Saturday, April 7, 2018

First trimester.

Alhamdulillah ala kulli hal.

I want to share something about my pregnancy, apa yang saya dapat sebagai tarbiyyah buat diri :’)


Dulu waktu di HUKM, saya pernah beberapa kali belajar daripada ibu-ibu hamil yang mengalami Hyperemesis Gravidarum (alahan mengandung yang serius). 

Seorang ibu yang baru hamil 5-6 minggu hadir ke PAC dalam keadaan yang sangat lemah dan emosi yang terganggu. Seperti dipaksa-paksa untuk ke hospital dengan muka yang kelat. Bila di scan kandungannya, ada janin berdenyut-denyut dalam rahim. Saya bukan main excited, tapi dia Cuma pandang sepi saja. Hu.


Ada seorang ibu yang lain, ketika di ward kelihatan anak-anak dan suaminya ada bersama. Sekarang ibunya hamil lagi dengan alahan yang teruk. Bila saya berbual dengannya untuk ambil history, dia muram saja. Sampai satu masa dia berkata, kalau boleh dia tak mahu bayi ni. Suaminya yang terkejut terus memujuk.


Waktu tu saya rasa pelik, kenapa ada ibu yang tidak suka pada bayi yang dikandungnya. Tak suka bila hamil lagi.


Is it possible?


Sejak hamil, ada beberapa kali pernah terlintas dalam fikiran saya perkara yang negatif, seperti intrusive thoughts yang datang secara tiba-tiba. Waktu hamil minggu ke 4 hingga 6, perubahan hormon membuatkan mual berterusan, susah tidur dan badan letih berpanjangan sampai rasa ‘dah tak boleh tahan’ lagi. Asyik makan yang ringan-ringan sebab bila lapar rasa mual makin menjadi-jadi. Tapi tak lalu nak makan makanan berat dan banyak makan buah atau roti saja. 


Memang bila mengandung ni, selera jadi berubah. Ada masanya sampai menangis sebab lapar tapi langsung tak ada selera. Saya tak suka nak masak dan makan nasi, tapi kadang-kadang tahan mual dan masak juga sebab kesian kat suami. Bahan basah macam sayuran dan lauk dalam peti semua banyak yang rosak sebab dah jarang masak. 


Masuk minggu ke 7 sampai sekarang hampir 11 minggu, masih mual tapi waktu sarapan lebih berselera makan. Hampir tiap pagi makan nasi lemak supaya dapat tenaga lebih sikit.  My worst appetite started from noon until night, in which I ate very little. Malam-malam memang susah sangat nak lelap. Lepas subuh badan jadi lesu, semua kerja tak jalan. Rumah jadi berantakan sebab bila buat kerja cepat penat, jadi saya akan buat kerja bertahap-tahap. Kadang tu basuh pinggan pun separuh-separuh bergilir dengan rehat.


Jadi saya banyak google dan baca pengalaman-pengalaman orang lain yang melalui mabuk first trimester, supaya tak rasa keseorangan..hu. First trimester mencabar, kerana kita tak dapat rasa sangat pembawakan baby tapi terpaksa melalui hari-hari yang menyeksakan. Waktu ni belum boleh rasa pergerakan bayi, perut juga masih kecil. Yang memberi semangat waktu tu cumalah gambar scan yang menunjukkan baby comel yang dah nampak mata, tangan, kaki, dengan jantung berdegup dalam rahim ^^,


Sebab tu penting sebenarnya, untuk scan baby walaupun masih kecil selain daripada untuk tujuan perubatan. Semua ni akan mempengaruhi semangat dan psikologi ibu yang hamil :’) Saya buat dating scan agak awal pada waktu 8 minggu, waktu tu saya dan suami teringin sangat nak tengok kandungan. Bila dokter letak je probe ultrasound belum sempat adjust pun, saya dah terus nampak baby dan perasaan waktu tu rasa ‘sejuk’ sangat. Gembira, alhamdulillah.



8 minggu :)


Bila masuk 10 minggu ke atas, saya dah boleh rasa rahim makin cepat membesar. Ruang pelvis terasa makin ‘penuh’ dan perut makin jelas kelihatan. Waktu ni walaupun masih tak sihat, emosi lebih stabil. 


Dalam satu ceramah, ustazah ada mengatakan bahawa wanita ni kekuatannya banyak terletak pada emosi. Walaupun mengandung dan bersalin tu sakit, dia akan dapat kekuatan melalui rasa kasih dan sayangnya pada anak dan suami hingga membolehkannya mengharungi kitaran kehamilan yang sama berkali-kali. 


Jadi bila rasa down saya selalu usap-usap perut supaya timbul rasa sayang pada baby, supaya rasa kuat nak teruskan. Saya membayangkan jantung baby yang berdegup-degup kuat lagi laju dari jantung saya sendiri :’) Dan jangan lupa untuk selalu berdoa, semoga Allah mudahkan urusan-urusan.


For every heartbeat, 
Live stronger.


For every opportunities,
Be grateful.


Keep being hopeful,
To Allah who is Merciful.

No comments:

Post a Comment

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...