Saturday, November 30, 2013

Pelembut hati :')

Bismillahirrahmanirrahim..






Antara perkara yang saya kagum akan ad deen ini, ialah bagaimana ianya melentur hati dan jiwa manusia :')

Melentur segarang-garang Umar untuk menangis,
Menundukkan insan seangkuh Abu sufyan untuk berendah hati,
Melembutkan peribadi sekasar Abu Dzar Al Ghifari.

Salah seorang adik di dalam halaqah saya pernah mengadu bahawa dia mempunyai satu kelemahan, hingga sering menyakiti insan-insan yang dekat dengannya secara tidak sengaja.

Dia tidak jahat, suka mendengki, atau membenci. Tetapi ramai insan terluka hanya kerana sifat tegas dan garang yang ada pada dirinya. Antara sedar atau tidak.

Seorang lagi adik yang saya kenal rapat juga pernah mengaku bahawa dirinya bersifat keras kepala. Saya juga tahu bahawa pendiriannya yang keras sering menimbulkan keresahan akhawat yang lain. Memanaskan suasana syuro, menguji kesabaran murobbiyyah.

Bila diminta nasihat, saya tidak menyalahkan mereka. Cuma satu saja yang selalu saya pesan. Untuk mereka dan diri sendiri.


"Saidina Umar r.a juga keras kepala, Abu Dzar r.a juga malah lebih kasar.
Tapi, di dalam setiap personaliti, kena cuba islamkan sifat dan sikap kita..
Supaya semua benda jadi kerana Allah.
Marah, benci, rindu.
Hingga semua bisa terkawal dengan landasan IMAN."





Sejak berada di kolej, saya pernah membawa beberapa halaqah yang terdiri daripada bermacam ragam mad'u. Dan di dalamnya banyak sekali perkara yang saya belajar, juga menjadi bekal didikan dan teguran buat diri. 

Sungguh,  personaliti manusia itu terlalu pelbagai. 

Ada yang berhati tisu, dicarik sedikit terus koyak. Ada yang terlalu tabah dan berdikari hingga tidak suka campur tangan orang lain di dalam urusan hidupnya. Ada juga yang kepalanya sekeras batu, dihempas tidak pecah2 tetapi bila dititis air setiap hari, berlekuk jua. Malah saya akui saya sendiri mempunyai sifat-sifat tegar yang selalu merunsingkan murobbiyyah dan akhawat, yang masih cuba saya lenturkan.

Jika dulu, sifat dan personaliti mad'u selalu menjadi masalah besar bagi saya. Adik ni susah sikit, keras kepala. Adik ni terlalu pendiam, terlalu peramah, terlalu suka study, suka bersendiri dan macam-macam lagi. Malah adakalanya saya pernah membuat diagnosis yang lebih 'advance' seperti adik ini bersifat narcissistic, psychosomatic, OCD (obsessive compulsive disorder) dan entah apa lagi.

-_______-'

Hingga sampai satu tahap, saya mula sedar bahawa saya harus "kurang" meletakkan personaliti sebagai masalah yang major. Untuk memahami dan sensitif dengan sifat mad'u itu penting, tapi jangan sampai ianya membataskan diri kita untuk 'menyentuhnya', malah semakin kita tafahum, seharusnya kita makin tahu bagaimana cara yang paling sesuai dan munasabah untuk mendekati mad'u tersebut.

Islam tidak semestinya merubah sifat peribadi manusia, tetapi yang penting ialah untuk meng'islam'kan sifat yang sedia ada tersebut.

Saya tak pasti kenapa saya tergerak untuk menulis berkenaan ini, mungkin kerana peristiwa yang berlaku pada hari ini banyak membuat saya berfikir dan muhasabah diri.

Benar kata Dr. Nida, banyak perkara yang bisa kami pelajari atas apa yang berlaku pada hari ini. 

"Yang baik dibawa pulang, yang enggak ditinggalkan saja di sini"
  

Pertama kali saya dimarahi dengan keras di hadapan teman-teman tutorial oleh seorang professor, hingga setiap butir kata-kata beliau masih terngiang-ngiang di dalam kepala, benar-benar menggores perasaan. Setiap kali saya teringat, sulit sekali mahu menahan air mata. Ah, hati tisu. 

Saya tidak terusik dengan ugutan surat laporan ke dekan universiti dan seumpamanya, kerana saya yakin siapa yang paling berkuasa, juga yang menahan dan memberi rezeki.

Cuma mungkin, "hati tisu" ini saja yang trauma.

Betapa kata-kata manusia adakalanya terlalu keras hingga meninggalkan bekas di dalam hati. Astaghfirullah.

Di sini bukan saja harus belajar untuk tafahum dan tanassuh (menasihati) seperti kata seorang teman, tetapi saya kira juga belajar untuk merendah hati memohon kemaafan dan belajar untuk memaafkan di saat yang paling sulit...









Allahu musta'an..






2 comments:

  1. Tulisanmu tidak pernah gagal menusuk merobek jiwa ini,

    semakin kita tafahum semakin kreatif cara kita bermuayashah dan berdakwah

    itu yang sepatutnya kan,

    muhasabah banyak athina

    jzkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waiyyaki kiki.. Menusuk pun tak mampu 'sebasah' taujih dari kiki :)

      Rindunya dengan 'Musa' wa 'Harun' di KTT dulu :')

      Delete

Ups and downs.

Semalam ialah hari ke 4 posting emed (Emergency medicine). Jujur bermula dari hari pertama, aku agak clueless setiap kali masuk ke ED. T...