Sunday, August 3, 2014

Of humbleness and swasta worker.

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedikit banner buat kita.



Learn to be humble and do some training so that you wont slack off to egoism when you forgot.


Masih dalam bulan syawal, alhamdulillah:)  Segala puji bagi Allah yang menjadikan syawal setahun hanya sekali. Penat sebenarnya aktiviti-aktiviti makan, berjalan, beropen house,  T.T.

Setiap kali beraya, soalan bila nak menikah sudah terlalu mainstream. Benda ni rahsia. Dia dah menetapkan orang yang paling tepat, di masa yang paling tepat, cuma Allah nak lihat, bagaimana taqwa kita di dalam proses usaha :)

Makanya saya nak share sesuatu yang lain insyaAllah ^^,

Kerana saya belajar bidang kepakaran ibnu sina ni, setiap tahun bila berjumpa mesti akan ditanya,

note: Baca dalam loghat utagha.

"Berapa tahun lagi nak graduate..?"

**bile la budak ni nak habis belajar T.T**

"Pakcik ni hari tu jumpa doktor, kemudian dapat ubat ni, tapi tak jadi apa..."

"Kaki pakcik ni dah makin baik dengan rawatan dari bomoh, lagi berkesan daripada ubat doktor. Ni kira ikhtiar juga kan"

"Macam mana ya, kalau mamu senang sangat rasa penat."

"Ni sebenarnya ok ke kita makan ubat-ubat supplemen etc..?"

"Ni kaki anak mami doktor kata ok je lepas accident. Dah check semua tapi duk tengok jalan tak betui  lagi rupa-rupanya retak ni ha tulangnya."

.....................................................

Sebenarnya semakin banyak belajar, semakin banyak yang kita tak tahu. Semakin rasa diri ni belum pandai lagii.

Kadangkala kita rasa bersalah di antara untuk memberi pandangan atau sengih je kerana sebolehnya tak mahu menghampakan orang tua yang bertanya. Di hospital adakalanya mereka diberi treatment tanpa dijelaskan kenapa, untuk apa, malah ada juga yang tidak dijelaskan dengan baik mengenai penyakit yang sedang dihidapi. Jadi untuk bertanya pada saudara mara itu sebenarnya lumrah.

Bila mereka bercerita dengan anamnesis yang panjang lebar, walaupun mempunyai pandangan sendiri, sebagai pelajar kita tetap berhati-hati dengan setiap apa yang nak dikatakan. Macam mana yakin sekalipun, kita tetap akan bertanya apa working diagnosis yang dinyatakan oleh doktor pesakit tersebut, bukan memandai-mandai melontarkan diagnosis sendiri.

Kerana saya beranggapan, kita baru tahu sedikit mengenai patient tersebut, sedangkan doktor di hospital sudah mengerjakan daripada A-Z langkah-langkah untuk mendapatkan diagnosis. Jadi untuk memikir-mikirkan kemungkinan diagnosis yang sedia ada tu salah mungkin tak perlu.

Jadi, kita lebih banyak mendengar dan mendengar untuk belajar. Dan bila semakin banyak kita mendengar pendapat orang tua yang tak belajar medic sekalipun, kita akan rasa bahawa ilmu kita ni masih cetek sangat-sangat. Mesti ada benda yang kita belum tahu dan faham.

Ada satu lelucon yang biasa saya dengar, panahan petir buat medical students.


" If you are trying to figure out the diagnosis of a symptom from google, you'll end up with having a cancer as a working diagnosis "

Googling tidak salah, namun jangan sampai ianya menjadikan diri malas nak buka buku. Sebab kadangkala bila tahu cuma sedikit kita akan mudah untuk jump into conclusions.

Walaupun setiap penyakit mempunyai tanda-tanda yang khusus dan ada dalam buku, namun adakalanya setiap orang mempunyai tindak balas yang eksklusif terhadap sesuatu penyakit. Kerana boleh jadi satu individu menghidapi penyakit yang berdouble-double.

Misalnya cellulitis. (infection under the skin)

Di dalam dorland's dictionary dikatakan bahawa di antara symptom yang basic ialah typical inflammatory sign.

Rubor (redness)

Color (heat)


Dolor (pain)


Tumor (swelling)


Functio laesa  (loss of function or a disturbance of a function) 


Cellulitis ni menyakitkan. Namun boleh jadi patient tak rasa apa-apa jika dia menghidapi chronic diabetes mellitus. Kakinya boleh bengkak macam belon dan panas sepanas batu tungku sekalipun namun dia tak rasa apa-apa.

Bila tidak belajar atau buka buku, kita rasa macam sudah banyak tahu. Namun hakikatnya kita banyak sangat berangan. Rasa cool seperti Dr. Gregory House, atau hebat seperti Asada Ryutaro, tapi sebenarnya tak haibat pun T.T

**batuk berdarah-darah**

Seperti itu juga dakwah dan tarbiyyah. T_____T


Frustrasi.

Ini sangat realiti.

Ada masanya kita rasa dah banyak sangat kita buat. Hingga sempat berasa selesa. Akhirnya bila buka muntalaq baru nak terasa berdas-das tembakan. Sakit dada. Bila kembali turun ke medan terasa nostalgia nak kata berapa lama dah tinggalkan dakwah dan biah solehah. Mutabaah amal dah lama menjadi 'moderate' dan nak kena tunggu saat bersama-sama akhwat baru nak 'up' semula.

Dulu sebelum fly ke Indonesia, ustaz pernah pesan.

"Antunna kena belajar menjadi seperti pekerja syarikat swasta."

Selalunya bila graduate kita akan target kerja dengan government sebagai pilihan awal kerana hakikatnya itu yang paling mudah dan selesa. Kita akan kurang struggle. Namun swasta worker ni berbeza. Dai'e yang bersifat 'swasta worker' ni tak tipikal.

Seorang swasta worker akan bekerja tanpa disuruh-suruh. Malah tidak perlu disuap-suap untuk ditunjuk ajar kerana dia akan cari cara untuk belajar sendiri. Bila masuk ke satu syarikat dia mula daripada bawah namun mampu melonjak ke atas kerana dia ada kualiti. Medan bekerja secara jama'ie mahupun medan individu, dia akan belajar untuk cope.

Persoalannya, dengan banyaknya kelemahan diri, mampu ke kita nak jadi macam ni..?

Saya belum mampu T____T. 

Tanpa support system yang jitu sebenarnya diri ni lemah sangat-sangat. Bila dicuit dengan masalah sikit dah susah nak fokus. Bila terlupa sikit dah terlajak kembali dengan perangai dulu. 

Kerana itu, kita cuba baca bahan tarbiyyah setiap hari supaya tetap hati dan fikrah tak hanyut ke laut. Nak buat keputusan, walaupun leceh, istisyarah dengan akhwat2 tu diwajibatkan buat diri kerana pendirian dan perasaan kita akan berubah-ubah mengikut tahap keimanan. 

Semoga Allah bantu dan mentsabatkan kita, dengan apa jua cara yang Dia mahu T.T




Oh Allah,

I'm looking for heaven
But I found the devil in me.

In me :'(











4 comments:

  1. salam athina. soalan2 takkan habis. dari yang peribadi sampai lah kepada consultation gratis tentang penyakit hihi

    alhamdulillah soalan macam yg terlalu peribadi dah surut dah. sebab tak balk raya. hihi

    all the best bekerja di semenanjung dan selamat mencari ilmu di universitas kehidupan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam, kak yana :)

      Rasa sayu baca entri akak baru2 ni.

      Bila orang kata bfg ni ialah pulang ke medan sebenar, dulu blur2 lagi, now i get it... T.T.

      Rindu kak yana **hugs** :)

      Delete

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...