Friday, August 3, 2012

Judicium II - A crash:(

Bismillahirrahmanirrahim..


Saya terkesan membaca pesanan Ustaz Zahazan di fb tadi.. Mungkin kerana hari ini judicium II :')



"Bila kita menyampaikan ilmu, anggap ilmu itu untuk diri sendiri. Agar ia lebih mudah masuk ke dalam hati"



Sebelum keluar ke kampus untuk ambil keputusan exam tadi, hati saya kuat merasakan bahawa Allah mahu mengajar saya sesuatu pada hari ini. Benar-benar seperti ada sesuatu. Saya telan air liur, menanti apa yang bakal saya dapatkan pada hari ini.

Dosen yang menyerahkan transkript result saya kelihatan gembira (memang beliau selalu nampak gembira pun).

Saya terpandang pointer saya, terasa sentap. Kemudian baru sedar yang dosen sedang bercakap sesuatu.


"Athina, good work... :)"


Saya tersenyum. Tak tahu kenapa.

Mungkin kerana dosen sedang memuji pointer saya sedangkan saya tengah frust kenapa pointer saya sama je seperti yang saya dapat di judicium I. Saya yakin beliau tak tahu, thus she thinks I have improved. Di dalam kepala saya pula duk fikir kenapa pointer saya tak naik hatta 0.01 sekalipun...(?) Bukan ke paper BHP seperti kacang goreng  hari tu.


Saya tengok orang lain pula. Yang naik 0.2  pun ada. Gred bertukar-tukar. Saya muhasabah kejap, adakah saya kurang study...? Kurang latihan, kurang bersungguh ataupun kurang doa..?


Saya tahu result saya tu sudah cukup untuk naik tahun, malah saya tak fikir sangat tentang pointer tersebut. Cumanya saya jadi curious, dan berkocak hati kenapa tiada hasil untuk remedial 3 paper yang saya ambil. 

At this moment, I might not realise to whom I'm actually asking.


...........................


Kerana adanya perasaan ini, saya tidak pasti berapa banyak kalinya saya beristighfar dalam hati. Saya yakin bahawa Allah sedang menilai diri saya yang sebenarnya di saat ini. Benar-benarkah saya bersyukur dan khalas dalam melepaskan sesuatu yang bukan hak saya... Kok redhanya di mana sih.


Fikirkan ya. Its simple. Ada teman yang diuji dengan pointer yang perlu dilonjakkan untuk naik tahun di mana mereka mengambil obligatory remedial paper. Sedangkan saya cuma mengambil paper remedial untuk memperbaiki gred dan pointer yang dirasakan rendah. Ini facultative. Kesimpulannya, mereka yang ambil obligatory paper mesti kena naik pointer sebaliknya mereka yang ambil facultative paper tak semestinya kena naik pointer untuk naik tahun.


Jadi seharusnya ia lebih mudah untuk saya 'let it go' tetapi saya jadi banyak fikir pula. Kerana itu, nasihat ustaz  Zahazan jadi menyentap hati. Ustaz kata,


"Bila kita menyampaikan ilmu, anggap ilmu itu untuk diri sendiri. Agar ia lebih mudah masuk ke dalam hati"



Diri sendiri.


Saya rasa tertikam kerana di dalam entri judicium baru-baru ini saya pernah tulis ini: 


"Apa saja yang Allah kurniakan, ambil dan genggam sekuat-kuatnya kerana pemberian / pinjaman itu ialah takdir yang tertulis untuk kamu, jangan sekali-kali melihat sana sini lalu mengharapkan apa yang ada di genggaman orang lain"

And now I'm doing exactly the opposite.

T________T



Saya jadi lupa bahawa saya selalu berpesan pada teman-teman bahawa di dalam usaha dan natijah, ada longkang pemisah di tengah-tengahnya. 

Adakah tanpa sedar saya telah menyampaikan mesej dakwah selama ini dengan mulut dan jari semata-mata.. (?) 

Sedih...


Kita tak akan tahu kelemahan kita selagi Allah tak menunjukkannya direct di depan mata sendiri. Di saat ujian kesenangan datang, kita mudah percaya bahawa kita benar-benar beriman. Namun tunggu saja bila Allah memberi kesulitan dan kekurangan pula, di saat inilah sebenarnya kita harus tepuk dada, dan bertanya pada hati,


'Now He gave you this, how was your feeling..?'


Hati akan jujur pada diri sendiri. Masih ada yang kurang pada dirimu. Kamu belum cukup percaya dan yakin. Kerana hatimu bergoncang saat apa yang kamu mahukan terlepas dari genggamanmu.

Bersyukur Dia masih mahu menegur di mana silapnya. Muhasabah dan memperbaiki iman. Di mana cacat dan kurangnya, di mana saya telah terlupa.

:')




p/s: Gembira semua orang lulus. Syukur alhamdulillah. Tak sanggup rasanya untuk melihat sesiapa menangis lagi pada hari ini :''/ Its just too sad to even think about it o' Allah..







2 comments:

  1. salam athina

    "Kita tak akan tahu kelemahan kita selagi Allah tak menunjukkannya direct di depan mata sendiri."

    betul. kita pandai menilai dan menganalisis sesuatu perkara. tapi ia tak terbukti kita lulus dalam ujian itu melainkan kita sendiri mengahadapinya..

    akak dapat sms awak. tersenyum akak membacanya. maaf sebab tak sempat reply. semalam benar2 hari yang sangat2 penuh sampai akak xsempat nak buat benda lain.

    jzkk untuk waktu bersama. dan terima kasih untuk semuanya..

    tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam..

      akak ni dah macam buat ucapa wida' pula. huhu.

      Bila dah jadi macam ni, at least saya tahu di mana kekurangan iman saya. Selama ni bajet je beriman. Jadi tahulah mana nak diperbaiki.

      Alhamdulillah :)

      Delete

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...