Friday, March 27, 2015

Taahaa


Adakalanya kita benar-benar merasakan terdapat satu tekanan yang menghimpit.

Hingga kepala memberat, jiwa terasa sempit dan goyah.

Dan di saat itu aku jadi takut akan diri sendiri.

Kecewa pun iya juga.


Tertekan.





.........................


Tipulah jika tiada sekelumit pun perasaan sedih setelah gagal. Sedangkan gagal menanak nasi lemak pun menimbulkan duka apatah lagi gagal posting.  

Jangan kau harap dia akan 'okey' sekelip mata kerana kononnya dia ini ukhti nan qowiy. Masih, jagalah tutur katamu kalau masih sayang gigi yang tersusun rapi. Dia memerlukan sedikit masa, percayalah.


Setelah beberapa waktu dia kembali bangkit. Kerana telah mengaku beriman ditegarkan hati untuk bersangka baik denganNya. Sungguh, dia pernah membaca firmanNya bahawa orang yang mengaku beriman itu akan diuji. Al ankabut ayat 2.


Apabila dapat tahu pula telah gagal pada bahagian yang sepatutnya boleh 'dibudi bicarakan', jiwanya sedikit sebanyak memberontak dan marah. Hingga dia jadi malu pada Tuhan kerana telah terlupa,


bahawa jiwa orang beriman itu tidak goyah pada takdir baik dan buruk.


Dan apabila benda yang sama diuji lagi, perasaan ini menjadi kian sulit dipujuk, makin terumbang-ambing. Berapa banyak azam dan kekuatan yang dihimpun untuk bangkit, namun telah terjatuh di tempat yang sama.


..............................


Wahai,

Engkau mungkin belum benar-benar tahu, bahawa yang paling engkau perlukan ialah Dia,

Allah.







Di hari yang sulit itu, dia membuka kalamNya dalam keadaan terdesak. 


Desperate. 


Dia masih ingat, bahawa beberapa kalimat di dalam surah ini pernah menyejukkan sepanas-panas jiwa, melembutkan sekeras-keras hati dan mententeramkan gelora perasaan seorang sahabiyyah yang sangat hampir dengan kita, yakni Umar Al Khattab r.a.





"Bismillahirrahmanirrahim.

Taahaa.

Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah.

Melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah)"


...............................


" Milik-Nyalah apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, dan apa yang ada di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah."


(Taahaa,20: 1-4, 6)



Semua ruang. 

Kau jangan lupa, bahawa dirimu kini berada di tempat kedua, iaitu di antara langit dan bumi. Juga segala hidupan yang telah menyerabutkan hatimu selama ini. Mereka juga makhluk sepertimu.

Dia teruskan lagi hingga ke lembaran berikutnya dan mula menyelami perasaan khuatir seorang Musa a.s lantas membanding-bandingkan dengan dirinya. Kini dia sedar bahawa dirinya belum benar-benar menjadi hamba yang rabbani.

Tidak seperti Musa a.s, baginda tahu di mana tempat bergantung. 




"Dia (Musa) berkata, 'Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku,

dan mudahkanlah untukku urusanku.

dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.

dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu Harun saudaraku.

Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia,

Agar kami banyak bertasbih kepadaMu

dan banyak mengingatMu

Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami."




Dia ulangi bacaan pada ayat-ayat ini entah berapa kali. Hingga ketenangan menyusup ke setiap pembuluh darah. Vasodilate.

Dia melihat bahawa ada sesuatu pada diri seorang Musa a.s yang melihat lebih jauh kehadapan, lantas memastikan impiannya menjadi azam di dalam doa-doanya.

Baginda telah meminta sesuatu dengan niat yang paling bersih dan tulus.




Agar kami banyak bertasbih kepadaMu

dan banyak mengingatMu




Allahu musta'an. Berusahalah menjadi hamba yang rabbani walaupun engkau perlu membetulkan dirimu berulang-ulang kali.. :'(









1 comment:

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...