Tuesday, December 10, 2013

Besarkan Hati.

Bismillahirrahmanirrahim..




:'(

Tadi, sebelum isya' mereka berkumpul sekali lagi untuk menyambung usrah yang terhenti ba'da subuh pagi tadi. Ketika sedang berqodoya ringkas, entah kenapa dia rasa dirinya terlalu 'bawah'.. (baca: Down). T_____T

Curahan hati di dalam usrah jarang terlepas daripada terdengar luahan,

"Minggu ini mutabaah saya sangat minimal, sobs.."
"Sedikitnya qiamullail yang telah berjaya dilakukan dalam satu minggu.. :'("
"Banyak sangat perkara yang dirisaukan,.. Study yang minimal, tidak all out dalam banyak perkara.."

T______T

Dia terkenang-kenang satu masa dahulu,

Dulu, untuk bangun qiamullail tidaklah terlalu sulit. Untuk duduk lebih lama di atas tikar sejadah itu tidak perlu mujahadah sebesar bukit.

Ini bukan kerana terdapat masa terluang yang menyantaikan, tetapi kerana 'dia' pada ketika itu benar-benar merasakan kemanisan ibadah dan cinta pada ketaatan. Kerana banyaknya ujian, 'dia' lebih sabar dan teguh. Bila ada masalah, dia mencari Allah untuk diadukan. Dan bila dia perlu sokongan, dia rasa aman dan lapang tatkala bersama akhwat.

Melihat kelemahan yang kian ketara, dia cuba bermuhasabah. Apakah terdapat satu beban, atau bagaimanakah. (?)


Weak.weak.weak.

Di dalam qodoya, kadang-kadang dia takut untuk menyebut perkataan 'futur'.. Kerana susah nak memahamkan mereka, kefuturan jenis apa yang sedang dia rasakan. 

Jika dari luaran, seorang dai'e itu mungkin tidak statik, dia terlalu sibuk mengerjakan semua amanah dan tanggungjawabnya. Dia mengisi liqo usrah, menghadiri syuro, juga dauroh. Tetapi jika diperhatikan dengan teliti, banyak sekali kecacatan yang tak bisa ditutupi.

Semakin banyak percakapannya sia-sia. Semakin kurang helaian tilawahnya. Semakin meriah ikhtilatnya, semakin kurang qiamullailnya. 

Semakin kering dan berhabuk hatinya. Tidak lagi basah ruhiyyahnya.

Juga semakin sensitif hatinya pada perkara kecil, mudah tersinggung dan berkecil hati. Sulit memaafkan kekhilafan.

T_______T

Pada minggu yang lalu dia sangat berkecil hati apabila murobbiyyah 'terlupa' akan janji usrah. Sudahlah terlupa, diberinya pula tugasan. Terasa sedikit sebal di dalam hati. Ah, ini cerita seminggu yang lalu.

Di hari yang lainnya pula dia tidak tidur semalaman ditambah kerahan esok harinya kerana mengerjakan program universiti, maka dengan berat hati dia meminta izin untuk menangguhkan liqo pada sebelah malamnya kerana badan dan mata sudah tidak tertahan lagi. 

Sayang sekali jawapan  murobbi terasa 'tidak kena' dan mengguris hati.

Hari ini pula mereka satu usrah telah membuat janji untuk keluar makan bersama dan berusrah. Ditahan rasa lapar kerana fikirnya sudah membuat janji, tapi akhirnya kecewa kerana mereka yang lain sudah makan dulu, lantas  dibatalkan saja untuk makan bersama. Sudah tahu ada janji, mengapa tidak bersungguh menepati.

Dia yang kini sensitif berkecil hati lagi.

Sungguh, 'dia' tidak suka perasaan ini, tetapi sulit sekali memilih untuk meletakkan 'rasa' yang sepatutnya di dalam hati.  T______T 

Dipujuknya hati, cuba berlapang dada dan mengkoreksi di mana letaknya sabar dalam diri. Kemudian di saat dia menghadiri syuro bersama adik-adik yang qowiyy, dia sedar bahawa adik-adik ternyata lebih tabah dan sabar. Lebih qowiyy dan siap siaga, kerana mereka tahu Allah sedang memerhati :'(




Bulan ini dan yang kehadapan akan lebih sulit pastinya. Jika tidak tabah dan berbesar hati, bagaimana mungkin bisa menghirup tarbiyyah ini..? Enti, tenteramkanlah hati, insyaAllah:')


"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteran."
(Ar-Ra'd: 28)





 



1 comment:

  1. Dia juga sentiasa rasa, tidak kena pada setiap saat dan tmpat,

    hari ini saya dapat ketukan ttg, membesarkan jiwa.

    I feel this :)

    ReplyDelete

Taaruf

Bismillahirrahmanirrahim. 9 Julai, setahun yang lalu. Mungkin hari ini ialah hari yang tak begitu diingati, namun bermakna buat seseteng...