Saturday, November 8, 2014

Kerdil

'Ding..dong'

Bunyi bell pintu rumah berbunyi.

**Kepala berdenyut**

Tunggu kejap, semoga ada yang pergi bukakan pintu.

'Ding..dong.......ding..dong..'

**aish**

Bangun, terjun katil dua tingkat pergi buka pintu.

Pandang muka housemate  beberapa saat, fikir kenapalah dia yang seorang ni selalu tak reti nak guna kunci sendiri. Meluncur laju sapaan yang tak berapa nak menyapa.

"Tak bawa kunci ke..?"

Bekeng sungguh bunyinya.

..................................

Beberapa minit kemudian dah kembali terbaring atas katil, sambil tertanya-tanya pada diri,

'mana perginya akhlak kau tadi... (?)'

T_______T

Memang kalau diikutkan kita sentiasa nak melayan mood sendiri, yang menjadikan kita 'the very ordinary person'. Semakin lama, saya sedar bahawa setiap kegagalan dalam menahan sabar seolah-olah membawa diri berpatah balik ke belakang di masa awal pentarbiyahan. 

Bukan nak kata sepatutnya orang yang ditarbiyyah menjadi 'extraordinary' dan bagus sangat, but you know what I mean.

..................................


Dalam setiap keadaan, kita sebagai manusia dan hamba sentiasa berada di dalam medan ujian, medan beramal, dan medan tarbiyyah (didikan).


Allah nak lihat semaksimum mana kita mampu melaksanakan dengan sempurna, dan bertaqwa dengan sebenar-benarnya di dalam hari-hari yang ditempuh. Namun sangat sering kita lupa dan tak mampu bertahan.

Memanglah, sangat susah nak menahan sabar sesaat.






Sejujurnya, minggu-minggu terakhir posting medical sangat menekan.

Di dalam minggu assessment observed long case, 3 hari bersama seorang examiner memerlukan satu macam kekuatan.

Setiap hari ward penuh dengan medical students hingga susah nak bernafas **exaggerating**. Namun ditakdirkan di hari specialist ni buat head count, cuma beberapa kerat yang datang. Dan malangnya keadaan yang 'rare' ni menjadi satu kesimpulan di mata beliau yang merobek-robek jiwa.

"All of you actually deserve to fail because you all did'nt even bother to come to the ward..!"

Muka merah padam. Tekak terasa pahit nak menelan. Beliau pandang tepat ke mata saya. Saya pandang sipi-sipi ke arah lain, huhuh. Beliau lanjutkan lagi tazkirah,

"Youu did not even exclude the other differential diagnosis of fever, like leptospirosis, meningitis.."

Telinga saya dah kebas hingga tak dengar bila masa dia cakap,

"And you. Youu... Did'nt check the mucosa of the mouth properly (in dengue cases) is a sin you know?? "

Saya terpaksa tanya kawan yang lain the exact word yang beliau cakap supaya tahu bahagian mana yang dimarahkan sangat sebab bila telinga saya dah kebas jadi susah nak grab semua benda :S

..................................

Setiap hari kita clerk patient denggi macam nak muntah, namun akhirnya gagal perform dengan baik sewaktu observed long case. Bukan heart diseases, diabetes, asthma, stroke, malignancy rupanya, Allah nak bagi kes denggi je namun tak cukup bersedia. Kecewa dan marah dengan diri sendiri.

Nak siapkan workshop, bermacam-macam buku kita buka. Bermacam-macam web kita search. Bermacam-macam jawapan kita cari. Akhirnya end up dengan kena marah juga kerana orang lain bawa kertas jawapan senior dan tayang depan specialist tanpa rasa bersalah.

Hati mana yang tidak geram.

Kadang-kadang kita rasa guru yang mengajar tu garang, namun lihat saja perangai kita. Attitude kita pun tak kurang 'hebatnya'.

Sewaktu short case exam, sekilas saya pandang muka examiner terasa mendungnya perasaan. Betapa Allah tu maha Besar, Dia nak uji aku lagi. T____T.

Agak lama sebenarnya saya cuba terima hakikat yang memang inilah takdir. Memang Allah dah susun dengan sebaik-baik susunan. Sebenarnya jika ada susunan yang lain belum tentu itu yang terbaik namun kita terlalu mengikut perasaan, malah sempat bersangka-sangka buruk dengan Allah dengan hati yang memberontak. Kita rasa banyak benda yang berlaku ni tidak adil. Sempat juga teracun dengan ungkapan 'nasib tak baik', 'buat penat je' etc.

Mula mengeluh dengan bahasa-bahasa macam tak cukup iman. Astaghfirullah.

Terlupa bahawa segala penat kita itu ialah amal, dan outcome itu ialah tawakkal dan redha kita pada segala susunan Allah. 

Ada orang yang sempat melalui kepenatan belajar medicine namun tak sempat pun mendapat outcome menjadi doktor. Allah dah jemput dia dulu.. Maka amal yang mana yang kita nak bawa sebagai bekal kalau bukan setiap kerja yang dah kita buat dengan ikhlas..? 

Biarlah consultant, specialist atau supervisor tak nampak kerja-kerja kita sekalipun sebab kita buat bukan kerana nak impresskan dia. Jika ditakdirkan Dia nak bagi, Dia akan pastikan outcome tu sampai tanpa berkurang sedikitpun.

:'(






..........................

Kadang-kadang, kita juga semakin tidak kenal dan keliru dengan 'jalan ni'.

Dakwah, tarbiyyah, manhaj, 

Benda-benda ni seolah-olah jadi awan kepul di atas kepala dan kita mula melihat perkembangan dalam konteks penjelasan terhadap 3 benda ni. Andai kata hati ni tak terbuka dan bersabar, tak mustahil kita terburu-buru dalam membuat keputusan dan meninggalkan jemaah, misalnya.

Cara pandang yang berbeza ni, memang menyakitkan. Kita yang baru 'mendarat' ni terasa banyak benda yang kena mengelirukan. Namun saya terfikir, jika saya men'detach'kan diri tergesa-gesa tanpa cuba untuk bertahan dan menilai, sejauh manakah diri ni mampu pergi..? Sejauh mana 'kita' mampu pergi..?

Mungkin kita terlupa, matlamat UA tu bukan matlamat 'aku' sahaja, namun ianya matlamat 'kita'.

Kita kata, 

'Jalan dakwah dan tarbiyyah yang aku kenal itu berbeza'. 

'Kita bergerak dengan kefahaman dan prinsip yang kita tegakkan, bukan atas arahan yang kita sendiri tak faham kenapa etc.'

Kata-kata ni bukanlah diucapkan oleh adik-adik, namun oleh bekas murobbi yang pertama-tama menyentuh saya dulu. Namun sedikitpun tidak tergugah rasa hormat dan tsiqoh saya pada beliau sekalipun kini beliau memilih untuk tidak bersama secara 'physically'.

Kadang-kadang situasi begini mengajar kita untuk merunduk, merendah hati., membuang ego-ego diri, perasaan hanya aku yang betul etc. Sedangkan belum tentu ada sesiapa yang salah. Tiada siapa yang boleh menjamin bahawa dirinya sudah confirm betul dengan segala kecetekan kefahaman kita terhadap ad-deen ini. Namun yang lebih utama ialah untuk kita terus dan terus beramal dan menjalankan kerja-kerja, semampunya.

Andai saja Rasulullah s.a.w ada dalam kalangan kita.. :'(

Syukur alhamdulillah, regardless segala benda yang berlaku kita tetap bersyukur, Allah masih nak tarbiyyah kita yang buruk ni, kerana mungkin adakalanya kita mula nak besar diri dan lupakan Dia. Bukan mudah nak menjaga hati dengan kedudukan yang 'hebat'. Lihat saja di hospital, bermacam-macam drama boleh dilihat.

Adakalanya seorang doktor itu terlalu kagum dengan diri sendiri,
Adakalanya seorang doktor itu merasa sentiasa benar dan hebat. Hingga seorang M.O mampu palpate liver depan students dengan penuh bergaya seolah-olah hujung jarinya itu ada sensor, sentuhan di hujung jari sudah memadai. Mata tak sempat berkelip tiba-tiba dah tahu hepatomegally atau tidak. 

Hebat hingga kita yang melihat ni rasa macam magik sungguh. 

Mungkin itulah yang dinamakan 'kepakaran'. 

Huhu. 

**dah mula merepek**

Memanglah adakalanya kita kena 'up'kan rasa percaya diri supaya boleh jadi berani dan yakin. Jika tidak percaya diri kita mungkin tak mampu nak jadi murobbi. Kalau tak yakin diri pun susah nak jadi doktor. Namun sendirilah waspada antara percaya diri dengan 'rasa bagus'. 

Saya bersyukur ahli usrah bawaan saya terdiri daripada senior-senior. Walaupun ada 'kesusahan' di situ, namun saya suka kerana sharing mereka di dalam usrah selalu buat saya muhasabah dan malu dengan diri sendiri. 

.........................


Alhamdulillah alaa kulli hal.. Alhamdulillah Alaa kulli hal..







Taaruf

Bismillahirrahmanirrahim. 9 Julai, setahun yang lalu. :') Ramai yang berkata, dugaan bertunang ni berat. Benarlah berat, dan ...