliki.

Aku sentiasa kagum dengan Yusuf a.s, kerana sifat dirinya yang tidak berdendam dan mudah memaafkan. 

Dirinya dibuli, dihumban ke dalam perigi, dibenci saudara-saudaranya kerana dengki namun baginda a.s tidak berdendam. Yusuf a.s malah dimasukkan ke dalam penjara bertahun lamanya. Setelah akhirnya saudara2 yang menganiaya Yusuf a.s mengakui kesalahan-kesalahannya, baginda menjawab,


“Pada hari ini tidak ada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampunkan (kamu) dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Yusuf:92)


**nangis**





Betapa jauhnya kita dari kesempurnaan seorang nabi.

Begitu juga Yaakub a.s. Baginda terlalu sedih dan merindui Yusuf a.s sehingga matanya menjadi buta. Namun Yaakub a.s tidak memberontak dan berputus asa.


“Dan Yaakub berpaling daripada mereka (anak-anaknya) seraya berkata: “Aduhai dukacitanya aku terhadap Yusuf” dan kedua-dua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia diam menahan amarah (terhadap anak-anaknya)” (Yusuf : 84)

“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku..” (Yusuf: 86)



Teringat pesan naqibah satu masa dulu,

Masalah kita ni, tak seberat apa yang dilalui para nabi. Namun mereka yang juga manusia seperti kita tetap boleh survive, kerana setiap masalah yang mereka hadapi dihalakan kepada Allah.

Jika di dunia ini wujud insan yang memahami dan menjadi pendorong semangat, bersyukurlah. Namun jika tidak wujud seorang yang begitupun, janganlah lupa kita ada Allah.

Dia yang paling dekat dan tahu.

Setiap malam apabila mata ini tak boleh lelap, aku memikirkan apa sebenarnya punca ketidaktenteraman perasaan ini. Takutkah, risau, penat, penyesalan, rindu, benci atau apa. Kadang-kadang secara sedar kita rasa sudah berjaya menyelesaikan, namun hakikatnya masalah-masalah tu masih wujud, berlegar-legar dalam minda separa sedar.


Dia tak muncul dengan rupa masalah tu, tapi datang dalam berbagai bentuk. Badan kita menanggung sesuatu yang susah difahami puncanya.

Sakit kepala,

Insomnia,

Tak lalu makan, demam, sakit belakang

Etc.

Bermula dengan menzalimi diri sendiri, lama-lama kita mula menzalimi orang lain yang dekat, sayang dan memerlukan kita. Mungkin kita tak perasan, namun hakikatnya perlahan-lahan kita makin menjauhkan diri.


Perasaan inferior dan bebanan ni ibarat duri pada tubuh seekor landak.. Semakin banyaknya ia, semakin banyak duri yang wujud hingga sampai masa kita tak mahu orang mendekat sebab takut akan melukakan orang lain. 

hu.

** Tak tahu nak kata apa lagi dah **


Mungkin kita yang belum cukup sayang pada diri sendiri.






Worrying too much about everyone, everything. Jaga hati semua orang tapi biarkan hati sendiri terluka. Seorang nabi boleh melakukan ni, but you have to upgrade yourself first to be able to do this. 


Belajar memaafkan dengan sebenar-benar maaf.

Mengutamakan hak Allah sebelum apa-apa yang lain,

Mengawal perasaan di saat yang paling sulit.

Redha, bersangka baik pada Allah.

Belajar meluahkan pada orang yang tepat, dengan cara dan niat yang baik.

And learn to let go things, when it started to take out the peace of our mind.










Monday, October 3, 2016

Hati-hati

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ni terjaga sebelum subuh dengan kepala yang sakit.. Sebenarnya sakit terasa dari sebelum jaga lagi. Dari dalam mimpi..hu. Sebab takut tak mampu nak bangun subuh nanti, makan ubat dulu sebiji. Dengan harapan akan berkurang sementara nak subuh, insyaAllah.

Dah lama juga sebenarnya tak dapat TTH ni (tension-type of headache). Dull pain, tightness, pressure on the forehead, kadang-kadang hingga ke belakang kepala. Kali terakhir kena ialah di penghujung Ramadhan yang lalu, sakitnya hingga tak mampu bangun apatah lagi berterawikh. 

Tak tahu puncanya, tapi mungkin kerana peristiwa semalam sewaktu membantu Murni pindah. Hampir-hampir kemalangan lagi. Lambat beberapa saat rasanya hancur bahagian depan kereta. 

T__T

Banyak kali sy istighfar.. Selepas 2 minggu tak memandu, kenapalah permulaannya mesti macam ni.. Namun alhamdulillah, semuanya selamat dan urusan perpindahan Murni + Uwais juga telah selesai. 

Despite being traumatized, still I have no regret. 






Memandu ni taklah susah mana sebenarnya. Tapi bagi orang yang selalu ditimpa benda-benda tak elok macam ni, ianya jadi susah. Makin lama makin susah.. Sampaikan tiap kali sy nak drive jauh sikit, akan istighfar dan doa banyak-banyak takut kalau apa-apa jadi tak sempat bertaubat.. hu.

.............

Kemalangan ialah satu isu, tapi belum lagi isu menghadap penjahat di jalan raya. Kena buli, diekori dan sebagainya tu adalah juga 2-3 kali terutamanya bila memandu seorang diri. Bila sy cerita tentang pembuli jalanan ni ramai yang susah nak percaya, tapi ianya berlaku. Ada je jenis manusia yang suka menyusahkan, menakut-nakutkan orang lain di jalan raya. Ada juga kawan yang cermin keretanya dipecah, beg diragut dan sebagainya. 

Senang cerita, kalau dulu nak drive seorang diri selepas jam 10 malam tu tak ada masalah, namun sekarang fikir berkali-kali. This is Malaysia, terutamanya KL. Dengan parking di KL yang kucar kacir, tak tahu nak salahkan siapa bila kereta tiba-tiba calar, lampu pecah dan kemik sana sini. This is how the environment cause us to be gripped by fear, and thrown into unrest. 

Living here tought me to be independent in handling hurdles, and to overcome every fear by yourself. 

Takut macam mana pun, kena fikir waras-waras. 

Sebabnya, manusia di sekeliling masing-masing sibuk dan punya masalah sendiri hingga untuk membantu orang lain tu, ia tidak datang dengan 'natural'. Dulu waktu enjin kereta berasap dan tangan sy melecur disebabkan air enjin tu, ramai sangat orang kat sekitar kereta, tapi semua pandang je. hu. 

Nanges.

........................


Rasa kerdil, kita ni berbanding Dia yang memegang segala takdir. Mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan banyak bertawakkal padaNya.

Niat yang baik saja tak cukup, kena tetap hati-hati

And being careful is not enough, be extra careful. 

Biidznillah.












Ups and downs.

Semalam ialah hari ke 4 posting emed (Emergency medicine). Jujur bermula dari hari pertama, aku agak clueless setiap kali masuk ke ED. T...