Ada satu pengisian dari slot proTaz siang tadi yang terkesan di hati, ringkas namun kena pada masanya.
"Penyakit biasa bisa diubati dengan rawatan medis, namun ketahuilah bahawa jiwa yang kosong itu hanya mampu diisi dengan spiritual."
Secara fizikalnya, memang pesakit itu sakit.
Namun adakalanya sakit yang lebih parah itu ditemukan di dalam jiwa. Namun sayang sekali, tiada yang peduli untuk mencari penawarnya.
Adakalanya saat kita bersendiri, kita menangis.
Berehat beberapa minit, terasa gelisah.
Setiap hambatan dan tuntutan memenuhi fikiran.
Kehendak yang jarang sekali terpenuhi.
Perasaan yang sukar sekali diuruskan.
Tidur dengan rasa resah
Sakit jiwa.
.............................................
Sangat sering sebenarnya, kita mengabaikan diri dari sudut spiritual. Jujur aku katakan, di saat perkara ini berlaku pada diri, sakitnya tak terperi.
Beberapa hari lepas aku diuji dengan tertariknya nikmat 'sihat'. Kerja kian menimbun, ada kuiz, ada juga dateline yang perlu dikejar. Aku makan paracetamol mengikut dose. Ku pastikan cukup. Ditambah lagi dengan ubat selsema dan batuk. Malah ini kali pertama aku telan semua tanpa ragu lagi, kerana macam mana sekalipun semua kerja harus selesai.
Namun entah kenapa aku tetap tak larat. Perasaan yang lelah beberapa waktu ini menjadikan aku tidak bersemangat melawan. Tubuh seolah-olah menyerah kalah. Makin dipaksa makin kalah. Masa terbazir dengan lelap yang tidak direlakan.
Hingga akhirnya saat beberapa minit pejabat mahu ditutup, aku masih menyiapkan case report. Ini bukan epik, tapi pathetic.
............................................
Siang tadi aku menziarah ibu saudaraku yang sakit kanser di HKL. Dia masih berbual seperti biasa, namun aku melihat semangat yang makin pudar di wajahnya. Tidak lagi seperti dulu.
"Kanser ini tidak sembuh. Tidak berkurang."
Hanya itu katanya yang terngiang-ngiang di fikiranku.
Di dalam perjalanan pulang, bapaku bersuara,
"Sakit ni adakalanya datang dari jiwa yang tertekan. Bukan tertekan kerana kerja, namun kerana kerisauan yang berpanjangan. Jiwa yang tidak tenang."
Ya Allah..
Jangan sampai kita melepasi threshold 'bearable pressure' tu, kerana takut kita akhirnya merawat diri dengan painkiller yang salah, yakni escapism. Penyakit kita tidak sembuh, namun kita sekadar bergantung pada 'painkiller' ni sebab takutkan kesakitan tu.
:(
No comments:
Post a Comment