Bismillah..
Ada satu ayat yang saya petik daripada status skype seorang akhawat, kemudian ditampal di dinding bilik.
"Habluminallah comes first before habluminannas"
Hubungan dengan Allah itu datang dulu, barulah disusuli hubungan sesama manusia. Ayat ni selalu sangat buat saya rasa sentap, kerana saya sedar bahawa saya banyak berusaha memperbaiki hubungan sesama manusia tetapi dengan Allah, belum cukup jiddiyyahnya. Mujahadahnya biasa-biasa saja. T_______T
Sebenarnya sejak kebelakangan ini saya selalu merasakan satu sindrom yang saya reka sebagai inferioriti kompleks seorang dai'e. Bukannya futur (down) tetapi perasaan malu yang sangat-sangat pada Allah.
Di dalam usrah, kita dalam serba kerdil dan dhaif cuba membicarakan tentang Allah.. Cuba mentadabbur ayat-ayat Allah. Merasakan cinta dan kasih sayang Allah. Tetapi tatkala bersendirian, kadangkala saya merasakan bahawa saya masih jauh sangat denganNya.. Jauh sangat-sangat..
kredit- |
Saya teringat sharing ustaz petang tadi.. Sebenarnya ketetapan panjang pendek tajwid di dalam bacaan itu nyambung dengan tadabbur sesuatu ayat tersebut, yaitu makna yang tersirat di sebaliknya..
Misalnya ayat 'yaaa ayyuhallazi na aamanu' (wahai orang-orang yang beriman). Seruan 'ya' yang dibaca panjang 4 harakat itu menggambarkan bahawa hakikatnya orang-orang yang beriman itu 'jauh'.... Malahan tatkala membaca ayat ini seharusnya kita merasakan bahawa diri kita itu jauh daripada Allah s.w.t, agar kita merasakan bahawa diri kita kerdil dan masih banyak kurangnya.. Tidak merasa hebat dan mulia, atau kata orang sini, "ge'er" jadinya.
*ge'er = singkatan bagi gede' rasa. (gede' = besar)
Di dalam usrah tadi saya telah berkongsi mengenai satu hadis, iaitu hadis ke 38 daripada 40 hadis susunan Imam Nawawi.
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhya Allah ta’ala berfirman:
Siapa yang memusushi wali-Ku maka telah Aku umumkan perang terhadapnya.
Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan atasnya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya.
Dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar,
penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat,
tangannya yang digunakannya untuk memukul
dan kakinya yang digunakan untuk berjalan.
Jika dia meminta kepadaku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.“
(Riwayat Bukhari).
Hadis ni sangat dekat di hati saya kerana ianya benar-benar
mengingatkan saya mengenai keutamaan dan pentingnya hubungan dengan
Allah itu. Mungkin adakalanya kita berasa risau andai kata tiada siapa
mahu menerima atau tersentuh dengan dakwah yang cuba kita sampaikan,
kerana kita banyak memikirkan asbab-asbab penolakan tersebut.
Kita
banyak bergantung pada kapasitas dan kemampuan diri dalam menyampaikan
lantas kita jadi lupa bahawa di antara manusia dengan hidayah Allah itu
sebenarnya tiada perantara di tengah-tengahnya. Seandainya kata-kata
kita menyentuh hati sesiapa, kita terlupa bahawa ilham itu datangnya
daripada Allah.
Justeru, kerana merasakan diri ini terlalu jauh daripada Allah, perasaan inferioriti tadi muncul... Bagaimana saya bisa menyampaikan dengan hati seandainya hati saya kering dan kotor akibat kurangnya taqarrub kepadaNya...? Jika perasaannya bukan daripada hati, bisakah ia masuk ke dalam hati-hati yang lainnya...?
Mungkin usrah akhirnya akan bertukar menjadi sesi penyampaian 'bahan' yang kering semata-mata.. Sekadar ilmu untuk disampaikan.
Akhir kata, terdapat satu syair daripada lembaran Munthalaq yang menyentap hati..
Tidakkah malu maksiat terhadapku,
Menyembunyikan dosa dari makhlukku
Dengan penuh noda mengadapku?"
Imam Ahmad menangis tatkala membaca syair ini..
Bagaimana dengan kita...?
T________T