Saturday, July 5, 2014

Twinning Programme UKM-UNPAD.

Bismillahirrahmanirrahim..

Tarik nafas panjang-panjang, semoga Allah redha dengan karangan kali ni. 

Sebenarnya saya tidak pernah merancang untuk menulis mengenai ini kerana takut impression yang diberikan tu tidak tepat seperti yang sepatutnya, atau 'indah khabar dari rupa'. Namun kerana ramai yang ingin tahu, maka saya cuba coret-coret seadanya dengan disclaimer keras bahawa ini sekadar satu pengalaman, dan pandangan dari sudut pandang saya, sebagai seorang mahasiswi yang mengikuti Twinning Programme UKM-UNPAD. Mungkin orang lain mempunyai sudut pandang yang berbeza, allahualam :)

Kerana intake bagi kemasukan pelajar twinning ni masih berlangsung, jadi paling tidak akan ada yang nak tahu, malah ramai yang pm untuk bertanya-tanya soalan. 

"Twinning programme ni BAGUS ke?"

"Apa KELEBIHANNYA  berbanding buat medicine di Malaysia?"

" Ok tak sebenarnya belajar di Indonesia tu?"

"Macam mana environment study, facilities, lecturers, etc?"

Ada juga yang bertanya pendapat adakah wajar untuk menerima tawaran program ini sekaligus menolak pilihan yang lain dan sebagainya. Ingin sekali saya memberi jawapan terbaik namun tak mampu rasanya nak memberi 'pemberat' kepada mana-mana pilihan, afwan jiddan.
........................................


Ok, sebagai mukaddimah. Yang di tengah gambar, bertudung biru ialah penyelaras tahunan kami, Dr.Tina. Selamat berkenalan :)

Senior tahun ke 3

Baiklah, pertamanya saya akan menjelaskan sedikit-sebanyak benda-benda yang 'teknikal' :)

Secara mudahnya, Twinning programme ni sebenarnya ialah kerjasama antara fakulti perubatan UKM dengan fakultas kedokteran di UNPAD. Seperti yang pernah dijelaskan oleh lecturers di UKM sendiri, di antara tujuan kerjasama ini ialah untuk menampung kemasukan pelajar ke fakulti perubatan di UKM tu sendiri. Secara ringkas dan mudah fahamnya, saya memetik kata-kata salah seorang orang besar di PPUKM sendiri ketika mereka melawat kami di Bandung tidak lama dahulu.



"If you are not studying medicine in this programme, you might be doing other courses or taking medicine in other universities. Because in UKM the spaces for  medicine course is limited."



Dan kerana tempoh pre-clinical di UNPAD berlangsung selama tempoh 3 tahun, pelajar twinning akan ambil medical degree dengan tempoh total sebanyak 6 tahun, iaitu extra satu tahun berbanding pelajar perubatan di UKM kerana di UKM, tempoh pre-clinical cuma 2 tahun.

Namun pelajar twinning tetap akan dapat sijil ijazah MD dari UKM kerana sebenarnya kita ialah mahasiswi/wa perubatan UKM, with the recognition as a twinning programme UKM-UNPAD student.

Berdasarkan feedback daripada lecturers UKM yang melakukan evaluasi di UNPAD, umumnya pelajar di UKM dan UNPAD mempelajari benda yang sama. Teori basis medicine tu tetap akan sama, apa-apapun kita semua belajar dari textbook. Cumanya yang membezakan setiap universiti itu selalunya ialah pendekatan, sistem, cara pembelajaran, dominant aspects, sistem peperiksaan, etc. Semuanya tergantung pada polisi fakulti universiti masing-masing dan kelebihan-kelebihan atau kekurangan-kekurangan yang ada.

Misalnya, di UKM pembelajaran dilakukan dalam sistem module. Jika mahu tahu dengan lebih lanjut mungkin boleh google atau tanya mereka yang belajar di UKM. Saya kurang tahu. 

Kalau UNPAD boleh saya karangkan insyaAllah.



Di dalam skills lab


Di UNPAD, pembelajaran lebih cenderung mengikut body system, dengan cara problem based learning. Kita banyak belajar melalui case analysis, lab activity, lectures dan skills lab.

Di dalam problem based learning, sebenarnya kita dijangka untuk all out dalam self study in basic sciences, kerana kebanyakan lectures yang diberi lebih menjurus pada clinical aspects seperti differential diagnosis, treatment & management, medical examinations dan sebagainya. Jadi, banyak nota kita buat sendiri, baca sendiri, dan pahatkan dalam learning issues untuk tutorial discussions. 

Jadi, pelajar twinning memang terbiasa membeli dan membaca (insyaAllah :S) buku-buku yang tebal. Dan buku kami saaangatlah banyak boleh buat library. Cuma penyerapan ke dalam otak tu subjektif dan berbeza-beza mengikut tahap kerajinan seseorang, huhu.

Keadaan ini mungkin berbeza sikit dengan cara di UKM, di sana mereka ada modul-modul yang komprehensif dan mendapat lectures untuk bahan-bahan basic sciences dengan lebih mendalam hinggakan kebanyakan rakan-rakan saya di UKM mengatakan,



"Kami tak baca buku-buku yang tebal macam korang ni weyh T.T. Semua dah ada di dalam slide lectures." 


This is a beautifull diversity that allow us to complete each other later insyaAllah :P


Kemudian bahasa. 

Di UNPAD, kerana pelajar twinning kini dicampurkan bersama pelajar tempatan, kena adapt dengan bahasa Indonesia jika nak faham lectures. Namun dalam diskusi, buat kebaikan diri sangatlah digalakkan untuk discuss in english. Kerana sewaktu clinical years nanti di UKM, kita akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lecturers di sana. Jangan diikutkan perangai senior yang suka discuss dalam bahasa Malaysia. Tidak berdosa tapi kurang membantu diri buat kebaikan jangka masa panjang, huhu. 

Exams.

Di sini, terdapat beberapa bentuk peperiksaan. Oral case analysis (SOCA), multiple choice questions, dan clinical skills examinations. Di UKM mungkin beza sikit kerana ada soalan essays, OSPE (assessment for laboratory exercises) namun tiada oral case analysis (SOCA). 

Di dalam case analysis, kita akan study semua case yang dipelajari di tutorial dan sewaktu exam nanti dikehendaki untuk membentangkan salah satu case yang dipilih secara rawak. Clinical skills ialah evaluasi apa yang kita belajar dalam skills lab. Setakat ni yang paling banyak buat orang menangis dan stress ialah SOCA, huhu. 

Sedikit hikayat mengenai SOCA, exam ini diibaratkan seperti stress test secara berkala, dan menjadi penguat iman-iman kita. Di waktu SOCA lah ibadah menjadi makin gencar, doa dipanjatkan bertubi-tubi dan kekuatan tawakkal menjadi luar biasa. Berusaha, buat persiapan awal-awal bagi molek dan kemudian tawakkallah. Itu yang mampu saya katakan. Tanya senior atau kakak2, habang2 usrah macam mana mereka belajar :P


Facilities.

Bagi saya, mungkin di sini tidak selengkap di universiti lain, misalnya di sini kurang cadaver untuk kita terokai, kurang mikroscope untuk ambil sorang satu, kurang itu dan ini namun alhamdulillah. Aspek ni sangat subjektif untuk dinilai, tergantung positivity kita dalam proses menuntut ilmu, medepani cabaran, memaknai kesusahan dan sifat qanaah dalam diri. Namun jika dinilai secara objektif, seadanyalah. Datang sini baru tahu ^^'.

Environment.

Bandung lebih dingin kerana berada di kawasan beraras tinggi dari aras laut dan suasananya tidak jauh beza dari Malaysia. Boleh dinikmati perbezaan yang ada. 



Jatinangor :)

Habis. Saya tak pandai bercerita mengenai benda yang teknikal, kerana bagi saya secara peribadi, ianya perkara kedua selepas faktor diri sendiri. Di mana pun kita berada, yang mencorak tanggapan indah dan buruknya bermula dari diri kita. Kita boleh berada di universiti terbaik sekalipun namun itu bukan syarat untuk menjadi doktor yang bagus.

Perkara yang selalu saya fikir bila saya memilih untuk ke sini ialah niat, kemahuan yang kuat dan keberlangsungan tarbiyyah diri. Kadangkala kita melihat medicine ialah tujuan utama kita, sedangkan belum tentu kita diizinkan untuk menghabiskan 6 tahun yang panjang ini. Jika kita bermula dengan niat yang salah, banyak benda akan terbazir. 

Setiap pekerjaan kita orientasinya ialah amal. Bukan nak kata belajar ni mudah, sebenarnya banyak yang susah-susah belaka. Bila exam, stress. Banyak assignment, stress. Lecture asyik cancel, stress. Tapi kita selalu pujuk diri dan mencari nilai yang positif dalam berusaha. Sibuk-sibuk belajar, usrah tetap datang. Ada kuliah, program, rajin-rajinkan diri. Solat jangan tinggal, baca dan hafal Al-Quran selalu. Jangan lari dari tarbiyyah atau biah islami sebab takut pelajaran terganggu, kerana yang menjaga setiap sesuatu itu ialah Allah. 

Jangan sampai tiga tahun berada di sini tak ada 'taghyir' (perubahan) dalam nilai diri sebagai seorang muslim. Bila ada jati diri sebagai muslim, akan ada rasa nak izzahkan lagi identiti kita dengan mencemerlangkan diri.

Macam kelakar pula apa yang saya tulis ni. Macam poyo. :) Namun kerana benda-benda ni yang ada dalam kepala saya, one piece yang keluar tetap ialah ini. Saya tak pandai memotivasikan diri dengan khabar elaun yang banyak, gambaran kampus yang tip top etc. Kerana semua tu hanya beri kemudahan dan kesenangan, namun belum tentu kekuatan.

Semoga sentiasa berorientasikan 'ghayah' (matlamat) yang lebih besar insyaAllah.

 :)














18 comments:

  1. Thanx alot kak 4 this precious info. Really2 appreciate it ^_^ … and plz do pray 4 us 4 the test on next monday. Barakallhu fik ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak, saya nak tanya sikit tentang subjek2 dia.. Biasanya subjek untuk sem 1 kat unpad ni apa? Buku kena beli dari sini (malaysia) atau p situ(unpad) baru beli? Mohon pencerahan akak dalam hal ini..
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dik..

      Di Indonesia, buku ori adakalanya lebih mahal sikit dari di Malaysia. Jadi biasanya buku2 yang elok beli ori dibeli siap-siap dari Malaysia.

      Dalam semester pertama, akan belajar Fundamental Biomedical Science. Waktu ni, ada beberapa buku yang berguna. Jika ada buku biology yang diguna di matrik atau asasi (eg: campbell) bawa je :)

      Untuk Anatomy, di UNPAD akan guna Anatomy's Moore.
      Histology boleh guna Junquiera's Histo atau Atlas of Histology De'Fiore.
      Pathology akan guna Robin's Pathology.
      Embryology boleh guna Langman's embryology atau The Developing Human by Moore's
      (4 basic buku kat atas ni akan pakai berterusan sampai 3rd year)

      Buku Guyton's physiology pun akan banyak sangat guna esp di tahun ke 2 dan 3 tapi yang ni tak beli ori pun xpe rasanya.. Dan juga buku-buku lain nanti di Bandung boleh beli insyaAllah :)

      Delete
  3. Salam Kak Saya nak Tanya,kalau belajar kat sini mmg 6 tahun kat Sana ke atau 3 tahun Sana 3 tahun lg kat Malaysia? Lg satu kalau pointer mcm 3.6 or 3.7 layak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam, 3 tahun di Bandung, dan 3 tahun di PPUKM.. :)

      Hu berkenaan pointer sy kurang pasti dik.. minta maaf sangat2. Mmg ada antara rakan yang dulu dapat 3.7 namun mungkin tak semestinya sama sekarang kerana persaingan yang banyak.. Allahualam.

      Delete
  4. Salam kak, pointer mmg kena 4 rata je ye nak masuk ukm-unpad ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam.., Jika dulu masa batch saya, tak semestinya,,

      Namun polisi MARA dan UKM berubah dari masa ke semasa, yang sekarang lebih ramainya yang cgpa 4.0, insyaAllah..

      Delete
  5. salam.sis kalau lepasan dip sains dapat tak msuk UNPAD-UKM ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam, setahu saya, batch tahun lepas ialah batch yang terakhir untuk program UKM-Unpad.. Dan setakat ini tiada khabar mengenai pengambilan baru.. allahua'lam..

      Delete
    2. Aah. Batch kami (batch 2014) yg terakhir. Batch 2015 tiada pengambilan. Inshaa Allah, setakat yg kami dengar, pengambilan batch 2016 akan diadakan tahun ini :)

      Delete
    3. Macam mana nak mohon program ini??

      Delete
  6. Bagaimana nak memohon program twin ini pada tahun ini(2016)?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum , akak mcm mn nk mohon , still tgk result spm lg ke sdg kan diploma sy skor dgn cemerlamg dan bljr lg mndlm brbndg spm

    ReplyDelete
  8. My son is going to UKM -UNPAD MBBS course 2017. Received Offer letter already .UKM is applying VISA now. By 9 Sep 2017 they will be in Bandung .Need some info on hostel . Pls contact on aftab100@gmail.com.Need to ask some questions on life there.

    ReplyDelete
  9. Batch 2017 UKM -UNPAD 29 students are selected on self financing basis . MAYBANK and PTPTN are giving loans.

    ReplyDelete

3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...