Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.. Segala pujian kepada Allah s.w.t..
Judicium 1 jatuh pada hari ini. Syukur, dengan izinNya saya akan melangkah ke tahun kedua menjelang September ini. Bolehlah tukar description pada profile blog kat bawah ni tak lama lagi:)
Sejujurnya,
saat saya melihat sekilas transkrip result, hati saya terasa lapang
sekali. Betapa Allah itu Maha Pemurah, betapa luas langkah saya Dia
permudahkan.. Jika bukan kerana saya punya tugas yang belum dikerjakan,
juga kerana saya suka dan mahu belajar, boleh saja jika saya mahu pulang
ke Malaysia di saat ini juga:)
alhamdulillah :) |
Sebenarnya saat melalui fasa-fasa exam dan result begini, saya banyak mempersiapkan hati dan iman. Pesan saya pada diri:
"Apa
saja yang Allah kurniakan, ambil dan genggam sekuat-kuatnya kerana
pemberian / pinjaman itu ialah takdir yang tertulis untuk kamu, jangan
sekali-kali melihat sana sini lalu mengharapkan apa yang ada di
genggaman orang lain"
"Apabila
melihat orang yang di bawah, ingatlah bahawa Allah sedang menguji
hamba-hambaNya.. Begitu juga bagi mereka yang sedang dijulang di atas..
Oleh itu tidak kira di kelompok mana kamu berada, takutlah jika kamu
gagal melepasi ujian Allah. Dan syukurlah andai Dia memudahkan kamu
dengan kedudukan di tengah-tengahnya.. (sederhana)"
Saya
harus lebih berusaha. Kerana bagi saya, pointer adalah pointer... ilmu
adalah ilmu. Saya tidak suka menyamakannya sama sekali. Jika di saat ini
saya mendapat pointer 4.0 sekalipun, saya tetap akan belajar dengan rajin kerana
markah apa jua yang saya peroleh, boleh jadi bukan kerana hebat dan
pandainya saya melainkan ianya rezeki dan ihsan kurniaan Allah dalam
mempermudahkan setiap langkah hamba-hambaNya.
effort is a must ~ |
Saya
paling merasakan ini pada peperiksaan penting seperti SOCCA (student
oral case analysis). Kebanyakan senior mengatakan bahawa socca itu
bergantung pada rezeki, bagi saya ada benarnya. Jika rezeki itu memang milik kita, apa-apa pun bisa menjadi asbab bagi kita mendapatkannya.
Pada
socca pertama di pertengahan semester satu, saya mendapat case obesity. Saya tidak cekap biochemistry, malah sewaktu saya menyelak draf socca bagi obesity, saya siap berharap tak dapat case ini. Namun di saat saya membaca soalan exam, walaupun terkejut, saya masih positif kerana saya masih
ingat bahawa di dalam tutorial, saya membuat learning issue pada bahagian 'pokok' case ini. Saya sudah merumuskan beberapa perkara penting termasuk biochemical process for the three sources of energy,
energy balance dan pathophysiology yang menjurus pada obesity tersebut sewaktu membuat nota buat teman-teman.
Jadi sebenarnya saya
tidaklah mantap menghafal sebiji-sebiji segala proses biokimia yang
berlaku dengan enzyme2nya, tetapi saya mengerti akan perjalanan proses
itu dari pandangan keseluruhannya. Jadi walaupun case obesity ini
menjadi case killer pada waktu itu, saya lulus dengan gred B alhamdulillah..
Kemudian
socca kedua, di akhir semester 1. Beberapa hari sebelum peperiksaan,
saya menjenguk sebentar ke tempat daurah bagi senior tahun ke-3. Pada
waktu santai, saya berbual dengan kakak Y, meminta tips di saat akhir.
Kakak Y tidak banyak memberi tips, tetapi dia menceritakan pengalaman
soccanya di semester 1. Kurang lebih begini.
"Akak dapat case cervical carcinoma waktu tu. Kalau awak dapat case ni, fokus lebih pada beberapa point yang penting, seperti proses perbezaan cancer yang benign dan malignant,
features, microscopy segala di mana awak kena benar-benar tahu bezakan,
juga proses metastasis. Proses metastasis ni, exlain detail,
habis-habisan...."
Saya lebih awal telah siap mengerjakan nota yang lengkap untuk ini, tinggal nak hadam dan hafal. Dan saat saya membuka soalan exam, tersenyum saya di dalam hati.
Cervical Carcinoma.
Meskipun
terdapat point sampingan yang saya tertinggal sewaktu presentasi, alhamdulillah syukur doktor yang menilai sudi memberi saya 'A' yang
'cukop makan' :) Pada waktu ini, case yang killer ialah pneumonia. Saya
tak dapat bayangkan apa yang nak dibuat jika saya dapat case tersebut..
Dan
socca yang ketiga iaitu socca bagi reproductive system, tambah mantap
lagi.. Saya mendapat case yang temudah di antara berbelas-belas case
rumit yang ada, iaitu menarche (first menstruation). Saya pula yang seperti 'terkejut' kerana sama sekali tidak menjangkakannya. Dalam cycle kali ni, case yang killer ialah placenta previa.
Gred socca banyak sekali menarik pointer. Justeru itu, setelah melalui peperiksaan yang sebegini, susah sekali saya mahu melihat pointer sebagai indicator kepada cukupnya ilmu perubatan yang perlu saya gali.
Saya sikit pun tidak menyesal mengulangkaji berbelas-belas case rumit yang lain walaupun endingnya saya mendapat case yang mudah. Saya juga tidak menyesal bersengkang mata membaca slide lecture walaupun akhirnya tiada sikit pun nota daripada slide yang keluar di waktu peperiksaan. Kerana exam adalah exam.. Sedangkan ilmu itu mempunyai sisi takaran yang berbeza yang hanya mampu diukur kecukupannya saat saya bergelar doktor kelak.
Saya mempunyai banyak sekali teman-teman yang menuntut hak mereka. Mahukan nasihat dan sokongan. Semoga kami diberi kekuatan yang luar biasa insyaAllah, kerana perjalanan
masih jauh.. Hingga ketemu titik pengakhiran yang terbaik..biidznillah..