Saturday, October 4, 2014

Kita hanyalah hamba.

Bismillahirrahmanirrahim..

Agak lama tidak menulis :I





Pejam celik dah 2 minggu posting medical.

Selalu saya rasa situasi yang saya lalui ni beyond expectation. Susah nak terima hakikat yang saya kena kerja yang sangat-sangat keras. 

Bila kita menjejakkan kaki ke "perfectionism of UKM medical team", it's just that everyone expect you to be 'perfect' 

Siapa kata student twinning dan pure UKM tidak ada bezanya. Tanyalah supervisor saya jika berani.

2 minggu pertama ialah fasa saya mengalami mental breakdown, unfortunately. 

Dalam teaching pertama, saya diminta untuk present case.

Kemudian bed teaching kedua, saya disuruh untuk perform cardiovascular exam. Waktu ni saya dimarahi kerana teknik memeriksa collapsing pulse yang salah.

Dalam teaching seterusnya, supervisor saya suruh baca respiratory, upper and lower limb examinations namun bila berada di klinik tiba-tiba dia minta saya perform cranial nerve exam pada patient dia. Terkezut saya sampai terlupa nak suruh patient tutup sebelah mata untuk visual acuity. 

Kena marah lagi. T.T

Ramai yang kata supervisor saya walaupun tegas, beliau sangat bagus dan best, alhamdulillah. Saya sendiri akuinya. 

Kami dapat dengar bermacam-macam jenis murmur kerana dia cardiologist yang ada bermacam jenis patient with many rare findings. Dia ex student UKM dan lebih muntij dalam mengajar, and he is indeed a dedicated lecturer. He'll brush you up to the max.

Dan ramai juga yang berkata bahawa saya beruntung kerana dalam 10 orang student dia selalu pilih kita untuk perform depan dia. Orang yang perform akan belajar lebih, mereka mendapat tarbiyyah bil aqdas yakni ditarbiyyah dengan peristiwa yang dilalui yang direct dan berkesan. Huhu.

Namun tekanan tu susah nak dielakkan bila kita dibezakan di dalam group. Pelajar twinning kena adapt dan belajar exactly macam mana student UKM belajar kerana semua orang kena end up dengan techniques dan ilmu yang sama. Ilmu yang sohih.

Dan itulah yang supervisor saya selalu ingatkan saya. He said this only to ME, not to everyone in the group. He always remind me to read everything back from books. No matter how you think you can learn, you just have to read the books and practise.

Dan dah tentunya dia tak gunakan bahasa keibuan nak bagi nasihat ni, huhu. Sebab tu ianya jadi menusuk sampai membelah hati berdarah-darah.

" Everyone in this group are reading books, they are studying, even the silent students are also studying EXCEPT you, you know. You have to read books. You better do that and I'm sorry to say that you will still be my target until you PROVE to me.., that you should'nt."

Berderau darah saya mendengar ni. Dan bila habis teaching dia selalu akan ingatkan, termasuklah pada last teaching rabu yang lalu."

" In the next teaching you will still be the target yah. " (Target means the one who will perform the PE)

T.T

Astaghfirullahalazhim.

Minggu pertama lagi dah broke down, kerana terlalu penat badan dan perasaan. 

Buku physical exam Talley O'Connor yang menjadi 'kitab' fakulti perubatan UKM tu, saya read by pages dan buat long and short notes untuk setiap physical examinations yang perlu termasuk interpretation and correlation with diagnosis. 

Setiap kali bed teaching akan ada 80% possibility saya yang akan kena perform PE kerana itu bila kena cramp dan prepare semua jenis PE termasuk yang sampingan, saya selalu stress. 

Orang lain semangat kejar requirement untuk observe procedure, study group workshop etc di masa lapang namun saya stuck baca Talley O'Connor tak habis-habis. Observed procedure saya kosong, workshop homework saya "halai balai" jadinya. 

Mungkin inilah yang dikatakan fasa 'adaptasi' namun sampai sekarang saya belum berjaya meraih 'balance' dan semangat yang menyala-nyala tu. Belum cerita hal d&t lagi. Di dalam nak menghadiri usrah sendiri, usrah mutarobbi, bermacam jenis syuro, menguruskan dauroh pada masa yang sama, kita dan perasaan tu macam tengah berperang besar.

Mutarobbbi2 saya ialah senior-senior, mereka selalu pesan supaya tidak patah semangat.

" Athina awak kena selalu ingat bahawa di hospital tu kita semua ialah hamba Allah. Regardless kita specialist ke, senior staff or whatsoever, taraf kita ialah sama. Kerana itu jangan patah hati kerana dihentam manusia."

Jaga Allah, Allah akan jaga tiap langkah kita. Dia akan mudahkan dan bagi ketenangan tu.

" Setiap kali pergi hospital, sentiasa betulkan niat nak beramal. Bila kena marah ingat selalu bahawa kita melalui semua ni sebab nak menuntut ilmu. Jika ada rasa takut atau risau, banyakkan berdoa minta Allah bantu.. "

Sedangkan Dia yang mengatur segala sesuatu, kita melihat dunia ni mencengkam diri kita namun hakikatnya segalanya tunduk kepada Allah yang Maha Besar.





Di dalam usrah dengan murobbi, ada satu taujih yang terkena di hati, mengenai penghulu istighfar yang sering kita baca di dalam al mathurat.


"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau. 

Engkau yang menciptakan dan aku abdi-Mu, 

dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu, (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku. 

Dan aku berlindung pada-Mu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan, aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku, dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang akan mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau."


Murobbi saya berpesan,

"Kedudukan kita ni, Allah yang letakkan kita di situ, dengan segala kekuatan dan kelemahan diri kita. Justeru kena kenal dan tahu posisi kita."

Posisi ditarbiyyah.

Posisi sebagai hamba,

Kita redha dan siap untuk melaluinya.

Ya rabbi. Lemahnya kita.

T______T










2 comments:

  1. Mungkin ini yg terbaik utk anda, allah dah rancang yg sebaiknya utk kita semua.. Trus bertahan dan bersabar.. Allah dh pilih anda utk melalui semua pengalaman ni mgkin kerna Dia nk persiapkan anda menjadi doktor yg terbaik utk ummah dari segi akademik dan sahsiah..

    ReplyDelete

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...