Saturday, May 6, 2017

Ups and downs.


Semalam ialah hari ke 4 posting emed (Emergency medicine).

Jujur bermula dari hari pertama, aku agak clueless setiap kali masuk ke ED.

Tak tahu nak mula dari mana. 
Kadang-kadang aku mengelamun sekadar memerhati. Blurr.

T.T



ED HUKM

Namun masuk hari ke 2, keadaan bertambah baik. Aku mula belajar dengan mengikut kawan yang jenis proaktif. Tak dapat buat procedure, sekurang2nya dapat assist, sampai aku dapat keberanian untuk buat sendiri.

Bila jumpa doktor yang cool dan bersemangat sikit, aku follow walaupun tak diajak. hu. Sekurang-kurangnya aku dapat tengok macam mana mereka handle patient di ED. Ramai yang kata, bila masuk ED jangan lepaskan peluang untuk buat real CPR, real itu dan ini. 

Tapi untuk orang macam aku, susah nak sampai ke tahap buat benda yang 'real' tu selagi tak lepas bahagian-bahagian 'ice breaking' di tempat baru. Masalah orang introvert.

T_T

Its okey. I am okey insyaAllah, knowing myself.

Aku tahu kelemahan diri, memang jujur aku ada masalah pede (percaya diri). Susah sangat nak yakin bila buat sesuatu. 

Macam dressing, setelah buat hampir 10 kali under supervision baru aku ada keyakinan nak redah buat sendiri. Nak ambil darah pun masih pilih2 lengan lagi. Nampak kalau chubby2 tak ada vein, terus rasa nak passing kerja kat MA atau staffnurse. Branula, sebelum buat pun dah ada mindset takkan masuk. 

Aku dengan ketidakyakinan jarang berpisah..


U____U


Tapi bila masuk final year ni, aku bersyukur Allah jumpakan aku dengan orang-orang baik. Walaupun kebanyakannya ialah orang yang aku tak pernah kenal, mereka berbuat baik denganku. 

Bermula dengan posting surgery, dapat SV yang baik-baik. Dapat mini c-ex pun dengan 2 orang specialist yang memang aku kagumi dan menjadi favourite baik di HUKM mahupun HTI. Mereka role model yang cemerlang dalam kerjaya, akhlak dan sahsiah. Bila aku tak pandai mereka tunjuk cara nak bagi pandai. Bila aku gugup masa assessment mereka bagi peluang untuk aku bertenang dan jawab. Pendek kata, mereka ialah role model yang bagus 🌸☕



Kemudian aku menjejakkan kaki ke posting peads.

Kat sini hidup aku mula berantakan. Jujurnya peads tak termasuk dalam senarai kesyukuran kerana ditemukan dengan orang yang baik-baik, namun aku bersyukur dengan sangat kerana Allah izinkan aku lalui posting ni sampai selesai dalam keadaan masih waras untuk menuntut ilmu walaupun mengalami tekanan jiwa. Dalam posting ni juga aku banyak kena viral fever dan URTI mungkin berjangkit dari patients, ditambah dengan immune badan yang lemah sebab stress. 

Namun rasa nak pengsan macam mana pun aku tak pernah ambil MC. Walau demam 39 degree, terpacak juga di ward. Siap ambil giliran jadi  prHO lagi (training for being HO). Semua self-endurance + self harming ni berpunca dari anxiety sepanjang berada di posting ni.

Huhu. Go away peads.
T.T


Masuk pula ke O&G selepas tu, aku dapat ward merah lagi. Ward ni memang terkenal dengan macam-macam kes mental trauma setiap kali ada grand ward round (GWR). Memang kena panggang pun waktu GWR sampai merah muka macam biji saga. 

Namun alhamdulillah aku tak traumatized sangat mungkin sebab dah pernah posting kat sini waktu 3rd year dulu. Anggap jelah macam balik kampung halaman, bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik juga di negeri sendiri.

Di Slim River, O&G menjadi semakin menarik. Bidan kat sana bagi conduct dan assist beberapa delivery, siap bagi peluang jahit perineal tear. Alhamdulillah. Kalau nak bercerita mengenai O&G di Slim River ni, panjang lagi sebab best. Kat sana ada Dr. Kalai, yang tersangat humble dan berdedikasi mengajar. Aku memang suka Dr. Kalai walaupun cuak juga kadang2 sebab dia tegas. 





Teaching Dr. Kalai sangat practical based. Cara dia conduct teaching buat orang lemah semangat macam aku ni tambah berkeyakinan nak jadi doctor dan handle case2 yang bolehlah dikatakan macam mimpi buruk. Pesanan yang dia selalu ulang2 tiap kali kami buntu macam mana nak manage case ialah

"You cannot always say that you don't know what to do. Think !  Do not ever give up on your patient."

Patient PPH misalnya, mesti tahu macam mana nak manage dari A to Z.  Step2 simple sekalipun semua kena ingat. Dan bila kita jadi team leader, misalnya MO atau specialist oncall satu hari nanti, jangan takut nak bagi arahan bila ianya melibatkan nyawa. Lagi-lagi O&G yang memang terkenal dengan segala macam bleeding dan obstetrics emergency.

Bak kata Dr Kalai, sebagai manusia kita memang kena berbudi pekerti dan menjaga sahsiah diri. Namun ketegasan tetap perlu pada masa yang tepat.


"People will hate you, definitely when you turned out to become very particular as well as a little bossy in a critical condition. But its okey as long as your patient survive."

🌼 memang mantap 🌼


Di labour room HUKM pun aku bernasib baik juga, tiap kali oncall dapat attach dengan bidan dan MO yang baik2. Siap dapat buat procedure2, assist vacuum delivery, dan assist perineum repair lagi. Out of norm untuk labour room HUKM sebenarnya sebab pengalaman aku waktu 3rd year dulu agak seram sikit. Mungkin dunia dah terbalik demi kebaikan student dan sejagat. 

Enough with babies, alhamdulillah. Dengan penuh pengharapan dapat pegang baby sendiri satu hari nanti. Eh.

Jujurnya sepanjang posting O&G aku selalu down dengan life sendiri sebab tengok patient yang beranak banyak-banyak ni muda-muda belaka. Kadang-kadang aku sampai ternangis sebab depressed. Pernah terfikir aku ni kelak akan masuk golongan advanced maternal age ke, terdesak sampai poor spacing ke dan bermacam-macam lagilah. 

Jangan gelak. I'm not kidding T__T. 

After all, Allah know best. That's the only reassurance that works for me.

πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά :)



Kemudian masuk family medicine (Famed). Bidang specialty yang menjadi idaman semua doktor yang berimpian nak kerja office hours macam aku. Cuma famed ni bukanlah specialty yang gampang sebenarnya. Failure rates untuk postgrad agak tinggi. 

Namun yang pentingnya, kebahagiaan boleh dikecapi sedikit sebanyak di posting ni. Aku suka cara bekerja di KK yang kurang tekanan, maka menjadikan hampir semua staff dan doktor di KK ni sangat cool dan bersopan santun.

Waktu aku di bahagian emergency KK Batu 9 dan 14, semua MA di situ sangat sempoi dan positif. Mereka beri peluang student kurang berpengalaman macam aku untuk buat procedure walaupun kadang-kadang aku ni melambatkan kerja mereka.


“Nak try? Nah kamu buat pula lepas ni. Jangan takut2, confident je.”

“Nak buat dressing? Boleh2.  Nah ambik patient ni. Barang2 semua kat sana. Kalau ada yang tak sure tanya je k.”


Alhamdulillah ala kulli hal.





Tergerak untuk menulis  kali ni dengan cara yang lebih positif insyaAllah, dengan harapan dapat memujuk diri. Sebab aku selalu lupa, Allah telah memberi nikmat yang sangat banyak 🌼

Dia lalukan susah dan senang silih berganti, namun aku keliru kenapa diri masih terus bersedih dan hidup dalam kepahitan yang sudah berlalu. Kita mungkin tak mempunyai teman yang menemani kita siang dan malam, namun Allah ada. 

He is always close to us. 

Mungkin aku agak lambat dan tak kuat, but i'm trying to recover from this illness bit by bit.

Slowly but surely insyaAllah :')








Ups and downs.

Semalam ialah hari ke 4 posting emed (Emergency medicine). Jujur bermula dari hari pertama, aku agak clueless setiap kali masuk ke ED. T...