Tuesday, May 13, 2014

Nahnu duat qobla kulli syaii'

Kadang-kadang mungkin sampai tahap di mana kita berharap dengan sangat, agar Dia tidak menguji dengan sesuatu yang kita tak mampu nak atasi.

Takut kalah sebab iman tak kuat.

Takut kalah sebab tahu diri sangat fragile dengan hambatan-hambatan.

Akhirnya takut tak lepas ujian yang diberi..

Tapi selalu dalam "sedang susah" tu Allah tambah lagi. Lagi, dan lagi hingga limit sabar tu dinaikkan...

Sebab Allah tak mahu kita ada limit tu.

T___T

Tak tahu macam mana nak cakap (tulis). Sebab macam-macam sangat perasaan, rasa serabut dan susah nak cari titik tenteram. Selalu kita sibuk ingatkan adik-adik supaya hati-hati dan tak buat silap, sebab itu sekali bila kita yang ter'cuai',  susah sangat nak maafkan diri. 

Astaghfirullahalazhim. Sebab tu sifat sabar sentiasa kena upgrade.

Sabar dengan orang lain, sabar dengan diri sendiri. Nak tulis senang nak buatnya susah... Sebab sabar menuntut kita untuk 'telan' apa yang boleh je kita nak luahkan. Rasa nak marah, sindir, menjawab balik, kena telan semua tu. Dalam physiology pun kita akan tereffect dengan apa pun yang kita telan. Boleh jadi kenyang, nak muntah, diarrhea.

Tapi Allah tetap bersama orang yang sabar.. Ingat selalu. Allah nak ajar kita erti sabar, dan ikhlas.



T.T

Baru-baru ni beberapa wakil daripada UKM Malaysia datang untuk memberi gambaran kepada pelajar twinning yang bakal pulang. **tarik nafas panjang-panjang**

Selepas dengar semua benda, kalau diikutkan dah rasa gelabah macam nak study gila-gila supaya dapat perform bila balik UKM nanti. Dengar orang kiri kanan dah ada azam2 nak berhenti atau kurangkan kerja2 mengscroll twitter, instagram, FB, movie, etc. Sebab nak kena study.

Dia pun terfikir, "aku pula nak berhenti atau kurangkan apa...?". Sungguh, terasa meremang bulu roma. Takut kerana terlalu nervous dengan sesuatu yang belum pasti, kita lupa bahawa


"Setiap dari kita itu ialah da'ie sebelum segala sesualtu."

Astaghfirullahalazhim...

Benda-benda yang buang masa memang dah lama kena stop, bukan bila ada tekanan untuk study saja. 

Kadang-kadang kita lupa bahawa tak semua orang ada ruang untuk berleha-leha tu. Bekas masa yang kita ada akan tetap sama. Dan jika dai'e yang sedang struggle untuk d&t + belajar medic mahu masukkan ruang "aktiviti jahilliyyah manusia biasa" lebih-lebih dalam tu, dia akan kalah.

Yang sibuk membawa liqo jugalah yang mahu main game.

Yang sibuk pelan dauroh segala jugalah yang tak berhenti nonton movie.

Yang sekian-sekian jugalah nak berblogging. Astaghfirullah.. T____T

Kadang-kadang kita rasa puas, tapi akan sampai satu tahap kita akan mula lemas. Jika hati sudah mula terpaut pada jahilliyyah, kita akan mula lemas dengan d&t. Naudzubillahimindzalik.

Diri sendiri pun bukan genius dan kadang-kadang kalah nak berlawan. Bila adik-adik tanya bila masa saya study, kadang-kadang diri sendiri stuck buntu nak jawab. Sebab kebanyakannya 'in the nick of time' yang entah apa-apa. Jika dapat weekend yang kosong untuk study tu seolah-olah menang tiket haji dan umrah, nak kata heavennya. 

Tapi sama-sama kita usaha dan mencari barokah di dalam usaha.. Akhawats. Kalau saya tertinggal, bantu dan bangunkan saya T.T








3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...