Monday, August 13, 2012

Istighfarlah wahai hati..!

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam bulatan gembira tergendala lagi, buat entah keberapa kalinya.

Menunggu daripada 9.30 malam hingga hampir jam 11, dan akhirnya kecewa. Hampir setiap kali masalahnya tetap sama. Seolah tiada penyelesaian. 


Akhawat mengingatkan,


"Mungkin kita kurang berdoa. Kita kurang berdoa agar usrah kita berjalan lancar. "

"Kita banyak melihat pada faktor-faktor teknikal seperti masa, jadual, kemudahan internet dan sebagainya, tetapi lupa meminta padaNya agar dipermudahkan pelaksanaannya."

............................
  

T_________T

Suatu masa dulu saya pernah mendapatkan usrah yang 'ideal'.

:)

Saya masih ingat waktu2 itu di mana saya sangat bersemangat untuk menghadiri bulatan gembira. Tidak sabar menanti kedatangan murobbi, perasaan rindu untuk menatap wajah beliau dan ahli usrah yang lain. Walau hanya untuk menatap wajah. Bila saya ditegur atas suatu kesalahan, saya berlapang dada. Rasa tsiqah pada ahli usrah dan murobbi tidak berkurang, seperti juga perasaan saya yang tidak berubah. Ini berbeza daripada diri saya kebiasaannya.


Itu hampir 2 tahun dahulu.


Kini tiba masa bulatan gembira ini diuji. Masa sangat terbatas, untuk bertemu muka jarang sekali. Untuk satu pertemuan, sentiasa ada sesuatu yang perlu dikorbankan.

Saya cuba belajar melayani kehendak dakwah dan tarbiyyah. Berusaha untuk lebih berlapang dada dan bertoleransi, cuba meletakkan kepentingan usrah itu di hadapan bagi menutup segala kekurangan yang ada. Tidak lagi mahu menuntut yang bukan-bukan daripada murobbi, kerana mula merasakan diri mementingkan diri.  Belajar memahami dan berlapang dada.

Dan mungkin saja usaha ini berjaya, walau tidak merasai hubungan perasaan yang sama.


Saya kembali teringat pesanan bekas murobbi di Malaysia..


"Seboleh-bolehnya kita semua mahu agar seideal mungkin menjaga tarbiyah sesama kita... namun hakikatnya realiti kehidupan tak selalunya ideal..Atas dasar syura & ijtihad kita berharap agar Allah jualah sandaran & harapan agar semuanya berjalan dengan baik..

...berada dalam usrah adalah satu hubungan atas dasar ketelusan sesama naqibah dan jua adik beradik usrah yang lain. kita saling melengkapi...bukan hanya dikumpulkan mengikut kualiti dan tahap-tahap tertentu... kita harusnya meletakkan rasa percaya yang tinggi dalam usrah kerana hanya dengan itu usrah yang kita hadiri memberi rasa perasaan yg mendalam...sudahkah kita memberi hak itu?? "



Bagaimana mungkin ianya tidak ideal bila Dia yang menyusunnya. Ideal bukan hanya pada keadaan, boleh jadi ideal itu merupakan ujian yang sempurna buat diri. 

Istighfarlah wahai hati..!




Friday, August 10, 2012

A promise.

Bismillahirrahmanirrahim...


Put on patience.

When I started to regret on something that I've let go,
I remind myself of one fact that soothed me enough.


When You let go of something because of Allah,
Because you afraid of making sins,
Or just because you want to please Him sincerely,


He'll take care of you.


"Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya,
menjadi pemandu untuk nafsunya
dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya"
-Saidina Ali r.a- 





InsyaAllah.

:)




Friday, August 3, 2012

Judicium II - A crash:(

Bismillahirrahmanirrahim..


Saya terkesan membaca pesanan Ustaz Zahazan di fb tadi.. Mungkin kerana hari ini judicium II :')



"Bila kita menyampaikan ilmu, anggap ilmu itu untuk diri sendiri. Agar ia lebih mudah masuk ke dalam hati"



Sebelum keluar ke kampus untuk ambil keputusan exam tadi, hati saya kuat merasakan bahawa Allah mahu mengajar saya sesuatu pada hari ini. Benar-benar seperti ada sesuatu. Saya telan air liur, menanti apa yang bakal saya dapatkan pada hari ini.

Dosen yang menyerahkan transkript result saya kelihatan gembira (memang beliau selalu nampak gembira pun).

Saya terpandang pointer saya, terasa sentap. Kemudian baru sedar yang dosen sedang bercakap sesuatu.


"Athina, good work... :)"


Saya tersenyum. Tak tahu kenapa.

Mungkin kerana dosen sedang memuji pointer saya sedangkan saya tengah frust kenapa pointer saya sama je seperti yang saya dapat di judicium I. Saya yakin beliau tak tahu, thus she thinks I have improved. Di dalam kepala saya pula duk fikir kenapa pointer saya tak naik hatta 0.01 sekalipun...(?) Bukan ke paper BHP seperti kacang goreng  hari tu.


Saya tengok orang lain pula. Yang naik 0.2  pun ada. Gred bertukar-tukar. Saya muhasabah kejap, adakah saya kurang study...? Kurang latihan, kurang bersungguh ataupun kurang doa..?


Saya tahu result saya tu sudah cukup untuk naik tahun, malah saya tak fikir sangat tentang pointer tersebut. Cumanya saya jadi curious, dan berkocak hati kenapa tiada hasil untuk remedial 3 paper yang saya ambil. 

At this moment, I might not realise to whom I'm actually asking.


...........................


Kerana adanya perasaan ini, saya tidak pasti berapa banyak kalinya saya beristighfar dalam hati. Saya yakin bahawa Allah sedang menilai diri saya yang sebenarnya di saat ini. Benar-benarkah saya bersyukur dan khalas dalam melepaskan sesuatu yang bukan hak saya... Kok redhanya di mana sih.


Fikirkan ya. Its simple. Ada teman yang diuji dengan pointer yang perlu dilonjakkan untuk naik tahun di mana mereka mengambil obligatory remedial paper. Sedangkan saya cuma mengambil paper remedial untuk memperbaiki gred dan pointer yang dirasakan rendah. Ini facultative. Kesimpulannya, mereka yang ambil obligatory paper mesti kena naik pointer sebaliknya mereka yang ambil facultative paper tak semestinya kena naik pointer untuk naik tahun.


Jadi seharusnya ia lebih mudah untuk saya 'let it go' tetapi saya jadi banyak fikir pula. Kerana itu, nasihat ustaz  Zahazan jadi menyentap hati. Ustaz kata,


"Bila kita menyampaikan ilmu, anggap ilmu itu untuk diri sendiri. Agar ia lebih mudah masuk ke dalam hati"



Diri sendiri.


Saya rasa tertikam kerana di dalam entri judicium baru-baru ini saya pernah tulis ini: 


"Apa saja yang Allah kurniakan, ambil dan genggam sekuat-kuatnya kerana pemberian / pinjaman itu ialah takdir yang tertulis untuk kamu, jangan sekali-kali melihat sana sini lalu mengharapkan apa yang ada di genggaman orang lain"

And now I'm doing exactly the opposite.

T________T



Saya jadi lupa bahawa saya selalu berpesan pada teman-teman bahawa di dalam usaha dan natijah, ada longkang pemisah di tengah-tengahnya. 

Adakah tanpa sedar saya telah menyampaikan mesej dakwah selama ini dengan mulut dan jari semata-mata.. (?) 

Sedih...


Kita tak akan tahu kelemahan kita selagi Allah tak menunjukkannya direct di depan mata sendiri. Di saat ujian kesenangan datang, kita mudah percaya bahawa kita benar-benar beriman. Namun tunggu saja bila Allah memberi kesulitan dan kekurangan pula, di saat inilah sebenarnya kita harus tepuk dada, dan bertanya pada hati,


'Now He gave you this, how was your feeling..?'


Hati akan jujur pada diri sendiri. Masih ada yang kurang pada dirimu. Kamu belum cukup percaya dan yakin. Kerana hatimu bergoncang saat apa yang kamu mahukan terlepas dari genggamanmu.

Bersyukur Dia masih mahu menegur di mana silapnya. Muhasabah dan memperbaiki iman. Di mana cacat dan kurangnya, di mana saya telah terlupa.

:')




p/s: Gembira semua orang lulus. Syukur alhamdulillah. Tak sanggup rasanya untuk melihat sesiapa menangis lagi pada hari ini :''/ Its just too sad to even think about it o' Allah..







3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...