Saturday, June 13, 2015

Frail heart.


Frail heart.

Frail can be weak,

And it can be delicate.

While delicate is fragile.

We are having a frail, weak and fragile hearts, I believe. 


It might not be 'we' but at least its me.

.............




Pantasnya masa, sudah hampir setahun masa berlari. 

Aku teringat kata-kata kak Fazu,

"Manusia akan sentiasa resah pada dua perkara, pertama ialah ketakutan pada masa depan yang belum diketahui, dan yang kedua ialah sesalnya terhadap masa lalu yang tak mampu diubah."


Hakikatnya, kedua-duanya tidak berguna kerana ianya bukan di bawah penguasaan kita. Namun begitulah manusia, hatinya dijadikan rasa takut agar dia belajar untuk berharap padaNya. Dititipkan rasa sesal agar dia belajar memperbaiki diri.

Hati ini seharusnya bebas ibarat burung. Dengan sekuat-kuat tawakkal kepada Allah. 


Tawakkal.







Untuk membuat sesuatu keputusan adakalanya mengambil masa yang sangat lama. Kerana ketakutan di dalam hati kita belum terlerai. Hakikatnya, istikharah dan istisyarah itu umpama bidikan yang tidak mungkin tersasar jika benar dan jujur di dalam melaksanakannya. 

Kejujuran kita seharusnya hanya ingin redhaNya, ingin mengatur langkah ke syurga bukan sebaliknya, 

Naudzubillah. 

Aku berdoa, semoga Allah hadirkan insan-insan yang sentiasa mendorong dengan ikhlas di saat senang dan susah, hingga sama-sama berpimpin tangan ke ke syurgaNya. Dan begitu juga aku memohon agar diri kita sendiri menjadi insan yang membawa orang lain ke syurga, bukan sebaliknya.  

Dia Musa a.s pernah berdoa,


"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu Harun saudaraku.

Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia,

Agar kami banyak bertasbih kepadaMu
dan banyak mengingatMu
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami."

(20: 29-34)

Ibu bapa,

keluarga,

ikhwah akhawat,

sahabat, guru, pesakit,

dan ya tidak lupa si dia, pasangan hidup.

biidznillah.



"Teguhkanlah aku dengan adanya dia."



Kita mungkin tidak akan mampu bersabar di dunia ini tanpa mereka yang sentiasa mendorong semangat, dan mengingatkan kita kepada Allah. 

Sedangkan Musa a.s meminta agar Harun a.s menemaninya, Muhammad s.a.w malah dirundung dukacita setelah kehilangan Saidatina Khadijah dan Abu Talib. Kerana itu aku mengira tiada salahnya kita meminta padaNya di dalam doa-doa kita. Boleh jadi mereka yang tidak kita sangka akan menjadi asbab kepada kekuatan kita satu hari nanti :')






















No comments:

Post a Comment

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...