Monday, August 13, 2012

Istighfarlah wahai hati..!

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam bulatan gembira tergendala lagi, buat entah keberapa kalinya.

Menunggu daripada 9.30 malam hingga hampir jam 11, dan akhirnya kecewa. Hampir setiap kali masalahnya tetap sama. Seolah tiada penyelesaian. 


Akhawat mengingatkan,


"Mungkin kita kurang berdoa. Kita kurang berdoa agar usrah kita berjalan lancar. "

"Kita banyak melihat pada faktor-faktor teknikal seperti masa, jadual, kemudahan internet dan sebagainya, tetapi lupa meminta padaNya agar dipermudahkan pelaksanaannya."

............................
  

T_________T

Suatu masa dulu saya pernah mendapatkan usrah yang 'ideal'.

:)

Saya masih ingat waktu2 itu di mana saya sangat bersemangat untuk menghadiri bulatan gembira. Tidak sabar menanti kedatangan murobbi, perasaan rindu untuk menatap wajah beliau dan ahli usrah yang lain. Walau hanya untuk menatap wajah. Bila saya ditegur atas suatu kesalahan, saya berlapang dada. Rasa tsiqah pada ahli usrah dan murobbi tidak berkurang, seperti juga perasaan saya yang tidak berubah. Ini berbeza daripada diri saya kebiasaannya.


Itu hampir 2 tahun dahulu.


Kini tiba masa bulatan gembira ini diuji. Masa sangat terbatas, untuk bertemu muka jarang sekali. Untuk satu pertemuan, sentiasa ada sesuatu yang perlu dikorbankan.

Saya cuba belajar melayani kehendak dakwah dan tarbiyyah. Berusaha untuk lebih berlapang dada dan bertoleransi, cuba meletakkan kepentingan usrah itu di hadapan bagi menutup segala kekurangan yang ada. Tidak lagi mahu menuntut yang bukan-bukan daripada murobbi, kerana mula merasakan diri mementingkan diri.  Belajar memahami dan berlapang dada.

Dan mungkin saja usaha ini berjaya, walau tidak merasai hubungan perasaan yang sama.


Saya kembali teringat pesanan bekas murobbi di Malaysia..


"Seboleh-bolehnya kita semua mahu agar seideal mungkin menjaga tarbiyah sesama kita... namun hakikatnya realiti kehidupan tak selalunya ideal..Atas dasar syura & ijtihad kita berharap agar Allah jualah sandaran & harapan agar semuanya berjalan dengan baik..

...berada dalam usrah adalah satu hubungan atas dasar ketelusan sesama naqibah dan jua adik beradik usrah yang lain. kita saling melengkapi...bukan hanya dikumpulkan mengikut kualiti dan tahap-tahap tertentu... kita harusnya meletakkan rasa percaya yang tinggi dalam usrah kerana hanya dengan itu usrah yang kita hadiri memberi rasa perasaan yg mendalam...sudahkah kita memberi hak itu?? "



Bagaimana mungkin ianya tidak ideal bila Dia yang menyusunnya. Ideal bukan hanya pada keadaan, boleh jadi ideal itu merupakan ujian yang sempurna buat diri. 

Istighfarlah wahai hati..!




Friday, August 10, 2012

A promise.

Bismillahirrahmanirrahim...


Put on patience.

When I started to regret on something that I've let go,
I remind myself of one fact that soothed me enough.


When You let go of something because of Allah,
Because you afraid of making sins,
Or just because you want to please Him sincerely,


He'll take care of you.


"Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya,
menjadi pemandu untuk nafsunya
dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya"
-Saidina Ali r.a- 





InsyaAllah.

:)




Friday, August 3, 2012

Judicium II - A crash:(

Bismillahirrahmanirrahim..


Saya terkesan membaca pesanan Ustaz Zahazan di fb tadi.. Mungkin kerana hari ini judicium II :')



"Bila kita menyampaikan ilmu, anggap ilmu itu untuk diri sendiri. Agar ia lebih mudah masuk ke dalam hati"



Sebelum keluar ke kampus untuk ambil keputusan exam tadi, hati saya kuat merasakan bahawa Allah mahu mengajar saya sesuatu pada hari ini. Benar-benar seperti ada sesuatu. Saya telan air liur, menanti apa yang bakal saya dapatkan pada hari ini.

Dosen yang menyerahkan transkript result saya kelihatan gembira (memang beliau selalu nampak gembira pun).

Saya terpandang pointer saya, terasa sentap. Kemudian baru sedar yang dosen sedang bercakap sesuatu.


"Athina, good work... :)"


Saya tersenyum. Tak tahu kenapa.

Mungkin kerana dosen sedang memuji pointer saya sedangkan saya tengah frust kenapa pointer saya sama je seperti yang saya dapat di judicium I. Saya yakin beliau tak tahu, thus she thinks I have improved. Di dalam kepala saya pula duk fikir kenapa pointer saya tak naik hatta 0.01 sekalipun...(?) Bukan ke paper BHP seperti kacang goreng  hari tu.


Saya tengok orang lain pula. Yang naik 0.2  pun ada. Gred bertukar-tukar. Saya muhasabah kejap, adakah saya kurang study...? Kurang latihan, kurang bersungguh ataupun kurang doa..?


Saya tahu result saya tu sudah cukup untuk naik tahun, malah saya tak fikir sangat tentang pointer tersebut. Cumanya saya jadi curious, dan berkocak hati kenapa tiada hasil untuk remedial 3 paper yang saya ambil. 

At this moment, I might not realise to whom I'm actually asking.


...........................


Kerana adanya perasaan ini, saya tidak pasti berapa banyak kalinya saya beristighfar dalam hati. Saya yakin bahawa Allah sedang menilai diri saya yang sebenarnya di saat ini. Benar-benarkah saya bersyukur dan khalas dalam melepaskan sesuatu yang bukan hak saya... Kok redhanya di mana sih.


Fikirkan ya. Its simple. Ada teman yang diuji dengan pointer yang perlu dilonjakkan untuk naik tahun di mana mereka mengambil obligatory remedial paper. Sedangkan saya cuma mengambil paper remedial untuk memperbaiki gred dan pointer yang dirasakan rendah. Ini facultative. Kesimpulannya, mereka yang ambil obligatory paper mesti kena naik pointer sebaliknya mereka yang ambil facultative paper tak semestinya kena naik pointer untuk naik tahun.


Jadi seharusnya ia lebih mudah untuk saya 'let it go' tetapi saya jadi banyak fikir pula. Kerana itu, nasihat ustaz  Zahazan jadi menyentap hati. Ustaz kata,


"Bila kita menyampaikan ilmu, anggap ilmu itu untuk diri sendiri. Agar ia lebih mudah masuk ke dalam hati"



Diri sendiri.


Saya rasa tertikam kerana di dalam entri judicium baru-baru ini saya pernah tulis ini: 


"Apa saja yang Allah kurniakan, ambil dan genggam sekuat-kuatnya kerana pemberian / pinjaman itu ialah takdir yang tertulis untuk kamu, jangan sekali-kali melihat sana sini lalu mengharapkan apa yang ada di genggaman orang lain"

And now I'm doing exactly the opposite.

T________T



Saya jadi lupa bahawa saya selalu berpesan pada teman-teman bahawa di dalam usaha dan natijah, ada longkang pemisah di tengah-tengahnya. 

Adakah tanpa sedar saya telah menyampaikan mesej dakwah selama ini dengan mulut dan jari semata-mata.. (?) 

Sedih...


Kita tak akan tahu kelemahan kita selagi Allah tak menunjukkannya direct di depan mata sendiri. Di saat ujian kesenangan datang, kita mudah percaya bahawa kita benar-benar beriman. Namun tunggu saja bila Allah memberi kesulitan dan kekurangan pula, di saat inilah sebenarnya kita harus tepuk dada, dan bertanya pada hati,


'Now He gave you this, how was your feeling..?'


Hati akan jujur pada diri sendiri. Masih ada yang kurang pada dirimu. Kamu belum cukup percaya dan yakin. Kerana hatimu bergoncang saat apa yang kamu mahukan terlepas dari genggamanmu.

Bersyukur Dia masih mahu menegur di mana silapnya. Muhasabah dan memperbaiki iman. Di mana cacat dan kurangnya, di mana saya telah terlupa.

:')




p/s: Gembira semua orang lulus. Syukur alhamdulillah. Tak sanggup rasanya untuk melihat sesiapa menangis lagi pada hari ini :''/ Its just too sad to even think about it o' Allah..







Wednesday, July 4, 2012

Judicium.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Segala pujian kepada Allah s.w.t.. 

Judicium 1 jatuh pada hari ini. Syukur, dengan izinNya saya akan melangkah ke tahun kedua menjelang September ini.  Bolehlah tukar description pada profile blog kat bawah ni tak lama lagi:)

Sejujurnya, saat saya melihat sekilas transkrip result, hati saya terasa lapang sekali. Betapa Allah itu Maha Pemurah, betapa luas langkah saya Dia permudahkan.. Jika bukan kerana saya punya tugas yang belum dikerjakan, juga kerana saya suka dan mahu belajar, boleh saja jika saya mahu pulang ke Malaysia di saat ini juga:)


alhamdulillah :)


Sebenarnya saat melalui fasa-fasa exam dan result begini, saya banyak mempersiapkan hati dan iman. Pesan saya pada diri:


"Apa saja yang Allah kurniakan, ambil dan genggam sekuat-kuatnya kerana pemberian / pinjaman itu ialah takdir yang tertulis untuk kamu, jangan sekali-kali melihat sana sini lalu mengharapkan apa yang ada di genggaman orang lain"

"Apabila melihat orang yang di bawah, ingatlah bahawa Allah sedang menguji hamba-hambaNya.. Begitu juga bagi mereka yang sedang dijulang di atas.. Oleh itu tidak kira di kelompok mana kamu berada, takutlah jika kamu gagal melepasi ujian Allah. Dan syukurlah andai Dia memudahkan kamu dengan kedudukan di tengah-tengahnya.. (sederhana)"


 
Saya harus lebih berusaha. Kerana bagi saya, pointer adalah pointer... ilmu adalah ilmu. Saya tidak suka menyamakannya sama sekali. Jika di saat ini saya mendapat pointer 4.0 sekalipun, saya tetap akan belajar dengan rajin kerana markah apa jua yang saya peroleh, boleh jadi bukan kerana hebat dan pandainya saya melainkan ianya rezeki dan ihsan kurniaan Allah dalam mempermudahkan setiap langkah hamba-hambaNya.



effort is a must ~

Saya paling merasakan ini pada peperiksaan penting seperti SOCCA (student oral case analysis). Kebanyakan senior mengatakan bahawa socca itu bergantung pada rezeki, bagi saya ada benarnya. Jika rezeki itu memang milik kita, apa-apa pun bisa menjadi asbab bagi kita mendapatkannya.


Pada socca pertama di pertengahan semester satu, saya mendapat case obesity. Saya tidak cekap biochemistry, malah sewaktu saya menyelak draf socca bagi obesity, saya siap berharap tak dapat case ini. Namun di saat saya membaca soalan exam, walaupun terkejut, saya masih positif kerana saya masih ingat bahawa di dalam tutorial, saya membuat learning issue pada bahagian 'pokok' case ini. Saya sudah merumuskan beberapa perkara penting termasuk biochemical process for the three sources of energy, energy balance dan pathophysiology yang menjurus pada obesity tersebut sewaktu membuat nota buat teman-teman.

Jadi sebenarnya saya tidaklah mantap menghafal sebiji-sebiji segala proses biokimia yang berlaku dengan enzyme2nya, tetapi saya mengerti akan perjalanan proses itu dari pandangan keseluruhannya. Jadi walaupun case obesity ini menjadi case killer pada waktu itu, saya lulus dengan gred B alhamdulillah..



Kemudian socca kedua, di akhir semester 1. Beberapa hari sebelum peperiksaan, saya menjenguk sebentar ke tempat daurah bagi senior tahun ke-3. Pada waktu santai, saya berbual dengan kakak Y, meminta tips di saat akhir. Kakak Y tidak banyak memberi tips, tetapi dia menceritakan pengalaman soccanya di semester 1. Kurang lebih begini.


"Akak dapat case cervical carcinoma waktu tu. Kalau awak dapat case ni, fokus lebih pada beberapa point yang penting, seperti proses perbezaan cancer yang benign dan malignant, features, microscopy segala di mana awak kena benar-benar tahu bezakan, juga proses metastasis. Proses metastasis ni, exlain detail, habis-habisan...."


Saya lebih awal telah siap mengerjakan nota yang lengkap untuk ini, tinggal nak hadam dan hafal. Dan saat saya membuka soalan exam, tersenyum saya di dalam hati.

Cervical Carcinoma.

Meskipun terdapat point sampingan yang saya tertinggal sewaktu presentasi, alhamdulillah syukur doktor yang menilai sudi memberi saya 'A' yang 'cukop makan'  :) Pada waktu ini, case yang killer ialah pneumonia. Saya tak dapat bayangkan apa yang nak dibuat jika saya dapat case tersebut..

Dan socca yang ketiga iaitu socca bagi reproductive system, tambah mantap lagi.. Saya mendapat case yang temudah di antara berbelas-belas case rumit yang ada, iaitu menarche (first menstruation). Saya pula yang seperti 'terkejut' kerana sama sekali tidak menjangkakannya. Dalam cycle kali ni, case yang killer ialah placenta previa.


Gred socca banyak sekali menarik pointer. Justeru itu, setelah melalui peperiksaan yang sebegini, susah sekali saya mahu melihat pointer sebagai indicator kepada cukupnya ilmu perubatan yang perlu saya gali.

Saya sikit pun tidak menyesal  mengulangkaji berbelas-belas case rumit yang lain walaupun endingnya saya mendapat case yang mudah. Saya juga tidak menyesal bersengkang mata membaca slide lecture walaupun akhirnya tiada sikit pun nota daripada slide yang keluar di waktu peperiksaan. Kerana exam adalah exam.. Sedangkan ilmu itu mempunyai sisi takaran yang berbeza yang hanya mampu diukur kecukupannya saat saya bergelar doktor kelak. 

Saya mempunyai banyak sekali teman-teman yang menuntut hak mereka. Mahukan nasihat dan sokongan. Semoga kami diberi kekuatan yang luar biasa insyaAllah, kerana perjalanan masih jauh.. Hingga ketemu titik pengakhiran yang terbaik..biidznillah..

Monday, June 18, 2012

OSCE :S

Bismillah..

Tommorrow insyaAllah  I'll be taking my first OSCE examinations. (Orientation Skills Clinical Examinations). There are about 17 procedures to be memorize, and 10 of it would come out in the exam.

To be sincere, I'm not the one who is an expert in memorizing nor explaining while performing the hands on procedure. But yet, rather than panicking all the way round, perhaps I should just motivate my own self after all, and yes.. praying. hu

Sometimes I just got too nervous until I forgot to raise my hands and pray, hu. Jazakillah kak Teha for reminding me this:)

 Through the past 21 years He has made me passed thousands of difficulties. Things were always difficult but with Allah will everything would be just fine insyaAllah..

:P

 
And despite of many weaknesses that I have, I still have the chance to put on effort to improve. Moga dipermudahkan, biidznillah..

Semangat :)

"Faiza a'zamta fatawakkal a'lallah. Innallaha tuhibbul mutawakkilin"

"Maka apabila engkau telah berazam, bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal"

(Al-Imran :3: 159)






Tuesday, May 22, 2012

Al-Hilm:)

Bismillah..


"No matter how the people around you behave, they should not affect how you would behave. Bersangka baik sentiasa, nobody is perfect and remember that you are also far from perfection."



I wrote this somewhere, a few months ago. At that time I thought that I was exceeding some limits which means I should hold on something. 




There is one time in usrah, my sister has shared something about Al-Hilm.. And to write about this, I need to change to Bahasa..hu. I have been trying to write a sharing about islam in english but yet still failed as I can't find the best sentences to make people understand T_____T.

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 235, ada disebut bahawa Allah s.w.t itu bersifat Ghafur dan Halim. Selain itu, sifat yang sama turut disebutkan dalam surah Fatir ayat ke 41



"Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha pengampun" (35:41)


Hakikatnya, makna kepada sifat Al-Hilm ini jauh lebih mendalam daripada apa yang kita biasa fahamkan daripada sudut bahasanya. Dan saya sangat terkesan dengan sifat Al-Hilm ini kerana ianya seolah satu kontradiksi pada sifat semula jadi saya  manusia umumnya. 

Kerana manusia itu sifatnya terburu-buru, tergesa-gesa, lupa..Kekuatannya pula ialah sabar, tetapi bukan senang untuk menjadi 'kuat'.


"Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa" 
(Al Isra, 17:11)


Dan semua ini kontra dengan sifat Al-Hilm.

Al-Hilm ialah suatu keadaan atau emosi yang sangat tenang ketika menghadapi hal-hal yang menguji kekuatan, kesabaran, rasional dan sifat pemaaf seseorang. Sifat ini juga disandarkan pada sifat aa'rif yang kita biasa faham sebagai sifat berakal dan bijaksana. 

Saya ada terbaca pengisian seorang ustaz melalui blog akhawat. Al Hilm menurut ustaz tersebut adalah penguasaan sepenuhnya akal terhadap emosi, kesabaran di dalam menahan amarah.

The character starts with holding anger, controlling emotion. Not affected by any kind of situation.


kredit-

Kerana ini juga adalah antara 'base' pada hikmah, iaitu ilmu, sifat aa'rif dan kesabaran yang tinggi. Ini semua ialah sifat dai'e seharusnya. Kerana di dalam dakwah Allah menyuruh kita menyampaikan dengan hikmah..


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik.."
 (An-Nahl, 16:125)


Nak cerita memang senang. Tapi saya tak pernah merasakan ini mudah..Tak terkira banyak kalinya saya gagal menahan marah. Kegagalan yang berulang-ulang. Dan kadangkala saya diingatkan pun ialah bila saya membaca semula nota usrah saya -___-'.

Kerana itu walaupun ramai menjadikan nota usrah sebagai bahan bacaan bila mahu menyampaikan bahan, saya merasakan itu tidak cukup dan selayaknya dibuat begitu. Kerana kita menghadiri usrah bukan untuk mengumpul bahan untuk disampaikan pada mutarabbi, tetapi yang pokokya ialah untuk mengutip taujihat buat mentakwin diri sendiri yang jauh dari kesempurnaan..

p/s :) Buat nota usrah biar cantik-cantik, jangan sekadar conteng :P

Friday, March 30, 2012

Taqarrub ilallah..

Bismillah..

Ada satu ayat yang saya petik daripada status skype seorang akhawat, kemudian ditampal di dinding bilik.

"Habluminallah comes first before habluminannas"

Hubungan dengan Allah itu datang dulu, barulah disusuli hubungan sesama manusia. Ayat ni selalu sangat buat saya rasa sentap, kerana saya sedar bahawa saya banyak berusaha memperbaiki hubungan sesama  manusia tetapi dengan Allah, belum cukup jiddiyyahnya. Mujahadahnya biasa-biasa saja. T_______T

Sebenarnya sejak kebelakangan ini saya selalu merasakan satu sindrom yang saya reka sebagai inferioriti kompleks seorang dai'e. Bukannya futur (down) tetapi perasaan malu yang sangat-sangat pada Allah.

Di dalam usrah, kita dalam serba kerdil dan dhaif cuba membicarakan tentang Allah.. Cuba mentadabbur ayat-ayat Allah. Merasakan cinta dan kasih sayang Allah. Tetapi tatkala bersendirian, kadangkala saya merasakan bahawa saya masih jauh sangat denganNya.. Jauh sangat-sangat..

kredit-

Saya teringat sharing ustaz petang tadi.. Sebenarnya  ketetapan panjang pendek tajwid di dalam bacaan itu nyambung dengan tadabbur sesuatu ayat tersebut, yaitu makna yang tersirat di sebaliknya..

Misalnya ayat 'yaaa ayyuhallazi na aamanu' (wahai orang-orang yang beriman). Seruan 'ya' yang dibaca panjang 4 harakat itu menggambarkan bahawa hakikatnya orang-orang yang beriman itu 'jauh'.... Malahan tatkala membaca ayat ini seharusnya kita merasakan bahawa diri kita itu jauh daripada Allah s.w.t, agar kita merasakan bahawa diri kita kerdil dan masih banyak kurangnya.. Tidak merasa hebat dan mulia, atau kata orang sini, "ge'er" jadinya.

*ge'er = singkatan bagi gede' rasa. (gede' = besar)

Di dalam usrah tadi saya telah berkongsi mengenai satu hadis, iaitu hadis ke 38 daripada 40 hadis susunan Imam Nawawi.

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhya Allah ta’ala berfirman: 

Siapa yang memusushi wali-Ku maka telah Aku umumkan perang terhadapnya. 

Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan atasnya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya. 

Dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar,

 penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, 
tangannya yang digunakannya untuk memukul 
dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. 

Jika dia meminta kepadaku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.“ 
(Riwayat Bukhari).


Hadis ni sangat dekat di hati saya kerana ianya benar-benar mengingatkan saya mengenai keutamaan dan pentingnya hubungan dengan Allah itu. Mungkin adakalanya kita berasa risau andai kata tiada siapa mahu menerima atau tersentuh dengan dakwah yang cuba kita sampaikan, kerana kita banyak memikirkan asbab-asbab penolakan tersebut.

Kita banyak bergantung pada kapasitas dan kemampuan diri dalam menyampaikan lantas kita jadi lupa bahawa di antara manusia dengan hidayah Allah itu sebenarnya tiada perantara di tengah-tengahnya. Seandainya kata-kata kita menyentuh hati sesiapa, kita terlupa bahawa ilham itu datangnya daripada Allah.

Justeru, kerana merasakan diri ini terlalu jauh daripada Allah,  perasaan inferioriti tadi muncul... Bagaimana saya bisa menyampaikan dengan hati seandainya hati saya kering dan kotor akibat kurangnya taqarrub kepadaNya...? Jika perasaannya bukan daripada hati, bisakah ia masuk ke dalam hati-hati yang lainnya...?

Mungkin usrah akhirnya akan bertukar menjadi sesi penyampaian 'bahan' yang kering semata-mata.. Sekadar ilmu untuk disampaikan.




Akhir kata, terdapat satu syair daripada lembaran Munthalaq yang menyentap hati..


"Ketika berkata tuhan kepadaku 
Tidakkah malu maksiat terhadapku,
Menyembunyikan dosa dari makhlukku 
Dengan penuh noda mengadapku?"


Imam Ahmad menangis tatkala membaca syair ini..

Bagaimana dengan kita...?

T________T 




Tuesday, March 27, 2012

...

 Bismillah..

Meluahkan segala ketidakpuasan hati itu memang enak. Memang puas. 

Tetapi aku harus sedar bahawa aku berada di dalam tarbiyyah bukan sehari dua. Aku mengenal islam ini bukan sebentar tadi.. Oleh itu aku seharusnya lebih matang dan tahu belajar daripada kesilapan. 

Belajar dengan sunnah. Belajar dengan Rasulullah s.a.w.

Untuk menang ujian sabar itu memang bukan santai.

"Apabila ada mukmin yang sohih (beriman), maka adalah seluruh wasilah-wasilah yang membawa kejayaan."  (Hassan Al Banna)



"Mukmin yang sohih itu ialah orang yang akan mencari kekuatan atau membaiki diri bila dirinya tidak mempunyai kekuatan tersebut. (ustaz QY)



Ups and downs.

Semalam ialah hari ke 4 posting emed (Emergency medicine). Jujur bermula dari hari pertama, aku agak clueless setiap kali masuk ke ED. T...