Thursday, June 23, 2016

a tap on the shoulder

Bismillahirrahmanirrahim..

Kira-kira 3 bulan lagi, sebelum memasuki final year.

Final year yang medical student sangat takut dan ditakutkan. Pensyarah selalu pesan, bila dah tahun akhir, kamu tak boleh berlagak sebagai budak mentah lagi. Kena bersikap seperti seorang doktor yang sebenar.


Bertanggungjawab terhadap pesakit,

Ambil tahu apa yang berlaku, follow progress patient properly.

Ambil history dah tak boleh compang-camping macam dulu.

Present case, examine, examine, and examine patients.


Mengenali karakter final year student bukan benda asing sebenarnya. Sudah dua tahun berturut-turut menjadi naqibah untuk final year. Boleh dikatakan, mereka ni ibarat chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada. Tapi yang takda tu lebih kerap. 


Asyik oncall, outstation, banyak task etc.


Usrah pun kalau boleh biar simple and concise. Kadang-kadang ambil masa lunch hour saja, tu pun dah cukup bagus. Kemudian, dah namanya final year, bab study mereka power. First time pegang mereka, waktu tu saya baru 3rd year. Budak 3rd year ni, bab belajar tak payah cakap, memang cengeng sikit. Kena marah sikit, nangis. Lepas tu tak pandai macam mana nak study. Blurr memanjang.

Jadi dalam usrah, kadang-kadang kita curahat bab study, mereka yang pujuk. huhu. Apa punya naqibah.


But then we learn to give and take,


Saya share pada mereka tentang islam, mereka juga ajar saya tentang islam, ditambah dengan macam mana nak survive in and out dalam klinikal.

Walaupun susah nak kumpul dan sebagainya, group yang ni special. Sebab dalam group ni eventhough kena jadi naqibah, tapi saya ada banyak kakak. I dont want to be kakak, I need kakak. hu. 


Perhatian. 






Simply said, sebenarnya ada masa kita inginkan perhatian dan and someone who is ready to listen attentively. 


.......................................

Di dalam kelas bersama anak-anak Rohingya tempoh hari, ada masa saya rasa macam nak give up mengajar. Terlalu bising dan nakal tak reti duduk diam. Waktu sesi mengajar doa-doa harian, kami pecahkan mereka dalam group seramai kira-kira 7-8 orang. Tapi budak-budak ni tak mahu bekerjasama dan banyak main. Belum cerita part nak leraikan mereka yang gaduh dan saling pukul memukul lagi. Akhirnya bila dah penat saya duduk dan diam sekejap.

Waktu tengah frust itulah salah sorang budak yang nakal tadi tu datang duduk sebelah, 


"kakak, dengar saya baca doa ni."


Kemudian dia suruh saya ajar mana yang dia tak tahu. Sampai habis. Bila dah selesai, datang budak yang lain pula, buat benda yang sama. Akhirnya boleh pun mengajar mereka, cuma kena pergi one by one.

Waktu sesi mewarna pula, bila disuruh ada yang malas-malas. Tapi bila kita duduk sebelah, tolong pilih warna, tolong kalerkan sikit-sikit, terus laju je dan bersemangat nak buat.

Then baru terfikir, sebenarnya mereka ni bukanlah rebellious sangat. Sekadar mahukan sokongan dan perhatian. They need a tap on their shoulder to keep them going. 







**tepuk bahu sendiri**

Kalau pun dah tiada manusia, Allah ada. He is the most attentive listener. Kadang-kadang kita minta sesuatu dengan sangat pada Allah. And when He grant it, we can feel how Allah give us the 'tap on the shoulder'. 


Happy.

Keep going, keep going, I already give you this. And remember Me. I will give you more.


But then we forget until He stop giving.
Supaya kita kembali semula pada Dia, sebab Dia sayang.


Adakalanya pula, Dia beri apa yang kita minta, tapi tak perfect.
Supaya kita ingat, bahawa semua selain Dia tidak sempurna.
Agar kita tidak memuja makhluk, benda dan dunia.


Thus jangan jadi budak-budak, yang akan tunjuk 'tantrums' bila tak dapat apa yang diinginkan. Lagi banyak kita redha, lebih kurang sesak di dada.


**I'm saying this to myself, sigh**

:'




“How wonderful is the affair of the believer, for his affairs are all good, and this applies to no one but the believer. If something good happens to him, he is thankful for it and that is good for him. If something bad happens to him, he bears it with patience and that is good for him.” 
(Narrated by Muslim, 2999).









No comments:

Post a Comment

Ups and downs.

Semalam ialah hari ke 4 posting emed (Emergency medicine). Jujur bermula dari hari pertama, aku agak clueless setiap kali masuk ke ED. T...