aku mengenal dengan baik siapa diriku,
dulu dia adalah setetes air yang hina,
kelak akan menjadi sekujur bangkai yang membusuk.
Kini dia berada di antara dua hal itu
hilir mudik ke sana ke mari membawa kotoran.
ya, kotoran.
ya, kotoran.
Di dalam ukhuwwah, adakalanya terdapat perkara yang menyakitkan cenderung untuk menjadi lebih sakit daripada biasa.
Kerana di dalam ukhuwwah kepercayaan ialah sesuatu yang tidak boleh tiada.
Kerana mempercayai akhawatlah kita berlapang dada,
Kerana percaya juga kita sudi untuk bertimbang rasa.
..............................................
Aku diingatkan, bahawa untuk menjaganya cukuplah dengan adanya iman.
Ini ayat legend.
"Cukuplah dengan iman."
**tersenyum sendiri**
Ku katakan, Jiwa yang beriman tidak akan saling menyakiti.
Atau sekurang-kurangnya aku ingin kalian tahu, bahawa aku juga seperti kalian, kita mempelajari Al-Quran yang sama.
Jika 'sirr' yang kalian cuba pertahankan, ketahuilah bahawa di kebanyakan masa aku tidak peduli pun mengenai apa yang kalian cuba sembunyikan. Senang cerita, itu bukan isunya.
Namun sikap kalian itu yang terlebih sering menganggu dan melukakan hati. Fikrah kalian terlalu mendalam, sosok kalian terlalu ekslusif, jiwa kalian terlalu syadid hingga diri yang tidak seberapa ini terasa jauh walaupun hanya sebelah-menyebelah.
Maka, maafkanlah bila diri ini tak mampu untuk berukhuwah sehangat matahari. Kerana jiwa ini belum sebesar bumi.
Maafkanlah jika ketegasan ini makin sukar dilentur, kerana aku perlu sedikit ruang konsentrasi.
Seperti di waktu peperiksaan, bila ada satu soalan yang aku tak tahu jawapannya, justeru aku tinggalkan. Dengan harapan agar dapat kembali memikirkannya. Namun jika ianya tetap menjadi tanda soal, aku akan pilih satu jawapan dengan ijtihad dan tawakkal.
Begitulah perjalanan kita. Kemampuan kita terbatas.
Sekadar menangani perbezaan, ianya lebih basis daripada yang kita sangka.
"Kita harus belajar untuk menerima bahwa sudut pandang orang lain adalah juga sudut pandang yang absah. Sebagai seorang mukmin, keberbedaan dalam hal-hal bukan asasi tidak lagi terpisah sebagai 'haq' dan 'bathil'. Istilah yang lebih tepat mungkin ialah 'shawab' dan 'khatha' (menggunakan persangkaan yang kuat).
Tempaan pengalaman yang tak serupa akan membuatnya lebih berlainan lagi antara satu sama lain. Seyakin-yakinnya kita dengan apa yang kita fahami, itu tak seharusnya membuat kita terbutakan dari kebenaran yang lebih bercahaya."
(Salim A. Fillah)
Mungkin kita lupa, bahawa di dalam berprinsip, para sahabat sendiri berbeza-beza. Malahan Abu Bakr, Umar dan Usthman r.a tidak mempunyai prinsip yang sama di dalam rentak pemerintahan. Usthman r.a pernah berkata,
"Adapun Abu Bakr, Allah memberinya waktu yang sempit dan dia habiskan itu untuk mengembalikan ketaatan orang-orang. Adapun Umar r.a, sungguh dia ialah orang yang tak ingin ada yang berubah dari masa Rasulullah sehingga dia memaksa manusia dengan perintah dan cambuknya. Dia kuat dan mampu meski rakyatnya berasa berat dan sempit.
Adapun aku, adalah orang yang berlapang dada atas segala keadaan dan kenyataan mereka."
(Dalam Dakapan Ukhuwah)
Di mana sekalipun kita memilih, itu bukan persoalannya dan diri ini cukup matang untuk memahami. Engkau tidak perlu mencari insan sekandang untuk berbicara mengenai dakwah atau tarbiyyah, kerana kita sama-sama mengaku dai'e dan ribbiyyun atas nama.
Cukuplah kita menjaga taqwa di dalam diri.
InsyaAllah, semoga bertemu di syurga.. :)
No comments:
Post a Comment