Friday, January 10, 2014

Deep T.T

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, masih berada dalam fatrah imtihan.

Bermula dengan exam Sooca (oral case analysis), saya tak tahu apa gred yang diberi, namun syukur alhamdulillah sekurang-kurangnya telah lulus. Apabila melihat akhawat-akhawat yang lebih pandai dan  genius diuji Allah dengan remedial Sooca, lagilah kena bertambah-tambah rasa syukur, kerana diri ini apalah adanya jika nak dibandingkan dengan orang lain. T.T



Imtihan..

Untuk sooca kali ni, agak berbeza dengan sooca sebelum-belumnya. Kali ini saya berusaha dan alhamdulillah sempat untuk all out pada hampir semua case. Jarang sebenarnya saya berjaya buat macam ni. **peluh kecil** 

Sejujurnya, saya tak punya banyak masa. Dalam fasa imtihan, masih ada dauroh, usrah dan segala macam syuro yang hadir tak berjemput. Justeru saya sangat berusaha menjaga masa dan bersiap dari awal-awal lagi, adakalanya berbulan sebelum exam. Bagi yang sudah tafahhum dengan cara kerja saya, akan rasa biasa. Namun bagi yang tidak cukup kenal, mungkin akan sedikit kaget. 

*Tarik nafas panjang-panjang*

Baru-baru ini, saya tersentuh dengan satu qodoya daripada teman usrah. Akhawat ini menceritakan pemerhatiannya terhadap teman-teman dalam beberapa masa sebelum imtihan bermula. Dia merasakan bahawa keadaan menjadi terlalu "dingin" dan senyap kerana semua orang terlalu kuat study, gila study, overstudy. 

Sejujurnya, mendengarkan ini, saya terkesan juga, kerana tak dinafikan, antara kelemahan diri saya ialah saya suka belajar, dan merasa tenteram dengan mengulang kaji pelajaran. koff**koff**

 *muntah hijau* 

Maka mendengarkan itu, keadaannya seolah-olah saya sedang study ijazah dalam mood 'lari pecut',  tapi tiba-tiba terfikir,

"Tak apa ka sebenarnya aku dok semangat sangat nih". 

Takut saya ter obses, bukan kerana Allah. Dan entah kenapa terlintas di hati saya, 

"Betul ke apa yang aku buat nih. Ni kira lebih-lebih ka atau memang patut macam ni..(?)"

Bila nak sooca, saya rasa cemas luar biasa. Terfikir lagi,

"Awat hang cuak sangat nih.. Takut sangat ka kalau Allah  nak bagi ujian tak lulus sooca tu..(?)"

T.T

*long expiration of air*


Deep. Deep. Deep.


Saya bermuhasabah, dan cuba sedaya upaya memikirkan dalam-dalam, juga membetulkan niat yang menyimpang. 

Dan walaupun saya tidak mendapat sebenar-benar jawapan kepada semua persoalan tadi, saya berdoa, semoga setiap all out saya ini benar-benar untuk Allah, untuk ummah. 

UQY pernah berpesan, seorang mukmin tu, dia sama-sama akan all out dalam study macam orang yang tidak beriman. Tapi satu sahaja yang membezakan mereka, iaitu mereka all out itu kerana ibadah mereka kepada Allah. Usaha mereka itu, bukan sebab keyakinan mereka pada usaha itu, tetapi usaha mereka kerana mengharapkan pahala dan redha Allah.

Isi daripada taujih UQY lagi, 

Orang yang beriman itu usaha dan kerja-kerasnya "terbebas" dan bebas sokmo. Dia tidak ikatkan kerja keras dengan natijah, tetapi lebih menggantungkan semuanya pada Allah dengan apa cara pun Dia berkehendak  nak membalasnya. Sebab dia benar-benar faham moto dan cogan kata "strive for akhirat" tu, walaupun syaitan sibuk menjanjikan fakir (faqr).


"Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan..." (2:268)





.............

Mendalam dan tak mudah sebenarnya. Nak mendidik hati ni sebenarnya payah. Semua ni untuk muhasabah diri saya sendiri. Sayalah yang paling lemah iman dan sedang diperbetul sekarang ni T.T

Semoga hati  terjaga daripada obses dan cinta yang berlebih-lebihan. Allah tidak melarang kita mendapatkan dunia, Allah tak kata "jangan"  tetapi Allah kata, jangan "lebih"

"Ahabba ilaikum". 

Mari saya berkongsi sedikit BOM yang mengoyak jiwa TT____TT.



"Katakanlah, "Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, istri-istrimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusannya". Dan Allah tidak memberi petunjuk  kepada orang-orang fasik.

Sungguh, Allah telah menolong kamu (mukminin) di banyak medan perang, 

dan (ingatlah) perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membanggakan kamu, tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang.

Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman, dan Dia menurunkan bala tentera (para malaikat) yang tidak terlihat olehmu, dan Dia menimpakan azab kepada orang-orang kafir. Itulah balasan bagi orang-orang kafir."

(At-Taubah, 9: 24-26)

Rasa tak sentapan yang saya sedang cuba salurkan T.T. 

**Tarik nafas dalam-dalam**




Belum terlambat untuk meluruskan hati. InsyaAllah :') Allahu musta'an.







3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...