Hari ni terjaga sebelum subuh dengan kepala yang sakit.. Sebenarnya sakit terasa dari sebelum jaga lagi. Dari dalam mimpi..hu. Sebab takut tak mampu nak bangun subuh nanti, makan ubat dulu sebiji. Dengan harapan akan berkurang sementara nak subuh, insyaAllah.
Dah lama juga sebenarnya tak dapat TTH ni (tension-type of headache). Dull pain, tightness, pressure on the forehead, kadang-kadang hingga ke belakang kepala. Kali terakhir kena ialah di penghujung Ramadhan yang lalu, sakitnya hingga tak mampu bangun apatah lagi berterawikh.
Tak tahu puncanya, tapi mungkin kerana peristiwa semalam sewaktu membantu Murni pindah. Hampir-hampir kemalangan lagi. Lambat beberapa saat rasanya hancur bahagian depan kereta.
T__T
Banyak kali sy istighfar.. Selepas 2 minggu tak memandu, kenapalah permulaannya mesti macam ni.. Namun alhamdulillah, semuanya selamat dan urusan perpindahan Murni + Uwais juga telah selesai.
Despite being traumatized, still I have no regret.
.............
Kemalangan ialah satu isu, tapi belum lagi isu menghadap penjahat di jalan raya. Kena buli, diekori dan sebagainya tu adalah juga 2-3 kali terutamanya bila memandu seorang diri. Bila sy cerita tentang pembuli jalanan ni ramai yang susah nak percaya, tapi ianya berlaku. Ada je jenis manusia yang suka menyusahkan, menakut-nakutkan orang lain di jalan raya. Ada juga kawan yang cermin keretanya dipecah, beg diragut dan sebagainya.
Senang cerita, kalau dulu nak drive seorang diri selepas jam 10 malam tu tak ada masalah, namun sekarang fikir berkali-kali. This is Malaysia, terutamanya KL. Dengan parking di KL yang kucar kacir, tak tahu nak salahkan siapa bila kereta tiba-tiba calar, lampu pecah dan kemik sana sini. This is how the environment cause us to be gripped by fear, and thrown into unrest.
Living here tought me to be independent in handling hurdles, and to overcome every fear by yourself.
Takut macam mana pun, kena fikir waras-waras.
Sebabnya, manusia di sekeliling masing-masing sibuk dan punya masalah sendiri hingga untuk membantu orang lain tu, ia tidak datang dengan 'natural'. Dulu waktu enjin kereta berasap dan tangan sy melecur disebabkan air enjin tu, ramai sangat orang kat sekitar kereta, tapi semua pandang je. hu.
Nanges.
........................
Rasa kerdil, kita ni berbanding Dia yang memegang segala takdir. Mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan banyak bertawakkal padaNya.
Niat yang baik saja tak cukup, kena tetap hati-hati
And being careful is not enough, be extra careful.
Biidznillah.
No comments:
Post a Comment