Wednesday, July 4, 2012

Judicium.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Segala pujian kepada Allah s.w.t.. 

Judicium 1 jatuh pada hari ini. Syukur, dengan izinNya saya akan melangkah ke tahun kedua menjelang September ini.  Bolehlah tukar description pada profile blog kat bawah ni tak lama lagi:)

Sejujurnya, saat saya melihat sekilas transkrip result, hati saya terasa lapang sekali. Betapa Allah itu Maha Pemurah, betapa luas langkah saya Dia permudahkan.. Jika bukan kerana saya punya tugas yang belum dikerjakan, juga kerana saya suka dan mahu belajar, boleh saja jika saya mahu pulang ke Malaysia di saat ini juga:)


alhamdulillah :)


Sebenarnya saat melalui fasa-fasa exam dan result begini, saya banyak mempersiapkan hati dan iman. Pesan saya pada diri:


"Apa saja yang Allah kurniakan, ambil dan genggam sekuat-kuatnya kerana pemberian / pinjaman itu ialah takdir yang tertulis untuk kamu, jangan sekali-kali melihat sana sini lalu mengharapkan apa yang ada di genggaman orang lain"

"Apabila melihat orang yang di bawah, ingatlah bahawa Allah sedang menguji hamba-hambaNya.. Begitu juga bagi mereka yang sedang dijulang di atas.. Oleh itu tidak kira di kelompok mana kamu berada, takutlah jika kamu gagal melepasi ujian Allah. Dan syukurlah andai Dia memudahkan kamu dengan kedudukan di tengah-tengahnya.. (sederhana)"


 
Saya harus lebih berusaha. Kerana bagi saya, pointer adalah pointer... ilmu adalah ilmu. Saya tidak suka menyamakannya sama sekali. Jika di saat ini saya mendapat pointer 4.0 sekalipun, saya tetap akan belajar dengan rajin kerana markah apa jua yang saya peroleh, boleh jadi bukan kerana hebat dan pandainya saya melainkan ianya rezeki dan ihsan kurniaan Allah dalam mempermudahkan setiap langkah hamba-hambaNya.



effort is a must ~

Saya paling merasakan ini pada peperiksaan penting seperti SOCCA (student oral case analysis). Kebanyakan senior mengatakan bahawa socca itu bergantung pada rezeki, bagi saya ada benarnya. Jika rezeki itu memang milik kita, apa-apa pun bisa menjadi asbab bagi kita mendapatkannya.


Pada socca pertama di pertengahan semester satu, saya mendapat case obesity. Saya tidak cekap biochemistry, malah sewaktu saya menyelak draf socca bagi obesity, saya siap berharap tak dapat case ini. Namun di saat saya membaca soalan exam, walaupun terkejut, saya masih positif kerana saya masih ingat bahawa di dalam tutorial, saya membuat learning issue pada bahagian 'pokok' case ini. Saya sudah merumuskan beberapa perkara penting termasuk biochemical process for the three sources of energy, energy balance dan pathophysiology yang menjurus pada obesity tersebut sewaktu membuat nota buat teman-teman.

Jadi sebenarnya saya tidaklah mantap menghafal sebiji-sebiji segala proses biokimia yang berlaku dengan enzyme2nya, tetapi saya mengerti akan perjalanan proses itu dari pandangan keseluruhannya. Jadi walaupun case obesity ini menjadi case killer pada waktu itu, saya lulus dengan gred B alhamdulillah..



Kemudian socca kedua, di akhir semester 1. Beberapa hari sebelum peperiksaan, saya menjenguk sebentar ke tempat daurah bagi senior tahun ke-3. Pada waktu santai, saya berbual dengan kakak Y, meminta tips di saat akhir. Kakak Y tidak banyak memberi tips, tetapi dia menceritakan pengalaman soccanya di semester 1. Kurang lebih begini.


"Akak dapat case cervical carcinoma waktu tu. Kalau awak dapat case ni, fokus lebih pada beberapa point yang penting, seperti proses perbezaan cancer yang benign dan malignant, features, microscopy segala di mana awak kena benar-benar tahu bezakan, juga proses metastasis. Proses metastasis ni, exlain detail, habis-habisan...."


Saya lebih awal telah siap mengerjakan nota yang lengkap untuk ini, tinggal nak hadam dan hafal. Dan saat saya membuka soalan exam, tersenyum saya di dalam hati.

Cervical Carcinoma.

Meskipun terdapat point sampingan yang saya tertinggal sewaktu presentasi, alhamdulillah syukur doktor yang menilai sudi memberi saya 'A' yang 'cukop makan'  :) Pada waktu ini, case yang killer ialah pneumonia. Saya tak dapat bayangkan apa yang nak dibuat jika saya dapat case tersebut..

Dan socca yang ketiga iaitu socca bagi reproductive system, tambah mantap lagi.. Saya mendapat case yang temudah di antara berbelas-belas case rumit yang ada, iaitu menarche (first menstruation). Saya pula yang seperti 'terkejut' kerana sama sekali tidak menjangkakannya. Dalam cycle kali ni, case yang killer ialah placenta previa.


Gred socca banyak sekali menarik pointer. Justeru itu, setelah melalui peperiksaan yang sebegini, susah sekali saya mahu melihat pointer sebagai indicator kepada cukupnya ilmu perubatan yang perlu saya gali.

Saya sikit pun tidak menyesal  mengulangkaji berbelas-belas case rumit yang lain walaupun endingnya saya mendapat case yang mudah. Saya juga tidak menyesal bersengkang mata membaca slide lecture walaupun akhirnya tiada sikit pun nota daripada slide yang keluar di waktu peperiksaan. Kerana exam adalah exam.. Sedangkan ilmu itu mempunyai sisi takaran yang berbeza yang hanya mampu diukur kecukupannya saat saya bergelar doktor kelak. 

Saya mempunyai banyak sekali teman-teman yang menuntut hak mereka. Mahukan nasihat dan sokongan. Semoga kami diberi kekuatan yang luar biasa insyaAllah, kerana perjalanan masih jauh.. Hingga ketemu titik pengakhiran yang terbaik..biidznillah..

8 comments:

  1. bagus r..sy terfikir sesuatu slps bc n3 ni..tq k.tina

    ReplyDelete
  2. Ape la agak2nya kan yang miss macho terfikir (",) he

    ReplyDelete
  3. mabruk alaiki sbb dpt ke tahun 2. berapa tahun lagi di sana? doakan ana ke tahun 4 juga. dalam fatrah imtihan skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran.. di sini ada 2 tahun lagi insyaAllah, sebelum sambung klinikal di UKM.

      Jauhnya nta dah nak ke tahun 4 :) Bittaufik wannajah fi imtihan, semoga dipermudah segala urusan iA..

      Delete
  4. Alhamdulillah..(tersenyum puas)...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...(tersenyum puas)

    ReplyDelete
  6. i used to say things like " buat penat je baca tp x msk pon..." but, lepas bace post ni, sye rase sye x patut ckp mcm tu sbb mcm awk ckp, ilmu adalah ilmu, walaupun x msk exam, kte masih dapat mempelajari sesuatu untuk kehidupan ni. thanks, i'll remember that :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) begitulah. Ada sebabnya Rasulullah s.a.w mengatakan di dalam hadith bahawa semua urusan mukmin itu 'khair' (baik). Jika optimis dan berfikir jauh, kita tak akan rugi insyaAllah:)

      Delete

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...