Hari ini ialah
hari asyura.
ada sejarah-sejarah yang besar di sebaliknya.
ada sejarah-sejarah yang besar di sebaliknya.
This post is very random. Mungkin tak ada kaitan dengan hari asyura. But I just want to write something. hu.
Bila
teringat akan kisah2 nabi dan sahabat, bayangan tu selalu hadir dengan
kesedihan. Somehow, aku membayangkan bahawa kehidupan mereka diselimuti dengan
peristiwa-peristiwa yang perit, hari-hari yang sukar, memaksa diri untuk memiliki
hati-hati yang tabah.
Betapa
istimewanya mereka, kerana kekuatan yang mereka miliki.
Aku
sentiasa kagum dengan Yusuf a.s, kerana sifat dirinya yang tidak berdendam dan
mudah memaafkan.
Dirinya dibuli, dihumban ke dalam perigi, dibenci saudara-saudaranya
kerana dengki namun baginda a.s tidak berdendam. Yusuf a.s malah dimasukkan ke
dalam penjara bertahun lamanya. Setelah akhirnya saudara2 yang menganiaya Yusuf
a.s mengakui kesalahan-kesalahannya, baginda menjawab,
“Pada hari
ini tidak ada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampunkan (kamu)
dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Yusuf:92)
**nangis**
Betapa
jauhnya kita dari kesempurnaan seorang nabi.
Begitu juga
Yaakub a.s. Baginda terlalu sedih dan merindui Yusuf a.s sehingga matanya
menjadi buta. Namun Yaakub a.s tidak memberontak dan berputus asa.
“Dan Yaakub
berpaling daripada mereka (anak-anaknya) seraya berkata: “Aduhai dukacitanya
aku terhadap Yusuf” dan kedua-dua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan
dia diam menahan amarah (terhadap anak-anaknya)” (Yusuf : 84)
“Sesungguhnya
hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku..” (Yusuf: 86)
Teringat
pesan naqibah satu masa dulu,
Masalah
kita ni, tak seberat apa yang dilalui para nabi. Namun mereka yang juga manusia
seperti kita tetap boleh survive, kerana setiap masalah yang mereka hadapi
dihalakan kepada Allah.
Jika di
dunia ini wujud insan yang memahami dan menjadi pendorong semangat,
bersyukurlah. Namun jika tidak wujud seorang yang begitupun, janganlah lupa
kita ada Allah.
Dia yang
paling dekat dan tahu.
Setiap malam
apabila mata ini tak boleh lelap, aku memikirkan apa sebenarnya punca
ketidaktenteraman perasaan ini. Takutkah, risau, penat, penyesalan, rindu,
benci atau apa. Kadang-kadang secara sedar kita rasa sudah berjaya menyelesaikan,
namun hakikatnya masalah-masalah tu masih wujud, berlegar-legar dalam minda
separa sedar.
Dia tak
muncul dengan rupa masalah tu, tapi datang dalam berbagai bentuk. Badan kita menanggung sesuatu yang susah difahami puncanya.
Sakit kepala,
Insomnia,
Tak lalu
makan, demam, sakit belakang
Etc.
Bermula
dengan menzalimi diri sendiri, lama-lama kita mula menzalimi orang lain yang
dekat, sayang dan memerlukan kita. Mungkin kita tak perasan, namun hakikatnya
perlahan-lahan kita makin menjauhkan diri.
Perasaan
inferior dan bebanan ni ibarat duri pada tubuh seekor landak.. Semakin banyaknya
ia, semakin banyak duri yang wujud hingga sampai masa kita tak mahu orang
mendekat sebab takut akan melukakan orang lain.
hu.
** Tak tahu nak kata apa lagi dah **
Mungkin kita yang belum cukup sayang pada diri sendiri.
Worrying too much about everyone, everything. Jaga hati semua orang tapi biarkan hati sendiri terluka. Seorang nabi boleh melakukan ni, but you have to upgrade yourself first to be able to do this.
Belajar memaafkan dengan sebenar-benar maaf.
Mengutamakan hak Allah sebelum apa-apa yang lain,
Mengawal perasaan di saat yang paling sulit.
Redha, bersangka baik pada Allah.
Belajar meluahkan pada orang yang tepat, dengan cara dan niat yang baik.
And learn to let go things, when it started to take out the peace of our mind.
athinaaaa T__T
ReplyDeleteBetul jugak. Kadang2 rasa down, tapi bila fikir blk ujian kite x sebesar ujian ke atas nabi. Thanks for reminder :)
ReplyDelete