Saturday, October 11, 2014

Ombak.

Bismillahirrahmanirrahim..





Dalam gambar ni, kadang2 kita jadi orang yang pakai baju biru, kadang2 yang berkobar-kobar siap ikat kepala atau setenang yang berbaju oren tu, dan adakalanya juga kita jadi serabut macam yang pakai tudung pink. huhu.

Alhamdulillah alaa kulli hal.

Di dalam teaching terakhir bersama specialist minggu ni, komentar beliau yang ditujukan kepada saya diibaratkan seperti keputusan pembebasan mahkamah.

In a very 'convincing' tone, he said to me,

"Starting from today, you can just go to sleep. Trust me, I won't ask you anymore.." 


Inilah kalimat yang saya tunggu-tunggu.

Seperti terbang di udara. Cepat-cepat berpijak ke bumi balik.  

**air mata bercucuran**

TT______TT


Semua orang dalam group posting saya tahu, once he stop asking you to perform physical examinations in front of him, he'll not targetting you anymore.

Then he'll move to target other person in the group, in the same way until the person looks convincing to him.

:)

......................................................


Mungkin inilah yang dikatakan rejeki. Kita tak tahu amal dan mujahadah kita yang mana akan membebaskan kita, sebab tu kena rebut setiap peluang usaha. 

Semuanya bermula dengan kehadiran seorang patient yang menghidapi grave diseases di dalam ward kami. Kerana patient dengan findings sebegini jarang-jarang dijumpai, ramai yang mengambil peluang untuk melakukan physical examinations.

Ahli-ahli group saya kemudian merancang nak ajak supervisor untuk buat bed teaching bersama patient ni keesokan harinya. 

Malam tu saya ada liqo, pulang dah cukup lewat melepasi waktu tidur. Jiwa saya berbelah bagi dan serabut sebab tahu esok ada teaching dengan supervisor. In every teaching, there is always 90% chances he would ask me to perform. I'm completely confident with this.

Akhirnya saya tidur dulu dan bangun awal pagi dengan perasaan yang gelisah.

Saya baca balik thyroid examinations, buat nota segala bagai. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi, namun eloklah berusaha dan siap2 je dulu. Kalau malas bawa payung jangan salahkan hujan rahmat yang turun.

Kemudian pagi tu seperti yang dijangka, beliau minta saya buat full thyroid examinations. Dengan tangan sesejuk ketul ais saya cuba buat sedetail yang mungkin, sekali dengan steps penting ke tak penting diredah demi memastikan keselamatan, kerana kadang-kadang kita tak pasti wayar mana yang akan meletupkan sesuatu bom, maka waspadalah. 

And then he said, (kurang lebih)

" Whoaa, today I really want to hit her (using his usual 'rotan' (which is the stick of tendon hammer)) but I can't because she did very well yah..good, very good ! "

" You have read books, good !"

:)

Somehow kerana dah selalu sangat dikomen, saya rasa pujian dan kritikan beliau dah memberi kesan yang hampir sama. Beliau kritik untuk membooster dan mendidik, juga puji untuk tujuan yang sama. We learn to accept the positive impact in both situations, insyaAllah.

Alhamdulillah.

3 minggu rupanya Allah nak uji sikit sabar kita. Kena rajin berdoa moga diberi lagi kesabaran untuk minggu-minggu yang seterusnya. Benarlah, kita tak tahu hari-hari yang mana, amal yang mana akan menjadi titik tolak kepada sesuatu, kerana itu kena menjaga kualitinya dan yakin, setiap hari kita ialah milik Allah. 

Ini baru supervisor, bayangkan di akhirat kelak, pasti perasaan lebih berkocak dan berombak-ombak. Setiap manusia akan sangat ingin Allah yang Maha Pengampun 'membebaskan' kita sedemikian rupa.. Subhanallah :')








2 comments:

  1. salam athina

    apa cerita D&T dan iman di sana?
    harap semuanya 'sihat'

    salam dari kejauhan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam, kak yana..

      d&t ni, kat sini ramai yang ada... alhamdulillah :')

      Cuma kadang2 kita tak tahu sejumlah apa yang diri ni berjaya sumbangkan.. Walau hakikatnya kita buat dakwah is untuk bantu diri sendiri. mungkin saya yang 'perlahan' sebab pre-occupied dengan komitmen2 lain.. T__T

      Akak, doakan saya :'

      Delete

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...