Saturday, June 7, 2014

Pillow talk

Bismillahirrahmanirrahim.




Selalu sangat baca quote oleh Imam Shafi'e di atas, namun sangat ambil masa nak faham sebenarnya.


Baru-baru ini dalam 'pillow talk' dengan murobbi, saya tergerak untuk bertanya sesuatu mengenai baitul muslim.  

**batuk**

Somehow bila bercakap mengenai ini, saya lebih suka untuk 'open' dengan mereka yang lebih makan garam atau murobbi kerana inginkan pandangan yang tepat dan kena pada sasaran.

Alhamdulillah, beberapa nasihat daripada beliau sangat terkesan di hati. 

Sebenarnya tak perlu rasa susah hati pun jika kita sudah berusaha mencari redha Allah.


" Jika seorang lelaki itu, di dalam hatinya ada Allah, itulah yang akan jadi benteng keimanannya, yang menjadi benteng sifat malu dan syahwatnya.

Namun jika dalam hatinya ada 'kamu' melebihi cintanya pada Allah, keinginan itu akan lebih mendorong hatinya dan melebihi batasan yang digariskan iman."


Begitu juga dengan kamu sendiri.

Sebagai manusia kita tak akan mampu baca hati orang lain. Bibir kita boleh mengatakan 'lillahitaala'  namun selurus mana ikhlas kita, atas sebab apa tu, Allah lebih tahu. Kerana itu kita diajar untuk mengenal jelmaan iman itu daripada amal dan apa yang terzahir yakni 'buah' daripada keimanan. 

Sebenarnya jika Allah mahu, dia mampu menyatukan hati manusia dengan asbab ikatan yang lebih besar. Hingga akhirnya kita memilih atas sebab yang besar.

Bukan kerana tarikan yang ada pada orang itu, bukan kerana dia sukakan kita atau sebaliknya, bukan kerana kasihan, bukan kerana dah malas nak fikir tapi hanya kerana mengharap Allah redha. Kerana itu, kenapa takut untuk mengatakan 'tidak' selagi hati belum benar-benar yakin. (?)  

Banyak sangat sebenarnya niat yang tidak jelas hingga susah nak merasa kemanisan iman dalam beramal. 

Mungkin kita rasa diri  kita bebas daripada masalah yang obvious macam 'couple' sebab kita dah pangkah awal-awal lagi since kita tak mahu mengheret dosa dan beban jahiliyyah. 

Namun dalam perjalanan kita melalui gerabak ini selalulah re-check semula hati kita, 

Ada tak benda lain yang menempel pada niat-niat baik kita.

Periksa semula apa yang kita mahukan sebenarnya. Di mana kita tempatkan matlamat dan alat tu.








Seorang bekas usrahmate yang sudah BFG turut pernah pesan, 

"Berkaitan dengan ni, kita tak tahu masa depan. Akak rasa penting sangat minta supaya Allah tsabatkan kita. Jika nikah dengan ikhwah pun adakah kita akan laju dan istiqamah atas jalan ni atau makin menge'down'kan kita.

Kita tak tahu.

Kerana itu kena  selalu istikharah, biar kita buat keputusan dengan fatwa hati dan berdasarkan keimanan."


Bekalan kecil buat persediaan BFG, mungkin. 

Penting untuk settlekan benda-benda kecil supaya kita lebih fokus dan disibukkan dengan perkara besar. Jika dulu, berada di Indonesia ialah satu jalan keluar yang gampang bagi saya kerana dapat lari daripada benda-benda ni. 

Namun bila masanya tiba untuk pulang BFG, tak boleh mengharapkan batas jarak lagi. Kena belajar membentengi diri dengan iman yang jelas akan matlamat dan prinsip diri. 

Jika kita benar-benar meletakkan Allah di hadapan, seharusnya kita tidak takut kehilangan apa-apa daripada manusia. Kecintaan manusia, atau janji manusia. Seseorang tu mungkin boleh sukakan orang lain kerana apa pun yang ada pada diri secara zahirnya. Kerana sifatkah, wajah, harta, profesion ? atau apa. Namun belum tentu mereka turut menyenangi prinsip, pegangan dan menjadi misi visi hidup orang tu.

Menjaga diri, insyaAllah.













2 comments:

  1. assalamualaikum,

    athina, adakah ia alat atau matlamat?
    kalau athina maklum, tempat belajar saya agak menjadi phenomenon la kita kata ni ber BM awal2 sehinggakan benda itulah yang selalu menjadi usikan, gurauan malah jadi modal utk mulakan bicara dengan mad'u sehingga saya rasa terkadang lemas dalam bicara itu.

    sehinggalah saya sendiri yg shake those unwanted feelings, those fairy taled dreams,

    dan sekarang baru saya rasa, sayalah yang kurang matang dan kurang handal dalam menangani ke eksaitadan berBM,

    salah lah kalau saya katakan, SEMUA orang berbicara ttg BM, sebaliknya ,SAYA la yang kadang terlebih bicara ttg BM dan menganaktirikan amal dakwi yg core.

    astaghfirullah azim.

    reflection tafsir alqalam dapat dalam usrah, sejauh mana ilmu itu sendiri buahkan amal T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam, qiqi..

      First of all, sy bukanlah yang terbaik nak komen berkenaan baitul muslim., seriously T.T huhu.

      Anggap saja ni pandangan bekas katibahmate qiqi yang masih sama2 belajar, mungkin..? :))

      Alat atau matlamat, mungkin kita boleh fikir dan muhasabah sama2 T.T. Dan betulkan cara pandang kita.

      Jika orang biasa, selalu akan faham baitul muslim in simple meaning, misalnya nikah, mendirikan masjid etc. Yang kita pula since dah pakai kaca mata ni melihatnya in as a part of maratib amal.

      BM datang selepas IM. Sejauh mana kita achieve IM tu nak tak nak mesti akan terlihat hasil pada BM. Saya teringat sifir yang UQY pernah cerita,

      Ada orang dengan BM dapat sifir 1+1=3 ( 3 means bertambah kuat, bukan anak. hehe)

      Ada juga yang dengan BM dapat sifir 1+1= 0 nauzubillah.

      Jadi sebenarnya, apa yang kita niatkan tu lebih utama. Jika kita doa semoga Allah tsabatkan kita supaya kita dapat berada dalam gerabak hingga ke destinasi, dan berusaha ke arahnya, Dia mampu tsabatkan kita dengan apa pun cara yang Dia kehendaki.

      Namun jika kita niatkan dan meletakkan BM sebagai batu loncatan untuk 'tsabat', sedangkan kita tak berusaha membina diri sebagai IM tu terlebih dulu, sebenarnya mungkin banyak benda kita kena muhasabah semula, apa yang kita mahukan sebenarnya.

      allahualam.

      Delete

Taaruf

Bismillahirrahmanirrahim. 9 Julai, setahun yang lalu. :') Ramai yang berkata, dugaan bertunang ni berat. Benarlah berat, dan ...