Tuesday, December 10, 2013

Besarkan Hati.

Bismillahirrahmanirrahim..




:'(

Tadi, sebelum isya' mereka berkumpul sekali lagi untuk menyambung usrah yang terhenti ba'da subuh pagi tadi. Ketika sedang berqodoya ringkas, entah kenapa dia rasa dirinya terlalu 'bawah'.. (baca: Down). T_____T

Curahan hati di dalam usrah jarang terlepas daripada terdengar luahan,

"Minggu ini mutabaah saya sangat minimal, sobs.."
"Sedikitnya qiamullail yang telah berjaya dilakukan dalam satu minggu.. :'("
"Banyak sangat perkara yang dirisaukan,.. Study yang minimal, tidak all out dalam banyak perkara.."

T______T

Dia terkenang-kenang satu masa dahulu,

Dulu, untuk bangun qiamullail tidaklah terlalu sulit. Untuk duduk lebih lama di atas tikar sejadah itu tidak perlu mujahadah sebesar bukit.

Ini bukan kerana terdapat masa terluang yang menyantaikan, tetapi kerana 'dia' pada ketika itu benar-benar merasakan kemanisan ibadah dan cinta pada ketaatan. Kerana banyaknya ujian, 'dia' lebih sabar dan teguh. Bila ada masalah, dia mencari Allah untuk diadukan. Dan bila dia perlu sokongan, dia rasa aman dan lapang tatkala bersama akhwat.

Melihat kelemahan yang kian ketara, dia cuba bermuhasabah. Apakah terdapat satu beban, atau bagaimanakah. (?)


Weak.weak.weak.

Di dalam qodoya, kadang-kadang dia takut untuk menyebut perkataan 'futur'.. Kerana susah nak memahamkan mereka, kefuturan jenis apa yang sedang dia rasakan. 

Jika dari luaran, seorang dai'e itu mungkin tidak statik, dia terlalu sibuk mengerjakan semua amanah dan tanggungjawabnya. Dia mengisi liqo usrah, menghadiri syuro, juga dauroh. Tetapi jika diperhatikan dengan teliti, banyak sekali kecacatan yang tak bisa ditutupi.

Semakin banyak percakapannya sia-sia. Semakin kurang helaian tilawahnya. Semakin meriah ikhtilatnya, semakin kurang qiamullailnya. 

Semakin kering dan berhabuk hatinya. Tidak lagi basah ruhiyyahnya.

Juga semakin sensitif hatinya pada perkara kecil, mudah tersinggung dan berkecil hati. Sulit memaafkan kekhilafan.

T_______T

Pada minggu yang lalu dia sangat berkecil hati apabila murobbiyyah 'terlupa' akan janji usrah. Sudahlah terlupa, diberinya pula tugasan. Terasa sedikit sebal di dalam hati. Ah, ini cerita seminggu yang lalu.

Di hari yang lainnya pula dia tidak tidur semalaman ditambah kerahan esok harinya kerana mengerjakan program universiti, maka dengan berat hati dia meminta izin untuk menangguhkan liqo pada sebelah malamnya kerana badan dan mata sudah tidak tertahan lagi. 

Sayang sekali jawapan  murobbi terasa 'tidak kena' dan mengguris hati.

Hari ini pula mereka satu usrah telah membuat janji untuk keluar makan bersama dan berusrah. Ditahan rasa lapar kerana fikirnya sudah membuat janji, tapi akhirnya kecewa kerana mereka yang lain sudah makan dulu, lantas  dibatalkan saja untuk makan bersama. Sudah tahu ada janji, mengapa tidak bersungguh menepati.

Dia yang kini sensitif berkecil hati lagi.

Sungguh, 'dia' tidak suka perasaan ini, tetapi sulit sekali memilih untuk meletakkan 'rasa' yang sepatutnya di dalam hati.  T______T 

Dipujuknya hati, cuba berlapang dada dan mengkoreksi di mana letaknya sabar dalam diri. Kemudian di saat dia menghadiri syuro bersama adik-adik yang qowiyy, dia sedar bahawa adik-adik ternyata lebih tabah dan sabar. Lebih qowiyy dan siap siaga, kerana mereka tahu Allah sedang memerhati :'(




Bulan ini dan yang kehadapan akan lebih sulit pastinya. Jika tidak tabah dan berbesar hati, bagaimana mungkin bisa menghirup tarbiyyah ini..? Enti, tenteramkanlah hati, insyaAllah:')


"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteran."
(Ar-Ra'd: 28)





 



Saturday, November 30, 2013

Pelembut hati :')

Bismillahirrahmanirrahim..






Antara perkara yang saya kagum akan ad deen ini, ialah bagaimana ianya melentur hati dan jiwa manusia :')

Melentur segarang-garang Umar untuk menangis,
Menundukkan insan seangkuh Abu sufyan untuk berendah hati,
Melembutkan peribadi sekasar Abu Dzar Al Ghifari.

Salah seorang adik di dalam halaqah saya pernah mengadu bahawa dia mempunyai satu kelemahan, hingga sering menyakiti insan-insan yang dekat dengannya secara tidak sengaja.

Dia tidak jahat, suka mendengki, atau membenci. Tetapi ramai insan terluka hanya kerana sifat tegas dan garang yang ada pada dirinya. Antara sedar atau tidak.

Seorang lagi adik yang saya kenal rapat juga pernah mengaku bahawa dirinya bersifat keras kepala. Saya juga tahu bahawa pendiriannya yang keras sering menimbulkan keresahan akhawat yang lain. Memanaskan suasana syuro, menguji kesabaran murobbiyyah.

Bila diminta nasihat, saya tidak menyalahkan mereka. Cuma satu saja yang selalu saya pesan. Untuk mereka dan diri sendiri.


"Saidina Umar r.a juga keras kepala, Abu Dzar r.a juga malah lebih kasar.
Tapi, di dalam setiap personaliti, kena cuba islamkan sifat dan sikap kita..
Supaya semua benda jadi kerana Allah.
Marah, benci, rindu.
Hingga semua bisa terkawal dengan landasan IMAN."





Sejak berada di kolej, saya pernah membawa beberapa halaqah yang terdiri daripada bermacam ragam mad'u. Dan di dalamnya banyak sekali perkara yang saya belajar, juga menjadi bekal didikan dan teguran buat diri. 

Sungguh,  personaliti manusia itu terlalu pelbagai. 

Ada yang berhati tisu, dicarik sedikit terus koyak. Ada yang terlalu tabah dan berdikari hingga tidak suka campur tangan orang lain di dalam urusan hidupnya. Ada juga yang kepalanya sekeras batu, dihempas tidak pecah2 tetapi bila dititis air setiap hari, berlekuk jua. Malah saya akui saya sendiri mempunyai sifat-sifat tegar yang selalu merunsingkan murobbiyyah dan akhawat, yang masih cuba saya lenturkan.

Jika dulu, sifat dan personaliti mad'u selalu menjadi masalah besar bagi saya. Adik ni susah sikit, keras kepala. Adik ni terlalu pendiam, terlalu peramah, terlalu suka study, suka bersendiri dan macam-macam lagi. Malah adakalanya saya pernah membuat diagnosis yang lebih 'advance' seperti adik ini bersifat narcissistic, psychosomatic, OCD (obsessive compulsive disorder) dan entah apa lagi.

-_______-'

Hingga sampai satu tahap, saya mula sedar bahawa saya harus "kurang" meletakkan personaliti sebagai masalah yang major. Untuk memahami dan sensitif dengan sifat mad'u itu penting, tapi jangan sampai ianya membataskan diri kita untuk 'menyentuhnya', malah semakin kita tafahum, seharusnya kita makin tahu bagaimana cara yang paling sesuai dan munasabah untuk mendekati mad'u tersebut.

Islam tidak semestinya merubah sifat peribadi manusia, tetapi yang penting ialah untuk meng'islam'kan sifat yang sedia ada tersebut.

Saya tak pasti kenapa saya tergerak untuk menulis berkenaan ini, mungkin kerana peristiwa yang berlaku pada hari ini banyak membuat saya berfikir dan muhasabah diri.

Benar kata Dr. Nida, banyak perkara yang bisa kami pelajari atas apa yang berlaku pada hari ini. 

"Yang baik dibawa pulang, yang enggak ditinggalkan saja di sini"
  

Pertama kali saya dimarahi dengan keras di hadapan teman-teman tutorial oleh seorang professor, hingga setiap butir kata-kata beliau masih terngiang-ngiang di dalam kepala, benar-benar menggores perasaan. Setiap kali saya teringat, sulit sekali mahu menahan air mata. Ah, hati tisu. 

Saya tidak terusik dengan ugutan surat laporan ke dekan universiti dan seumpamanya, kerana saya yakin siapa yang paling berkuasa, juga yang menahan dan memberi rezeki.

Cuma mungkin, "hati tisu" ini saja yang trauma.

Betapa kata-kata manusia adakalanya terlalu keras hingga meninggalkan bekas di dalam hati. Astaghfirullah.

Di sini bukan saja harus belajar untuk tafahum dan tanassuh (menasihati) seperti kata seorang teman, tetapi saya kira juga belajar untuk merendah hati memohon kemaafan dan belajar untuk memaafkan di saat yang paling sulit...









Allahu musta'an..






Wednesday, June 5, 2013

Of S.O.C.A ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, alaa kulli hal, alhamdulillah.

Terasa lega sangat SOCA (student oral case analysis) bagi system Dermatomuscular dan Hematoimmunology sudah berakhir. Banyak sangat Allah bantu dan permudahkan, alhamdulillah :)

Sudah dua hari saya dihinggapi flu yang teruk + demam yang naik turun, hingga pernah terlintas di hati saya mahu MC saja di hari peperiksaan soca tadi. Beratnya mahu bangun Allah saja yang tahu. Hingga bila dipanggil untuk ke bilik persediaan, saya seperti mamai dan berfikir sendiri, sudah mahu examkah aku sekarang..? 

haha  -____-'

Tapi bila buka saja kertas soalan, terasa seperti disuntik hormon gembira. Segar jadinya. Sebenarnya saya sikit pun tak jangka mendapat case Phlegmone (Angina Von Ludwig), kerana seingat saya doktor tutorial pernah bilang,

"Ngak mungkinlah keluar case ini, terlalu panjang dan rumit"

Nah, keluar juga rupanya. Saya menghabiskan sebahagian besar masa di bilik persediaan semata-mata untuk case review dan pathophysiology yang panjang tanpa sempat menyiapkan basic science secukupnya. Dental caries, diikuti phlegmone, dan saya tambahkan juga jalan cerita tetanus kerana patient 'positive for trismus' walaupun saya kurang yakin.  Patient ini tidak punya risk factor untuk tetanus seperti di dalam case tutorial, makanya... Mungkin saya kurang ilmu berkenaan 'trismus' itu sendiri sebenarnya.

Kerana tak terlalu menumpukan perhatian pada case ni, saya tak ingat dengan detail, tetapi cukup untuk berasa lega kerana saya ketua untuk case ini di tutorial dan sudah entah berapa puluh kali saya mengulang explain pada teman-teman berkenaan pathophysiology disease ini. Basic science pula sudah tercover bila saya siapkan draf untuk case ini, alhamdulillah. Asbab belaka kan, sebenarnya kalau Allah nak bagi, apa pun boleh jadi penyebabnya. Subhanallah.

Indeed, S.O.C.A is not merely about examination, but its about Sincerity, Obligation and Craving to Allah ~ :')

Pulang saja ke kamar, saya langsung solat, sujud syukur dan sudah berniat mahu merebahkan diri. Flu saya belum terubat, malah makin memberat. Baru beberapa minit, dengar pintu rumah diketuk. Muncul di depan pintu seorang sahabat, menangis. 

Langsung berputar di fikiran saya penyebab yang paling mungkin, 'SOCA'. Terasa sayu di hati. Ini bukan kali pertama dia diuji dengan benda ni. 






Jujur saya katakan, bagi seorang pelajar, exam ialah salah satu medan ujian. Tarbiyyah yang Allah susun itu ialah satu rahsia khusus buat setiap hamba-hambaNya. Engkau sukses  bukan kerana engkau pandai dan rajin, malah rajinmu itu juga kudrat dan semangat yang Allah titipkan. Begitu juga dengan kegagalan. Belum masanya bukan bermakna engkau tidak pandai dan berusaha, pasti ada sesuatu tarbiyyah yang Dia mahu titipkan.

Kerana itu,

"Jangan putus asa."

Kuatkan hati, insyaAllah.

Walaupun bercakap itu nampak senang, jauh di sudut hati saya faham bagaimana rasanya, kerana saya juga pernah melalui situasi yang sama. 

Dulu di pengajian A level, hanya tiga orang saja pelajar MARA batch saya yang tidak berjaya mendapat minimal point 13 seperti yang dikehendaki pihak penaja. Dan salah seorangnya ialah saya. 12 point yang saya dapat sudah cukup menyulitkan. Saya terpaksa membuat surat rayuan  pada mara walaupun pihak universiti telah menawarkan tempat tanpa mengambil pusing result final A level saya.

Namun dalam ujian ini Allah mengajarkan saya satu hikmah, iaitu untuk tetap bersangka yang baik padaNya hingga Dia membuka jalan yang terbaik dan lebih baik. 


' Aku tidak tahu adakah ini rahmat atau musibah, namun aku bersangka baik padaNya. '













Tuesday, March 5, 2013

Heartbreaking.

Bismillahirrahmanirrahim..

Last week my little sister of ansorullah's has asked me to deliver a mini douroh for those ansorullah who did not yet receive the topic. 

It was the SJ. Sayonara Jahilliyyah.

The sharing was just fine. But yet, during the sharing, I spoke with a tense voice while my heart tightened, and my eyes working hard not to let the tears falling down.

Dealing with jahilliyyah would never be easy. Its heartbreaking.


Indeeed :'


When you mention about the akhlak of jahilliyyah, you remember of how you behave. How many times you lost the grip of temper that separate you apart from patience.

When you mention about the fact of not knowing Allah, not knowing islam, you'll remember of how much you have disobeyed Him although you have been thought about islam. And the fact of how much you have preached people to obey Allah, while yourself are being disobedient.

When you mention about tabarruj jahilliyyah, you'll start thinking... which part of yourself has been covered properly. Sometimes we might be able to cover properly in the external, but internally, it is always an uncertainty. Truly I can't be sure whether I have sufficiently hijab my eyes and heart, neither if my manners has been under the limits of how it suppose to.

It was such a heartbreaking when you speak and preach people without done with yourself. It was a heartbreaking when you lose those strength while people are expecting strength from you. It was a complete heartbreaking to think of, because in fact, we are dealing with our faith to Allah.

There is one part of sayonara jahilliyyah that resolve all the doubts. These are the wala' to Allah, Rasulullah and the mukmineen.  Dr. Ali Abdul Halim Mahmud has described the meaning of wala' in three words, which are the Al-Qurb (closeness), Al-Nusrah (helping), and Al-Mahabbah (loving). To deal with jahilliyyah, see how much have you done this and to what extent.





Loving Allah and Rasulullah s.a.w more than everything else, I'm saying it. Sometimes my mother asked me, why can't you just accept one of those men who has come for your heart. You are not getting younger, to have a someone in promise is good at least. When my mother spoke from her heart about this, it broke my heart. As It was'nt because I dont like those men. I am not even choosy. It is just that I'm afraid to lose Him because of him. I am afraid that one day I can't do the biggest sunnah of the prophet s.a.w because I have chose the wrong person.

People might love you for anything that you have, but they might not agree with what you do. I love my mother abundantly but it would never be more than Allah and the prophet s.a.w. I wish she also has those feeling, loving  Allah and the prophet s.a.w  even more than her daughters and sons. 

Missing my mum already :')

p/s: I'm having some hard and sweet moments here lately :) Hard with the bulk of work to do, but sweet when I know  Allah is watching :)

Tuesday, January 8, 2013

S.O.C.A :S

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah. Segala syukur dipanjatkan padaNya. 

Apa yang dikatakan beliau ini ialah yang sering saya sendiri rasakan :') Some people are just gifted to touch hearts indeed :)

"Sometimes we lose hope in turning to God and asking for His help because we feel like we have done too much wrong. And yet think of a child who has just angered his mother and immediately after trips and falls on the stairs. Even if that child had just angered his mother to tears, the moment he falls and cries for help, she runs to him. This is human mercy. And God is infinitely more merciful than a mother is to her child. So, do you think--no matter what you've done--when you're falling and cry out to the *most* merciful...He wouldn't come save you?' 
Yasmin Mogahed


:')


Syukur di atas selesainya peperiksaan SOCA (student oral case analysis) semalam. Lega yang teramat sangat.  

Peperiksaann soca kali ini benar-benar lain. Sungguh. Terasa trauma dan berbekas di hati. Dengan hitungan case terbanyak perlu dipelajari (19 case), ditambah dengan perjalanan hari yang masyaAllah, cuak sangat-sangat. Tidak pernah saya menunggu giliran selama tempoh ini. Daripada pukul 7 pagi saya menunggu, giliran saya muncul kira-kira jam 3 petang dan seperti dijangka, itulah cycle terakhir untuk exam soca pada hari itu. ~  Betapa lapar dan capeknya Tuhan saja yang tahu ~ 

T________T

Kini saya bercerita mengenai persediaan. 

Persediaan yang saya kira melelahkan, tetapi masih belum maksimal. Sungguhlah bahawa Allah mahu tunjuk pada saya bahawa persediaan saya bukanlah pengikat natijah peperiksaan saya. Dia memberi natijah dalam satu bungkusan yang berbeza. Hanya kerana Dia mengkehendaki, (masyaAllah).

Setiap kali menjelang soca, saya punya kebiasaan menyiapkan sebanyak mungkin draft dan nota-nota. Saya akan buat awal, supaya sempat untuk segala emergency di saat akhir yang tidak terjangka. Namun untuk soca kali ini,  terasa tak mampu kudrat saya nak menyiapkan semuanya. Draft persediaan saya sangat tidak sempurna. Daripada 19 case, saya hanya menyiapkan 9 daripadanya dan yang bakinya di top up teman-teman yang lain. Alhamdulillah, kawan-kawan saya sangat osem. hehe.

Dan nak katanya, terdapat beberapa case yang saya tidak fokuskan (terutama yang bukan draft notanya dibikin saya sendiri). Sekadar membaca basic sciences dan mencoret nota ringkas. Pokoknya, tanpa benar-benar meneliti case tersebut secara mendalam. Dan itulah dia takdir saya semalam. Saya mendapat case yang diabaikan tersebut. T_______T

Bermulanya saat saya membaca soalan, terasa atmosfera persekitaran berubah mengikut mood saya. Saya tersangat cuak dan takut. Saya tahu basic sciences secara globalnya, tetapi saya tidak tahu detailnya. Saya tahu perjalanan sign and simptomnya, tapi saya tak ingat langsung rangka pathophysiologynya. Dalam cemasnya, saya jadi ingat tak ingat semua benda.

Tangan saya menggeletar, mata saya berair saat menyiapkan flip chart untuk pembentangan. Sungguh. Sejujurnya inilah kali pertama saya menyiapkan flip chart dalam keadaan berantakan emosi. Buat pertama kali juga, saya merangka flow pathophysiology sendiri di dalam 30 minit masa persediaan tersebut.  Hingga saat saya masuk ke ruangan soca, saya tidak konfiden lagi seperti soca2 sebelumnya. Ah,  saya tidak menguasai case ini. Segala-galanya seperti terapung di awangan.


And ya, at that time, its raining :s


Sesaat saya kembali ingat bahawa Allah yang menyusun caturan pada hari ini. InsyaAllah, ini yang terbaik. Sebenarnya Allah memberi untuk melihat bagaimana kita menerima, kemudian Dia akan memerhati, memerhati dan terus mengawasi. Bukannya Dia memberi dan kemudian berlalu pergi seperti manusia yang memberi sedekah pada pengemis di tepi jalan.  

Dan setelah pembentangan yang sangat sederhana isinya itu (sungguh). Saya dipanggil dosen. Banyak komentar, kerana banyak yang kurang. Saya makin bawah (baca: down). 

Kemudian saya dengar dosen cakap,

"you lack many things, but your presentation is quite good actually"

Mendengar ini, saya tahu bahawa dengan izin Allah, dia akan luluskan saya :') Tetapi bila akhir sekali dia menyebutkan markah, saya benar-benar terkejut. Kaget. 

"Your marks is 70%"

70..? Bukan ke tu gred B. Saya termangu sendiri, semoga ini bukan mimpi.

Terkejut mendapat B sebab saya ingatkan memang asal lulus dengan  gred C. Kadang-kadang kita tak faham, namun Allah telah menyusun sebaik-baiknya supaya satu hari nanti, we get the point.

He is the one who decide and provide you, not your bloody efforts. :)

Alhamdulillah..

:)
 

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...