Sunday, July 9, 2017

Taaruf

Bismillahirrahmanirrahim.

9 Julai, setahun yang lalu.

:')





Ramai yang berkata, dugaan bertunang ni berat. Benarlah berat, dan menyakitkan. Lebih lama tempoh satu pertunangan, lebih banyak penyakitnya. Dan buat aku, sebelum tarikh ini sekalipun dah bermacam-macam penyakit yang datang, sedikit demi sedikit memakan kesihatan tubuh dan iman. 

Semoga Allah memberiku kekuatan demi kekuatan. 


Sesetengah orang melalui perjalanan yang mudah dalam menuju pernikahan, dan ada sebahagian yang diuji dengan perjalanan yang berliku-liku. Aku terpilih untuk berada di bahagian yang berliku-liku  yang memberi tekanan demi tekanan.


Jika ditanya bila saat yang paling tepat aku ingin menikah, ikhlas kukatakan bahawa saat itu sudah lama berlalu dan sudah dilupakan. Mungkin sudah tidak penting lagi kerana pernikahan bukan soal keinginan, ianya soal amanah, tanggungjawab dan pengorbanan. 

Mungkin aku belum memiliki kualiti seorang solehah yang sempurna, namun dalam tak malunya aku simpan seorang yang besar sebagai idola. Aku berdoa semoga Allah memberi kekuatan agar aku mampu meneladani walau sedikit T__T dan disayangi seperti Khadijah r.a yang menjadi kesayangan Nabi s.a.w hingga di hujung usianya.


Beliau yang sangat menjaga maruah dirinya,

Tidak pernah terburu-buru dalam memilih pasangan hidup, 

Tidak pernah melihat pada sudut material,


Berada di saat susah dan senang, 


Serta menjadi sumber kekuatan buat suami tercinta S.AW.








Taaruf..

Keadaan yang kita lalui tak akan selamanya sama, ibu bapa dan ahli keluarga juga malah mempunyai banyak sisi-sisi yang mungkin baru diketahui  dan sangat sukar difahami. Begitu juga pasangan kita, dia bukanlah malaikat yang  tidak ada cacat celanya. Justeru fasa  ini seolah-olah medan taaruf yang luar biasa, permulaan yang paling sulit. Mungkin sekadar ujian, ujian peralihan daripada seorang budak menuju dewasa , ujian dalam usaha mengikuti sunnah Rasul s.a.w dan mentaatiNya.


Aku sangat suka dengan tulisan Salim A. Fillah dalam kisah pernikahannya. Dia mentadabbur Al Baqarah ayat 155 mengenai ujian,


“ Macam ujian pertama yang Allah sebut dalam Surat Al Baqarah ayat 155 adalah "Al Khauf", yakni rasa takut, gelisah, khawatir, cemas. Tapi ujian adalah tantangan memaknai, bukan menguji kemampuan. Sebab telah diukur kadarnya, takkan melampaui kesanggupan.”


Ia bukan menguji kemampuan, tapi lebih kepada bagaimana kita memaknai segala perasaan saat diuji, ‘Al Khauf’. Dan bagaimana kita berusaha dan bertawakkal dalam melaluinya. Perasaan ini akan tetap ada, namun tak seharusnya menjadi penghalang untuk kita melepasi ujian-ujian tersebut.


Seperti nak memujuk anak kecil untuk merelakan tangannya dicucuk dan diambil darah, memang susah. Berlari, meronta, menjerit.  Kerana di dalam kepalanya ada berbagai persepsi yang menakutkan. 

Sedangkan kita tahu dia mampu. Kita tahu bila dicucuk, sakitnya cuma sementara, dan tangannya tidak akan cacat kerana dicucuk jarum yang kecil tu. Namun apakan daya, dia sedang berperang dengan perasaan khaufnya.


Seperti aku yang nak pro exam ni, memang begitulah T__T. Takutnya bukan main. Namun Allah dah lama susun semua ni kerana Dia tahu aku mampu. Sama ada aku mampu lulus, atau mampu menanggapi ujian kegagalan. Namun apapun natijahnya, Dia akan mengganjari setiap kesabaran dengan sebaik-baik ganjaran.
.

Berbalik pada kisah tadi, belum habis sebenarnya. 


Maka menjelang akad nikah itu putaran bumi pada paksinya seakan terasa dan matahari bersembunyi di balik retina. Pusing. Gelap. Tapi di depan sana petugas KUA sudah selesai meneliti berkas, memberi mukadimah, dan calon mertua sudah mulai mengulurkan tangan. 

Sejenak dia ragu menyambut salaman, sebab telapak Bapak itu seakan adalah pukulan seribu bayangan.
Tapi dia menguatkan diri dengan berusaha menghadapkan hati pada Ilahi. Dan memejamkan mata.

Dia ingat betul, para kekasih Allah juga memejamkan mata ketika perintah Allah terasa berat bagi mereka. Ibrahim 'Alaihissalam misalnya, ketika diperintahkan menyembelih putra tercinta, dia memejamkan mata sebagai tanda berserah diri pada Allah, berprasangka baik padaNya, dan tetap berjuang untuk taat meski terasa berat.

Maka diapun memejamkan mata sembari berharap akan ada keajaiban ketika nanti semua selesai. Tentu saja dia berharap keajaibannya tak persis sama dengan yang terjadi pada Ibrahim. Mempelai diganti kambing itu tidak lucu.



"Ya Allah, inilah aku hambaMu berusaha mentaatiMu dan mengikuti sunnah RasulMu, maka tolonglah dia mengatasi segala kelemahannya."



Dan benar, ketika dia membuka mata, hujan mulai turun, rintik gerimis rinai-rinai syahdu. Maka puisi hati berikutnya tertutur ketika pertama kali tangannya dicium sang istri dan hidungnya disentuhkan ke ubun-ubun berkerudung putih itu."





"Betapa sedihnya, langit yang kehilangan sesosok bidadari. Ia titikkan airmata, karena yang tercantik turun ke bumi. Inilah dia si jelita, mendampingiku di sisi." -Salim A. Fillah








2 comments:

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...