Tuesday, June 3, 2014

SOCA (finale)

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini, 'dia' lulus peperiksaan SOCA  buat kali terakhirnya sebelum pulang ke Malaysia.

Alhamdulillah.



krikk..krikk.

Astaghfirullahalazhim.

T.T

Cerita lagi. 

Untuk soca kali ni, alhamdulillah 'dia' sempat 'habis study'. Kerana mengalami trauma dengan kesan belajar last minute, jadi diusahakan supaya draf soca tu dibuat awal-awal, siap bukukan segala supaya mudah nak belajar. 

Malam sebelum soca, dia sempat menguji diri. Dikeluarkannya kertas-kertas kosong, dan difikirkan contoh case yang mungkin akan diuji. Kemudian dia coret pathophysiology, basic sciences dan clinical yang harus diketahui, untuk make sure tidak ada yang tertinggal. Semangat, berdebar-debar pun ada.

Kemudian esoknya di fakulti, selepas mencabut undi, didapati diagnosis casenya ialah Post Streptococcal Acute Glomerulonephritis (PSGN). Dalam hati, dia rasa macam,

"okeh, insyaAllah"

Kemudian mula menulis atas flipchart laju-laju. 

Banyak sangat nak cerita, malah daripada pathophysiology lagi, ditakdirkan dia ingat banyak benda, alhamdulillah. Paling pun cuma ragu-ragu jenis diuretics untuk 'Furosemide', entah loop diuretics atau apa. Terlupa ^^'. Jadi cuma ditulis MOA nya sebagai diuretics secara general takut tersalah.

Flip chart paling banyak dalam sejarah disiapkan. Dengan tulisan yang boleh tahan tidak serabut. Hingga bila dia selesai menampal flip chart di bilik examiners, Doktor Lulu menegur, 

"Banyak sekali flip chart kamu." Sambil melihat kertas yang memenuhi dinding sampai tak muat.

Ekspresi dia, ^^' (peluh kecil)

Kemudian setelah selesai presentasi, dia dipanggil semula untuk pemarkahan dan komentar. Diingat kurang lebih perbualannya.

"How do you feel about the today soca's examination..?"

Mulanya dia diam, sebab keliru dengan perasaan sendiri. Akhirnya kerana doktor masih menunggu dia menjawab, 

"I dont know, doc."  sempat senyum segaris.

"Can I know how is your preparation for this soca examination..? " Dia tanya lagi.

Tarik nafas.

"I tried my best, although I admit that there are certain cases that I have'nt really settled."

Macam bajet pula namun dah tak tahu apa nak jawab. TT____TT

"Ok..... Athina, you have include everything in your presentation. And yes, I could see that you have prepared well. But due to lack of time management during the presentation, you forgot a few things which are not that prominent, but yet important."

"Maaf, boleh saya tahu apa yang saya tertinggal, doctor..?"  Telan air liur.

"The prognosis of the patient, and also the detail how Furosemide work, that's all. Kamu seharusnya menerangkan ini.."

Apabila diberitahu markah, rasa lega, Alhamdulillah.

Kemudian keluar dari kamar ujian, masih melayani perasaan antara lega dan gembira. Sempat juga dia berfikir mengenai komentar dosen tadi. Sebenarnya dia ada menjelaskan mengenai prognosis untuk PSGN, namun terlupa menjelaskan khusus untuk patient budak kecik tadi. Kemudian terfikir, alangkah bagus jika  dihentam je MOA furosemide tadi sebagai loop diuretics, kerana memang betul pun. Alangkah bagus kalau tak lupa benda-benda ni. Jika tak lupa boleh dapat markah lebih tinggi lagi

Jalan lagi, kemudian kemas barang, dan fikiran masih fikir macam-macam. 

Tiba-tiba tersedar. Mudah sebenarnya untuk syaitan menjentik rasa cintakan dunia di dalam hati kita.

T.T


T.T

Alhamdulillah. Bertambah rasa syukur kerana Allah lupakan saya akan beberapa benda mengenai case tadi. Kerana Dia tahu bahawa iman ni tak kuat berhadapan dengan nikmat yang berlebihan. Kita mudah sekali mendekat dengan dunia dan hilang rasa qanaah, (merasa cukup) dengan nikmatNya.

Kenapa saya cerita kisah yang 'bajet bagus' ni, bukan kerana nak mendabik dada. Tapi buat diri sendiri, setiap perasaan itu harus diperbetulkan. Sungguh, pengalaman soca kali ni beza sekali dengan pengalaman yang ini. 

Kalau waktu case Cushing Syndrome dulu saya sangat cuak dan berantakan kerana tidak menguasai case,berbeza dengan yang kali ini. Namun, pada waktu berantakan itulah saya rasa pergantungan pada Allah tu lebih luar biasa. Di saat saya hampir menangis sebab tak ingat pathophysiology itulah saya sangat meminta padaNya. Dan bila dapat keputusan lulus dengan gred B itulah saya rasa syukur setinggi-tingginya.

Alhamdulillah, alaa kulli hal.

Setiap perasaan yang tersilap harus diperbetulkan.

Sebenarnya, untuk peperiksaan kali ni  jauh di sudut hati saya berharap, semoga exam soca boleh menutup kelemahan result mid semester yang lalu. Susah nak hilangkan perasaan ni sebenarnya.

Semester yang lalu pointer rendah kerana markah soca Cardiovascular & Respiratory system yang rendah. Untuk case Heart Failure tempoh hari, saya mendapat gred 'C' rupanya T.T.

Walaupun merasakan sudah 'khalas' di dalam hati, namun slip peperiksaan tu saya jauhkan dari pandangan. Ada sebab kenapa tak boleh dilihat selalu, rasa macam diri sendiri yang 'heart failure'.

Astaghfirullahalazhim..

Sebenarnya, Allah belum benar-benar menguji apa yang ada dalam hati kita. Belum benar-benar teruji. Dia belum pernah bagi gagal namun kita bajet rasa bahawa kita boleh bersabar.

Rasa malu ni, sangat-sangat malu dengan mereka yang lebih banyak Allah uji. Boleh pula dalam banyak-banyak case, ada yang mendapat setting case yang aneh dan susah nak grab unless dah study bagai specialist bahagian 'anal canal' termasuk segala yang detail. Itulah case hemorrhoid yang jahat pada hari ini.

Dari semalam saya ada rasa terganggu dan risau andai kata saya kurang pergantungan pada Allah. Risau andai kata saya kurang tawakkal dan masih bergantung pada diri sendiri yang zero ni. Kerana itu, malamnya saya memilih untuk tidak berjaga terlalu lewat, kerana tidak mahu mata jadi berat untuk bangun qiamullail. 

Dengan iman yang bolak balik ni, rasa sangat memerlukan persiapan jiwa T.T.. Saya tidak mahu melangkah keluar dari rumah tanpa merasa redha dan khalas dengan apa pun yang Allah takdirkan pada hari ni. Jika ditakdirkan tidak lulus exam, saya mahu hati ni dah siap-siap redha.

Jika ditakdirkan lulus, saya mahu rasa syukur sebelum segala sesuatu. Perang perasaan. Namun alhamdulillah, walaupun penat berperang dengan diri, kita berusaha sedaya upaya untuk "lulus" cemerlang dalam setiap ujian Allah, mudah-mudahan..

Semangat nak habiskan UAS, (ujian akhir semester) insyaAllah :)



p/s: Counting days :')

2 comments:

  1. Replies
    1. Belum wahida, kurang dua bulan lagi, insyaAllah :))

      Cikgu mengajar kat mana sekarang ? :)

      Delete

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...