Sunset : Sg Petani |
Sepanjang hidup, ada beberapa tempat yang benar-benar mendapat tempat di hati.
Kedah
Bandung
Melaka
Dan setiap satunya, ada benda dan sebab kenapa ianya istimewa. Boleh jadi kenangan, ataupun sesuatu yang ada di sana.
Di Kedah terletaknya rumah. Yang sebenar-benar rumah. Selain di kolej, hanya di rumah ini aku punya ruangan sendiri, tempat bekerja dan ruang rehat peribadi. Berbeza dengan Melaka, perasaannya beza.
Bandung hanya ada kenangan..
Melaka juga ada kenangan.. dan keberadaan orang yang kita sayangi..
:'
**************************************************
Kadang-kadang aku terfikir, jika segala asbab ini hilang, rumah runtuh, hilang ingatan, adakah tempat-tempat ni masih istimewa di hati kita..?
Begitu juga bidang perubatan, yang asalnya sungguh istimewa di hati..
Sekarang ni, di saat munculnya berbagai penyakit, hal perubatan selalu jadi topik perbualan. Namun semakin lama, aku makin malas untuk mendengar. Kita hidup di zaman teknologi di mana semua orang mempunyai akses internet dan sekaligus menjadikan mereka pakar perubatan segera. Hingga doktor-doktor dikatakan dungu dan diperlekehkan..
Ada juga golongan yang bercerita mengenai pemakanan sunnah dan mengutuk doktor yang memberi ubat-ubatan. Mengaku bahawa cara mereka lebih islami seolah-olah semua doktor ialah sekular dan lebih teruk lagi dikatakan boneka yahudi. Mereka tidak tabayyun sedangkan doktor juga ramai yang mempercayai pemakanan sunnah.
Dan yang epiknya, bapaku sendiri pernah berkata bahawa jika ditakdirkan dirinya jatuh sakit, dia tak mahu dirawat di hospital.
Frust. T.T
Sampaikan aku yang sudah hampir 5 tahun belajar terasa betapa bodohnya aku kerana memilih bidang ini, dan bersusah payah kerananya.
Betapa naifnya.
Lebih baiklah doktor-doktor di Malaysia ni dihantar saja ke Syria dan Gaza sana. Sekurang-kurangnya mereka boleh menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesakitan bagi mereka yang benar-benar memerlukan.
T.T |
Dan kalau diikutkan, sebenarnya tak banyak sebab untuk orang suka buat medic ni. Aku perlukan sedikit motivasi. Hu.
Nak bantu orang ? Pesakit dah tak mahu dibantu.
Kerja stabil ? Doktor sekarang banyak yang menganggur.
Kerjanya hebat ? Manusia mana yang suka kerja berbelas-belas jam, dengan darah, penyakit dan segala kotoran.
Minat ? Bila dah penat kita tak peduli lagi.
Yang sebenarnya, perasaan kita berubah-ubah kerana semua alasan ni sifatnya berubah dan tidak kekal :(
Seperti manusia. Rupa, status, harta. Benda-benda ni menarik perhatian, namun ianya bersifat sementara. Akhirnya yang kita mahukan hanyalah satu sosok yang menenangkan hati.. Sebaliknya bila disandarkan pada benda yang sementara, kita akan mudah hilang cinta dan obsesi tu bila sedar bahawa nikmatnya cuma sekejap.
Ada sekali tu waktu usrah, makcik menasihati kami akan sesuatu yang bermakna,
" Try to train yourself to be a minimalist. "
Because sometimes without realizing it, we are taking and expecting more than what we actually need. Kerana itu kita kecewa dan tidak pernah merasa puas..
Minimalist ni, ialah bila kita tak tamak dan hanya ambil apa yang kita benar-benar perlukan. Dan dalam konteks ni, yang kita perlu hanya redha Allah dan amal yang diterima.
Pesan makcik lagi,
"Seorang mukmin yang memiliki kekuatan dalaman yang mantap tidak memerlukan eksternal factors untuk merasa bahagia.
Cukuplah dengan imannya.
Not expecting good things to happen to feel good.
Not expecting gifts/praises to feel appreciated.
Untuk bahagia jangan tunggu benda baik jadi. Grad, kahwin, dapat kerja best etc. Sebab unfortunately manusia yang bersandar pada keinginan2 ni semata-mata sebenarnya berjiwa lemah, kerana dia expect dunia yang memberi bahagia.
While dunia ni cuma ujian."
T.T
Jadi, selagi ianya sesuatu yang kita masih mampu dan perlu, mari belajar untuk ikhlas.
And reduce our expectations from human. Kerana manusia adakalanya lupa berterima kasih pada Tuhannya, apatah lagi sesama manusia..
Expect only from Allah.
He will grant you, until you satisfied. (93:5)
No comments:
Post a Comment