Bismillahirrahmanirrahim...
Semalam bulatan gembira tergendala lagi, buat entah keberapa kalinya.
Menunggu daripada 9.30 malam hingga hampir jam 11, dan akhirnya kecewa. Hampir setiap kali masalahnya tetap sama. Seolah tiada penyelesaian.
Akhawat mengingatkan,
"Mungkin kita kurang berdoa. Kita kurang berdoa agar usrah kita berjalan lancar. "
"Kita banyak melihat pada faktor-faktor teknikal seperti masa, jadual, kemudahan internet dan sebagainya, tetapi lupa meminta padaNya agar dipermudahkan pelaksanaannya."
............................
T_________T |
Suatu masa dulu saya pernah mendapatkan usrah yang 'ideal'.
:)
Saya masih ingat waktu2 itu di mana saya sangat bersemangat untuk menghadiri bulatan gembira. Tidak sabar menanti kedatangan murobbi, perasaan rindu untuk menatap wajah beliau dan ahli usrah yang lain. Walau hanya untuk menatap wajah. Bila saya ditegur atas suatu kesalahan, saya berlapang dada. Rasa tsiqah pada ahli usrah dan murobbi tidak berkurang, seperti juga perasaan saya yang tidak berubah. Ini berbeza daripada diri saya kebiasaannya.
Itu hampir 2 tahun dahulu.
Itu hampir 2 tahun dahulu.
Kini tiba masa bulatan gembira ini diuji. Masa sangat terbatas, untuk bertemu muka jarang sekali. Untuk satu pertemuan, sentiasa ada sesuatu yang perlu dikorbankan.
Saya cuba belajar melayani kehendak dakwah dan tarbiyyah. Berusaha untuk lebih berlapang dada dan bertoleransi, cuba meletakkan kepentingan usrah itu di hadapan bagi menutup segala kekurangan yang ada. Tidak lagi mahu menuntut yang bukan-bukan daripada murobbi, kerana mula merasakan diri mementingkan diri. Belajar memahami dan berlapang dada.
Dan mungkin saja usaha ini berjaya, walau tidak merasai hubungan perasaan yang sama.
Saya cuba belajar melayani kehendak dakwah dan tarbiyyah. Berusaha untuk lebih berlapang dada dan bertoleransi, cuba meletakkan kepentingan usrah itu di hadapan bagi menutup segala kekurangan yang ada. Tidak lagi mahu menuntut yang bukan-bukan daripada murobbi, kerana mula merasakan diri mementingkan diri. Belajar memahami dan berlapang dada.
Dan mungkin saja usaha ini berjaya, walau tidak merasai hubungan perasaan yang sama.
Saya kembali teringat pesanan bekas murobbi di Malaysia..
"Seboleh-bolehnya kita semua mahu agar seideal mungkin menjaga tarbiyah sesama kita... namun hakikatnya realiti kehidupan tak selalunya ideal..Atas dasar
syura & ijtihad kita berharap agar Allah jualah sandaran &
harapan agar semuanya berjalan dengan baik..
...berada
dalam usrah adalah satu hubungan atas dasar ketelusan sesama naqibah
dan jua adik beradik usrah yang lain. kita saling melengkapi...bukan
hanya dikumpulkan mengikut kualiti dan tahap-tahap tertentu... kita
harusnya meletakkan rasa percaya yang tinggi dalam usrah kerana hanya
dengan itu usrah yang kita hadiri memberi rasa perasaan yg mendalam...sudahkah kita memberi hak itu?? "
Bagaimana mungkin ianya tidak ideal bila Dia yang menyusunnya. Ideal bukan hanya pada keadaan, boleh jadi ideal itu merupakan ujian yang sempurna buat diri.
Istighfarlah wahai hati..!