Wednesday, December 17, 2014

Tenang



Bismillahirrahmanirrahim..

I found this beautiful quotes written by a sister in IIUM.. :)


"Distance between two hearts is not an obstacle, rather a beautiful reminder of just how strong true love can be."


..........................................

This peacefull Beranang is a blessing, indeed :)

Sejujurnya, di hari pertama saya sujud di bumi kecil ini, malam itu saya terdengar bunyi hutan dan angin yang berdesir. Air mata saya mengalir. Tenang-setenangnya. 

Mungkin medical posting benar-benar telah melukakan hati, agaknya. Membuatkan jiwa menjadi kucar-kacir. Tidak terkira juga sebenarnya, berapa kali karpet surau hospital basah dengan air mata, huhu.





............................................

Kita rindukan satu masa yang tenang di mana kita dapat merasai kekuatan alam yang tunduk padaNya. Rindukan saat kita merasai iman yang sebenar-benarnya.

Dan saya rindukan beberapa wajah yang kata-katanya selalu memberi tusukan paling tepat ke hati. 






Syukur kepada Allah, di atas beberapa insan di dalam dunia ini yang Dia pertemukan dan menjatuhkan rasa cinta di antara kami. Bila kita cintakan seseorang, 

Memandangnya akan buat hati menjadi tenang,

Mendengar kata-katanya membuat serabut hilang,

Teringat akannya, menimbulkan rasa rindu.

Bersua dengannya tidak akan pernah rasa sia-sia.

Dan perasaan ini akan bertambah kuat, bila peluang bersama itu tidak selalu ada. Kita akan rindu dan ternanti-nanti. Itulah barokah, apabila nikmatnya berpanjangan :')

Allahu ya kareem, Dialah yang maha berkuasa menyembuhkan, menguatkan, dan mengukuhkan.

Kerana itu kita tidak bimbang kehilangannya, namun kita berusaha menjaganya  :')


.......................................................


Seorang mutarobbi saya meluahkan rasa hatinya, bahawa dia rasa 'jauh' dengan ahli usrah yang lain. Merindukan usrah yang lama.

Percayalah,

Ini ialah satu keadaan di mana saya benar-benar mengerti. Jika dulu dengan adik-adik yang baru saya pasti akan bertanya betul-betul,

"Ok, ke...?"

Kemudian akan benar-benar mencari jalan supaya dia mendapat perasaan yang best itu semula. Saya akan buka ruang curahat tu seluas-luasnya. Kerana begitulah akhawat, kadang-kadang masalah dan kerisauan itu selesai dengan curahan hati.

Namun mutarobbi saya kini bukan anak-anak kecil lagi.. Saya merasakan perlu cara yang berbeza di antara melayani budak kecil dengan anak 'remaja'. Jika anak remaja kita pujuk dengan gula-gula lagi, mungkin tak kena caranya. 

Bersusah payah mengubah semula susunan usrah bagai mungkin bukan caranya lagi, kerana mungkin dulu tarbiyyah sebolehnya disusun mengikut keselesaan kita namun kini kita harus belajar menyelesakan diri di dalamnya. 

Seperti mana kita redha akan setiap susunan Allah, dan meletakkan tawakkal yang tertinggi dalam menempuhnya.

Ukhuwah tidak akan datang dengan sendiri,

Dan adakalanya kita tak mendapatkannya pun seperti yang diharap-harapkan.. Apatah lagi bila kita tak cuba mendapatkannya dalam keadaan 'the way it is'. 

Percayalah bahawa insan yang sejiwa dengan kita itu tidak ramai., mungkin 1 dalam 1000. 

Di saat kita melihat ianya tidak ideal, kita lupa bahawa Allah telah menyusun dengan ilmuNya.

Jawapan saya mungkin sedikit 'mendatar' dan kurang ber'empathy', mungkin kerana saya yang berbeza berbanding dahulu. Semoga Allah melembutkan setiap kekurangan ini supaya apa yang kita cuba sampaikan tetap tersisip ke hati.. 

Satu di dalam seribu juga harus disyukuri, supaya Allah tambah lagi :')




No comments:

Post a Comment

Ups and downs.

Semalam ialah hari ke 4 posting emed (Emergency medicine). Jujur bermula dari hari pertama, aku agak clueless setiap kali masuk ke ED. T...