Bismillah..
"No matter how the people around you behave, they should not
affect how you would behave. Bersangka baik sentiasa, nobody is perfect and
remember that you are also far from perfection."
I wrote this somewhere, a few months ago. At that time I thought that I was exceeding some limits which means I should hold on something.
There is one time in usrah, my sister has shared something about Al-Hilm.. And to write about this, I need to change to Bahasa..hu. I have been trying to write a sharing about islam in english but yet still failed as I can't find the best sentences to make people understand T_____T.
Di dalam surah Al-Baqarah ayat 235, ada disebut bahawa Allah s.w.t itu bersifat Ghafur dan Halim. Selain itu, sifat yang sama turut disebutkan dalam surah Fatir ayat ke 41
"Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha pengampun" (35:41)
Hakikatnya, makna kepada sifat Al-Hilm ini jauh lebih mendalam daripada apa yang kita biasa fahamkan daripada sudut bahasanya. Dan saya sangat terkesan dengan sifat Al-Hilm ini kerana ianya seolah satu kontradiksi pada sifat semula jadi saya manusia umumnya.
Kerana manusia itu sifatnya terburu-buru, tergesa-gesa, lupa..Kekuatannya pula ialah sabar, tetapi bukan senang untuk menjadi 'kuat'.
"Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa"
(Al Isra, 17:11)
Dan semua ini kontra dengan sifat Al-Hilm.
Al-Hilm ialah suatu keadaan atau emosi yang sangat tenang ketika menghadapi hal-hal yang menguji kekuatan, kesabaran, rasional dan sifat pemaaf seseorang. Sifat ini juga disandarkan pada sifat aa'rif yang kita biasa faham sebagai sifat berakal dan bijaksana.
Saya ada terbaca pengisian seorang ustaz melalui blog akhawat. Al Hilm menurut ustaz tersebut adalah penguasaan sepenuhnya akal terhadap emosi, kesabaran di dalam menahan amarah.
The character starts with holding anger, controlling emotion. Not affected by any kind of situation.
kredit- |
Kerana ini juga adalah antara 'base' pada hikmah, iaitu ilmu, sifat aa'rif dan kesabaran yang tinggi. Ini semua ialah sifat dai'e seharusnya. Kerana di dalam dakwah Allah menyuruh kita menyampaikan dengan hikmah..
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik.."
(An-Nahl, 16:125)
Nak cerita memang senang. Tapi saya tak pernah merasakan ini mudah..Tak terkira banyak kalinya saya gagal menahan marah. Kegagalan yang berulang-ulang. Dan kadangkala saya diingatkan pun ialah bila saya membaca semula nota usrah saya -___-'.
Kerana itu walaupun ramai menjadikan nota usrah sebagai bahan bacaan bila mahu menyampaikan bahan, saya merasakan itu tidak cukup dan selayaknya dibuat begitu. Kerana kita menghadiri usrah bukan untuk mengumpul bahan untuk disampaikan pada mutarabbi, tetapi yang pokokya ialah untuk mengutip taujihat buat mentakwin diri sendiri yang jauh dari kesempurnaan..
p/s :) Buat nota usrah biar cantik-cantik, jangan sekadar conteng :P