Sunday, March 13, 2016

Imperfections.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam kekalutan, akhirnya sempat berjumpa kak Zatel sebelum dia mula posting di Perak, alhamdulillah.

I believe Allah has made His plan. Perkenalan dengan kak zatel cuma sekejap, tak sampai pun dua tahun. But we manage to create some memories together :')



:')


Pernah terjumpa dia menangis dalam surau hospital sebab posting peads, hampir-hampir nak give up with housemanship.

Saya pujuk dia, sebab tinggal sikit je lagi. 

She told me, every person have their own experiences with various level of difficulties. And the bearable pressure is also different. As for her, she has her own experiences and pain.


Ada orang rasa HO-ship ni senang, ada yang struggle, ada juga yang deppressed. You just have to know what is your bearable pressure and sustained yourself under it. If you need help, then seek for help. 

You always think that you dont have choice. Terpaksa jadi doktorlah, terpaksa jadi itu dan ini. But no, we always have a choice. If you need to be a doctor, then be one. 

Cuma jangan sampai terkorban.

Kadang-kadang kita lupa, ramai lagi yang sayangkan kita dan boleh terima walaupun kita tak sempurna. But we are too anxious and nervous with our flaws.

hu 


hujan

Ada kenangan yang manis juga :')

Pernah ke mukhayyam bersama,

Mendaki broga bersama,

Pernah juga jadi peneman waktu dia nak uruskan hal pertunangan dengan pasangan.

Hingga akhirnya meraikan hari bahagia dia di walimah <3

..........................................


Macam kata murobbi, orang yang attach dengan kita, hingga rasa sayang dalam hati ni ialah bila kita lalui banyak pengalaman, susah dan senang bersama. 

Dan dalam banyaknya flaws, we accept each other for who we are.

Benda ni tak boleh dapat dalam kuliah yang skema, atau usrah yang skema. Atau dalam usrah yang perfect segala macam teknikalnya. Kadang-kadang kita perlukan imperfections tu supaya boleh saling melengkapkan.


Dalam halaqah kami ada bermacam background manusia,

Ada accountant, engineer, doctors, houseman, translator, cikgu, student etc.

Kadang-kadang yang houseman datang usrah tidur je.

Yang ada anak kecik berkejaran je.

Kalau diikutkan nilah antara halaqah yang paling cacamarba dalam dunia. huhu

Tapi lama-lama taaruf, tafahum, takaful, taa'wun tu boleh berlaku juga, dengan izin Allah. Hanya bila kita buka hati dan berlapang dada dengan segala kekurangan.







Dan semua ni kita tak akan achieve jika hanya menadah tangan untuk menerima. Adakalanya kita harus memberi. Bercakap mengenai tuntutan ukhuwah tu senang tapi tak semua mampu buat.

Menolong di saat dia benar-benar memerlukan.

Memahami dan bersangka baik,

Saling cover dan topup kelemahan masing2.


Ada kata-kata terakhir kak zatel yang terkesan di hati,

"If you always want ideality in something, you might end up losing it."

Kalau kita sentiasa nak sesuatu berlaku ikut kehendak hati kita, berada dengan manusia2 yang sempurna, sistem yang sempurna, keperluan yang sentiasa cukup, masa yang tepat, we might just lose it.

If only we know the need of being fleksible.. Kerana kadang-kadang kita tak sedar, bila mana rigidnya kita pada satu prinsip, ianya menyakiti orang lain..




" Meski yang menghubungkanku dengan seseorang
hanyalah selembar benang, akan ku jaga.
Jika dia ulurkan, akan kukencangkan.
Jika dia kencangkan, akan kukendurkan."

-Muawiyah ibn Abi Sufyan-
(Dalam Dakapan Ukhuwah: S.A Fillah)


















No comments:

Post a Comment

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...