Thursday, February 25, 2016

Baby steps.

Bila dah melangkah tahun ke 5 study, alhamdulillah diizinkan untuk melalui beberapa posting.


Medical,

Public health,

OnG,

Surgery,

Orthopaedic,

Paediatric,

Otolaryngology (ENT),


and currently, 

Ophthalmology.


But among all, there are two postings that I feel close to, which are medical and paediatrics. 

Medical memang sebab posting ni yang paling banyak berendam air mata dulu. hu. And because it covers many things that we can relate with. 

Paediatrics pula sebab ianya unik. Dan yang paling kerap ditanya oleh rakan-rakan bukan medical for a simple consultations.

Rakan-rakan ye. Because many of my friends already have their own kids and toddlers. 

^^'


There was one time in paediatrics when we had an extra teaching with Dr.Z. In that session, I performed a newborn screening to a baby.

Pegang baby pun takut-takut. Apatah lagi bila nak kena tungging terbalikkan waktu buat screening. Alahai dah namanya pun baby. Tambah anak orang. 


Dr. Z gelak je. In the end he asked,


" Athina, kamu ni dah kahwin ke belum..? "

**geleng**

" Kena ada anak sendiri dulu ni, baru tak kekok. "

Dia gelak lagi.

While I'm struggling to manipulate this tiny little creature. 

^^' 

Actually, i do agree. Sebab skill ni bukan benda teori. Kena sentuh baru rasa, kena biasakan baru sempurna. Things go naturally when we are used to it. Dan daripada paediatrics ni, banyak benda kita boleh belajar.

One of it is to go through steps, with patience. Walaupun kadang-kadang ianya step yang kecil, dan nampak leceh.






Antara benda yang rakan selalu tanya mengenai anak mereka ialah proses pembesaran. Kebanyakan parents nak anak mereka cepat segala serbi. Cepat berjalan, cepat berlari. Ada yang anak masih terlalu kecil, belum merangkak dah diletak dalam walker supaya cepat berjalan.

Memang dengan cara tu ada budak yang cepat berjalan. Kemudian bila parents ni saling compare anak masing2, kadang-kadang buat parents lain rasa anak mereka agak slow serba serbi.


**sigh**


Hakikatnya, apa yang nampak cepat tu tak semestinya lebih baik. Ada research mengatakan bahawa budak yang skip merangkak ni walaupun mereka berjalan dengan lebih cepat, tapi kemahiran gross and fine motor mereka lebih jauh ketinggalan berbanding budak yang melalui steps yang biasa, baby steps. 

Sebab budak yang merangkak mereka belajar sesuatu sepanjang 'rangkakan' mereka tu. hu.

Jadi yang selalu sy ingatkan, give as much stimulation as you can, and just beware if there are any delay from the normal phase rather than excessively try to speed up things unnaturally.



*************************************************************************************************



Macam tu juga hidup ni.

Melalui masa yang panjang untuk capai sesuatu mengajar kita untuk banyak bersabar. Malah di sepanjang proses tu, kita berpeluang membina diri dan kutip pengalaman.

Ada orang ambil medical degree 5 tahun, ada yang 6, 7 tahun.

Ada yang asasi, ada yang diploma. Yang A level pun ada yang setahun je, ada yang 2 tahun. Things are beyond our control. Yang kita mampu hanyalah terus berusaha, dan jangan saling membanding-bandingkan.

Sebab kita tak tahu mungkin orang lain tu kutip lebih banyak pengalaman berharga yang lebih berguna secara hakikinya.

Like the baby who crawls before taking the first steps. 

They gain a better gross and fine motor.

Because when they crawl, sometimes they have to look up, using their short neck.

When they crawl, they play and grab more things on the floor, by using their delicate fingers.

And one day, they'll stand up and walk like a bear. Sometimes falls on their bumps but its okey. Pampers shall give a safe landing mat. 

Until they can walk alone and run intuitively, avoiding barriers and be safe


:')





Thursday, February 11, 2016

Minimalist

Bismillahirrahmanirrahim..



Sunset : Sg Petani

Sepanjang hidup, ada beberapa tempat yang benar-benar mendapat tempat di hati.

Kedah

Bandung


Melaka


Dan setiap satunya, ada benda dan sebab kenapa ianya istimewa. Boleh jadi kenangan, ataupun sesuatu yang ada di sana.

Di Kedah terletaknya rumah. Yang sebenar-benar rumah. Selain di kolej, hanya di rumah ini aku punya ruangan sendiri, tempat bekerja dan ruang rehat peribadi. Berbeza dengan Melaka, perasaannya beza. 

Bandung hanya ada kenangan.. 

Melaka juga ada kenangan.. dan keberadaan orang yang kita sayangi.. 

:'

**************************************************


Kadang-kadang aku terfikir, jika segala asbab ini hilang, rumah runtuh, hilang ingatan, adakah tempat-tempat ni masih istimewa di hati kita..? 

Begitu juga bidang perubatan, yang asalnya sungguh istimewa di hati..

Sekarang ni, di saat munculnya berbagai penyakit, hal perubatan selalu jadi topik perbualan. Namun semakin lama, aku makin malas untuk mendengar. Kita hidup di zaman teknologi di mana semua orang mempunyai akses internet dan sekaligus menjadikan mereka pakar perubatan segera. Hingga doktor-doktor dikatakan dungu dan diperlekehkan..

Ada juga golongan yang bercerita mengenai pemakanan sunnah dan mengutuk doktor yang memberi ubat-ubatan. Mengaku bahawa cara mereka lebih islami seolah-olah semua doktor ialah sekular dan lebih teruk lagi dikatakan boneka yahudi. Mereka tidak tabayyun sedangkan doktor juga ramai yang mempercayai pemakanan sunnah.

Dan yang epiknya, bapaku sendiri pernah berkata bahawa jika ditakdirkan dirinya jatuh sakit, dia tak mahu dirawat di hospital.


Frust. T.T


Sampaikan aku yang sudah hampir 5 tahun belajar terasa betapa bodohnya aku kerana memilih bidang ini, dan bersusah payah kerananya. 

Betapa naifnya.

Lebih baiklah doktor-doktor di Malaysia ni dihantar saja ke Syria dan Gaza sana. Sekurang-kurangnya mereka boleh menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesakitan bagi mereka yang benar-benar memerlukan.



T.T

Dan kalau diikutkan, sebenarnya tak banyak sebab untuk orang suka buat medic ni. Aku perlukan sedikit motivasi. Hu.


Nak bantu orang ? Pesakit dah tak mahu dibantu.

Kerja stabil ? Doktor sekarang banyak yang menganggur.

Kerjanya hebat ? Manusia mana yang suka kerja berbelas-belas jam, dengan darah, penyakit dan segala kotoran.

Minat ? Bila dah penat kita tak peduli lagi.



Yang sebenarnya, perasaan kita berubah-ubah kerana semua alasan ni sifatnya berubah dan tidak kekal :(

Seperti manusia. Rupa, status, harta. Benda-benda ni menarik perhatian, namun ianya bersifat sementara. Akhirnya yang kita mahukan hanyalah satu sosok yang menenangkan hati.. Sebaliknya bila disandarkan pada benda yang sementara, kita akan mudah hilang cinta dan obsesi tu bila sedar bahawa nikmatnya cuma sekejap.


Ada sekali tu waktu usrah, makcik menasihati kami akan sesuatu yang bermakna,


" Try to train yourself to be a minimalist. "


Because sometimes without  realizing it, we are taking and expecting more than what we actually need. Kerana itu kita kecewa dan tidak pernah merasa puas..

Minimalist ni, ialah bila kita tak tamak dan hanya ambil apa yang kita benar-benar perlukan. Dan dalam konteks ni, yang kita perlu hanya redha Allah dan amal yang diterima. 

Pesan makcik lagi,


"Seorang mukmin yang memiliki kekuatan dalaman yang mantap tidak memerlukan eksternal factors untuk merasa bahagia. 


Cukuplah dengan imannya.


Not expecting good things to happen to feel good.

Not expecting gifts/praises to feel appreciated.


Untuk bahagia jangan tunggu benda baik jadi. Grad, kahwin, dapat kerja best etc. Sebab unfortunately manusia yang bersandar pada keinginan2 ni semata-mata sebenarnya berjiwa lemah, kerana dia expect dunia yang memberi bahagia.

While dunia ni cuma ujian."

 T.T



Jadi, selagi ianya sesuatu yang kita masih mampu dan perlu, mari belajar untuk ikhlas.


And reduce our expectations from human. Kerana manusia adakalanya lupa berterima kasih pada Tuhannya, apatah lagi sesama manusia..

Expect only from Allah. 

He will grant you, until you satisfied. (93:5)
















Thursday, December 31, 2015

Syurga yang tak dirindukan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah agak lama tidak menulis di sini. Dah nak masuk tahun baru pun.


Alhamdulillah.

Alhamdulillah 2x lagi 

dan seterusnya.



:')


Kali ini agak panjang, hu. Walaupun belum tentu ada yang membaca, namun tidak mengapa. Kerana bagi aku, penulisan ialah sesuatu yang istimewa. 

Ada yang menjadikannya khusus sebagai medan dakwah,

ada yang mencari rezeki dengannya, 

dan bagi aku, penulisan ialah satu bentuk 'reminder'. Juga ruang untuk aku selalu 'check and balance'. I dont have instagram to scroll my year, facebook juga tiada apanya. Aku hanya ada ruangan ini, untuk discroll and tune muhasabah mode tu.

:')

Kerana kita ni sungguh manusia, pelupa. Dan tidak mustahil jatuh ke lubang yang sama buat kali kedua. Adakalanya Allah dah bagi ujian tu, dan kita dah susah payah melaluinya, namun masih stumble bila diuji benda yang sama. 

Begitulah tamparan yang aku rasakan pada hari ini. 

Pagi tadi final exam OSCE bagi posting orthopaedics.


Ada 6 soalan klinikal, dan dua stesen untuk praktikal (short case). Walaupun hampir semua soalan klinikal rasa-rasa dapat jawab, namun air mata tu rasa nak keluar sangat-sangat, hanya kerana kesilapan di dalam satu stesen short case. Kerana ianya kesilapan yang berulang. 

About three months ago in hand clinics, 


"Athina, please examine this patient hand."- Prof J

**Baru belajar, buat pun berterabur.** 

Prof macam biasa, sangat sabar dengan ke'blurr'an kami. hu. In the end, he commented,

"First of all the exposure is not adequate. See, you missed the scar high up here. That is why this patient have pointing index finger." (sign of benediction) - Prof J


I thought I have learnt my mistakes. I thought so.

Entah kenapa, di saat aku mendapat patient yang hampir serupa untuk short case tadi, aku tetap melakukan kesilapan dan gagal memberi diagnosis yang betul. Terlalu gugup. Malah ianya lebih menyakitkan kerana its about the same thing. 

And the Deja Vu is killing. The mind replays what the heart can't delete. Astaghfirullah.





Kerana itu,

Jangan sangka bahawa kita sudah cukup terlatih walaupun pernah go through experiences tu. Mungkin belum cukup. Sebab tu Allah selalu uji kita berulang kali benda yang sama, sampai kita lulus. Betapa sayangnya Allah pada kita, Dia nak kita pass.

Seperti di dalam dunia perubatan, kita mendapatkan title specialist dengan latihan, dan diberi exposure sebanyak mungkin hingga boleh pass the exam for master. Namun untuk menjadi seorang consultant, the main thing is experiences. Pengalaman.

Same goes to tarbiyyah. 

Kalau medical school melatih seorang bakal doktor, Madrasah tarbiyyah melatih kita hingga jadi individu muslim yang sohih. Dan ingatlah, tidak semua orang dapat nikmat memasuki madrasah tarbiyyah dan kekal di dalamnya.

Kita sungguh-sungguh pergi teaching, lectures, sebab nak jadi doktor tu. Namun tak bersungguh nak jadi individu muslim. Kita takut repeat year dan nak kejar grad tu, namun tak takut bila stagnant je dalam tarbiyyah.

Ponteng dauroh,

Culas berusrah,

Mutabaah amal ke laut. 


This is for me.

**air mata mengalir laju**


Allah tahu, kita sibuk. Kerana itu Dia selalu memaafkan, dan tidak membenci hamba-hambaNya. Namun, jujurlah kita pada diri. Sekurang-kurangnya berusaha mencari kesempatan tu.


**********************************************

Student medic UKM kebanyakannya tahu,

Grad medic ukm berlangsung di panggung seni UKM Bangi tu. Paling koman kita tahu jubahnya berwarna merah. Huhu. Dan setiap tahun jugalah kita meleleh air liur menatap gambar senior-senior berjubah merah. Mereka meloncat kegembiraan.

Bayangkan grad yang satu lagi pula. 

Ianya termaktub akan berlangsung di syurga sana tu. 

I repeat, syurga.

Dan tahukah kalian, betapa susahnya nak grad madrasah yang satu ni?

T____T

Waktu tu, orang yang grad akan disaksikan juga, oleh para malaikat dan ahli neraka.

Allahu.

**Nangis lagi**


Aku teringat satu babak di dalam filem Indonesia, syurga yang tak dirindukan. Di saat teman Pras, Amran sedang memujuk Arini dengan menggambarkan indahnya memasuki syurga jika kita sanggup berkorban. Dan Arini membalas,

"Syurga yang mas Amran gambarkan begitu indah, 

tapi maaf, bukan syurga itu yang aku rindukan."


Peh T.T


Di saat itu, Arini masih terluka. Namun kemudiannya, dia sembuh justeru berjaya melawan perang dan rajuk hatinya. Seperti kita, sentiasa dengan berbagai macam rajuknya, dan Allah tidak pernah jemu memujuk 

Sentiasalah rasa pujukan Allah tu, kerana Dia tidak pernah meninggalkan kita. Teringat pesanan murobbi suatu masa dahulu,

"Jika kita benar-benar merasakan kasih sayang Allah, angin yang bertiup lembut di pipi sekalipun akan rasa, bahawa Allah sedang memujuk."

Faghfirru ilallah :')







Saturday, November 28, 2015

Escapism

Bismillahirrahmanirrahim..

Ada satu pengisian dari slot proTaz siang tadi yang terkesan di hati, ringkas namun kena pada masanya.

"Penyakit biasa bisa diubati dengan rawatan medis, namun ketahuilah bahawa jiwa yang kosong itu hanya mampu diisi dengan spiritual." 

Secara fizikalnya, memang pesakit itu sakit.

Namun adakalanya sakit yang lebih parah itu ditemukan di dalam jiwa. Namun sayang sekali, tiada yang peduli untuk mencari penawarnya.







Adakalanya saat kita bersendiri, kita menangis.

Berehat beberapa minit, terasa gelisah.

Setiap hambatan dan tuntutan memenuhi fikiran.

Kehendak yang jarang sekali terpenuhi.

Perasaan yang sukar sekali diuruskan.

Tidur dengan rasa resah

Sakit jiwa.


.............................................

Sangat sering sebenarnya, kita mengabaikan diri dari sudut spiritual.  Jujur aku katakan, di saat perkara ini berlaku pada diri, sakitnya tak terperi.

Beberapa hari lepas aku diuji dengan tertariknya nikmat 'sihat'. Kerja kian menimbun, ada kuiz, ada juga dateline yang perlu dikejar. Aku makan paracetamol mengikut dose. Ku pastikan cukup. Ditambah lagi dengan ubat selsema dan batuk. Malah ini kali pertama aku telan semua tanpa ragu lagi, kerana macam mana sekalipun semua kerja harus selesai. 

Namun entah kenapa aku tetap tak larat. Perasaan yang lelah beberapa waktu ini menjadikan aku tidak bersemangat melawan. Tubuh seolah-olah menyerah kalah. Makin dipaksa makin kalah.  Masa terbazir dengan lelap yang tidak direlakan.

Hingga akhirnya saat beberapa minit pejabat mahu ditutup, aku masih menyiapkan case report. Ini bukan epik, tapi pathetic.

............................................

Siang tadi aku menziarah ibu saudaraku yang sakit kanser di HKL. Dia masih berbual seperti biasa, namun aku melihat semangat yang makin pudar di wajahnya. Tidak lagi seperti dulu.

"Kanser ini tidak sembuh. Tidak berkurang." 

Hanya itu katanya yang terngiang-ngiang di fikiranku.


Di dalam perjalanan pulang, bapaku bersuara,

"Sakit ni adakalanya datang dari jiwa yang tertekan. Bukan tertekan kerana kerja, namun kerana kerisauan yang berpanjangan. Jiwa yang tidak tenang."


Ya Allah..






Jangan sampai kita melepasi threshold 'bearable pressure' tu, kerana takut kita akhirnya merawat diri dengan painkiller yang salah, yakni escapism. Penyakit kita tidak sembuh, namun kita sekadar bergantung pada 'painkiller' ni sebab takutkan kesakitan tu.


:(

Saturday, October 17, 2015

kotoran

Bismillahirrahmanirrahim,



aku mengenal dengan baik siapa diriku,
dulu dia adalah setetes air yang hina,
kelak akan menjadi sekujur bangkai yang membusuk.
Kini dia berada di antara dua hal itu
hilir mudik ke sana ke mari membawa kotoran.

ya, kotoran.





Di dalam ukhuwwah, adakalanya terdapat perkara yang menyakitkan cenderung untuk menjadi lebih sakit daripada biasa.

Kerana di dalam ukhuwwah kepercayaan ialah sesuatu yang tidak boleh tiada.

Kerana mempercayai akhawatlah kita berlapang dada,

Kerana percaya juga kita sudi untuk bertimbang rasa.

..............................................

Aku diingatkan, bahawa untuk menjaganya cukuplah dengan adanya iman.

Ini ayat legend. 



"Cukuplah dengan iman."





**tersenyum sendiri**


Ku katakan,  Jiwa yang beriman tidak akan saling menyakiti. 

Atau sekurang-kurangnya aku ingin kalian tahu, bahawa aku juga seperti kalian, kita mempelajari Al-Quran yang sama. 

Jika 'sirr' yang kalian cuba pertahankan, ketahuilah bahawa di kebanyakan masa aku tidak peduli pun mengenai apa yang kalian cuba sembunyikan. Senang cerita, itu bukan isunya.

Namun sikap kalian itu yang terlebih sering menganggu dan melukakan hati. Fikrah kalian terlalu mendalam, sosok kalian terlalu ekslusif, jiwa kalian terlalu syadid hingga diri yang tidak seberapa ini terasa jauh walaupun hanya sebelah-menyebelah.

Maka, maafkanlah bila diri ini tak mampu untuk berukhuwah sehangat matahari. Kerana jiwa ini belum sebesar bumi. 

Maafkanlah jika ketegasan ini makin sukar dilentur, kerana aku perlu sedikit ruang konsentrasi. 






Seperti di waktu peperiksaan, bila ada satu soalan yang aku tak tahu jawapannya, justeru aku tinggalkan. Dengan harapan agar dapat kembali memikirkannya. Namun jika ianya tetap menjadi tanda soal, aku akan pilih satu jawapan dengan ijtihad dan tawakkal.

Begitulah perjalanan kita. Kemampuan kita terbatas.

Sekadar menangani perbezaan, ianya lebih basis daripada yang kita sangka.  


"Kita harus belajar untuk menerima bahwa sudut pandang orang lain adalah juga sudut pandang yang absah. Sebagai seorang mukmin, keberbedaan dalam hal-hal bukan asasi tidak lagi terpisah sebagai 'haq' dan 'bathil'. Istilah yang lebih tepat mungkin ialah 'shawab' dan 'khatha' (menggunakan persangkaan yang kuat).

Tempaan pengalaman yang tak serupa akan membuatnya lebih berlainan lagi antara satu sama lain. Seyakin-yakinnya kita dengan apa yang kita fahami, itu tak seharusnya membuat kita terbutakan dari kebenaran yang lebih bercahaya." 
(Salim A. Fillah)


Mungkin kita lupa, bahawa di dalam berprinsip, para sahabat sendiri berbeza-beza. Malahan Abu Bakr, Umar dan Usthman r.a tidak mempunyai prinsip yang sama di dalam rentak pemerintahan. Usthman r.a pernah berkata,



"Adapun Abu Bakr, Allah memberinya waktu yang sempit dan dia habiskan itu untuk mengembalikan ketaatan orang-orang. Adapun Umar r.a, sungguh dia ialah orang yang tak ingin ada yang berubah dari masa Rasulullah sehingga dia memaksa manusia dengan perintah dan cambuknya. Dia kuat dan mampu meski rakyatnya berasa berat dan sempit. 
Adapun aku, adalah orang yang berlapang dada atas segala keadaan dan kenyataan mereka." 
(Dalam Dakapan Ukhuwah)



Di mana sekalipun kita memilih, itu bukan persoalannya dan diri ini cukup matang untuk memahami. Engkau tidak perlu mencari insan sekandang untuk berbicara mengenai dakwah atau tarbiyyah, kerana kita sama-sama mengaku dai'e dan ribbiyyun atas nama. 

Cukuplah kita menjaga taqwa di dalam diri. 

InsyaAllah, semoga bertemu di syurga.. :)



Thursday, September 10, 2015

Quit.

Kalau nak dihitung berapa kali terdetik di dalam hati perasaan nak 'quit', 

dah beratus-ratus kali rasanya.

Quit salah satu, which I thought I could'nt carry both.


DnT,

Medic.



Nak terjatuh dah.


Then dah beratus-ratus kali juga tersedar, I could'nt quit any of these two.

Dua-dua pun amanah, 

dua-dua pun akhirat.

..........................................

Penat  dengan bermacam-macam syuro, 

wasilah-wasilah tarbiyyah lagi, usrah sana sini, 

nak mantapkan tsaqafah pun ye juga. Kalau sesat anak usrah nanti, siapa nak jawab.

Nak bercuti sedap-sedap pun susah.

Belajar pula medic. Orang kata medic ni kena fokus. Ni tak, study boleh tahan juga tunggang langgang. Weekend orang study dia hilang entah ke mana. Bila la nak jadi top student. 

T.T


..............................................


Bila kita luah macam ni, mungkin akan ada banyak persepsi dari luar sana. Duniawi lah, futur, tak qowiy. Terpulanglah kan.

Dipendekkan cerita, orang tak faham apa yang kita rasa. Struggle kita hanya Allah yang tahu.

Aku sendiri berfikir, agaknya bolak-balik ni makin menjadi-jadi kerana sedikitnya mutabaah aku.

Mungkin je, kan.

Bangun pagi, mengantuk yang amat. 
Keluar rumah matahari pun belum clear lagi.
Di hospital kena kerah tenaga dan otak. Setiap hari macam ada viva asyik kena soal benda yang kita tak tahu. Yang kita tahu tak tanya pula kan. 
Berdiri berjam-jam, jalan berbatu-batu. Exaggerate sikit.
Balik hospital, flat kepenatan.

Esok depan supervisor blurr lagi. Kena tegur macam semalam. Down lagi. 

Benda ni dah jelas nampak macam vicious cycle, tapi tak tahu macam mana nak solve dan stopkan. Macam kena paksa lari atas mesin exercise threadmills tu tapi tak tahu mana suis off.

Mungkin muscles dah kata penat,
mata dah kuyu,
belakang sakit-sakit.
Tapi aku paling takut, kalau hati ini yang akhirnya hilang cinta dan obsesi tu.
Allahu.

Kerana itu Saidina Ali r.a kata,

"Sabar itu diibaratkan seperti kepala kepada tubuh."

Hilang sabar, busuklah satu badan. Hancur berderai semua. Tak ada manusia hidup tanpa fungsi kepala kecuali orang gila, ya kan.


Sabar. Sabar. Sabar.



Dan slow sikit takpe asalkan sampai. Asyik nak cepat banyak pula tersadung nanti.

Hidup ni memang banyak nak kena kejar. Sebab masa kita limited untuk persiapan ke dunia selama-lamanya di akhirat tu. 

Nak grad cepat, tapi ilmu belum cukup. Nanti jadi doktor bawak mudharat kat orang.

Nak kahwin cepat, tapi belum ready nak korban masa, perhatian dan kudrat. Kahwin sebab seronok, namun sedarlah bahawa institusi keluarga bukanlah barang mainan. Kena ada bakat mentarbiyyah dulu. Nama pun baitul muslim kan.

Pokoknya,
Kalau boleh nak accomplish semua benda dengan sempurna berbekalkan mujahadah dan kecekalan nan jitu. Kerana itu, bersabarlah sayang. Hidup ni ada step-stepnya dan tak boleh skip-skip. 

Sebagai hamba, kena selalu ingat orientasi kita, ibadah.
Orientasi kerja sebagai amal. Jangan sampai kerana terlalu merisaukan masa depan, kita terlupa untuk hidup pada hari ini, untuk bekerja di saat ini.

InsyaAllah.



Saturday, August 29, 2015

Naurah







"Naurah kerja ke..?"

"Tak kerja makcik, buat masa ni teman ibu di rumah." Naurah senyum seulas sambil menuangkan air teh ke cawan-cawan kosong.

"Owh.. Kamu tak grad ke Naurah?"

"Alhamdulillah makcik, cuma kerja nanti-nanti dulu, insyaAllah."

"Nanti-nanti ni selalunya terlajak terus." Makcik Wan ketawa yang seperti dibuat-buat.

"Makcik bukannya apa, cuma kalau dah belajar bertahun-tahun tapi tak kerja bagi makcik membazir je. Lagi-lagi sekarang ekonomi meleset. Tapi tulah kan, sekarang grad pun belum tentu senang dapat kerja, kos kat universiti pun banyak yang entah ape-ape. Belajar susah-susah, akhirnya tak berguna sangat pun." Tambah makcik wan.

Adlin yang sedang menyiapkan kerja sekolah menjeling tajam. Mak Nah hanya menarik nafas panjang, ada keluhan halus kedengaran. Dari dulu Wan tak pernah berubah. Ada saja kritik dan komen melulu yang menyakitkan hati, bisik hatinya.

Naurah tersenyum tipis.

"Ada rezeki nanti saya kerja juga makcik. InsyaAllah." Balas Naurah.


..............


"Kenapa kakak setiap kali ditanya, jarang sekali direct to the point, bagi tahu je terus yang kakak ni dah grad sebagai doktor cuma kakak tangguh posting atas sebab kesihatan, tak adalah sesiapa merendahkan kakak.." 

Suara adlin mendatar memecah kesunyian malam. Suasana malam di kampung ini sunyi, namun bagi Naurah yang sudah terbiasa tinggal di bandar, bunyi cengkerik belum membuat jemu di hati. Serambi luar rumah menjadi tempat kegemarannya. Naurah memandang Adlin yang tekun menghadap laptopnya dengan dahi yang berkerut. Entah kerja apa yang dibuatnya, bisik hatinya. Naurah menghirup air teh, dia tersenyum nipis.

"Lin, adakalanya satu bagian dari tubuh dan jiwa kita akan menjadi sangat susah ditambat, payah nak dijaga. Ianya meronta seperti haiwan liar."

"Huh?" Adlin berkerut lagi. 

"Itulah hati."

"Maksud kakak?"

"Kakak takut kakak jadi bangga diri."

Kini Adlin memandang Naurah tepat ke matanya.

"Kakak tak mungkin akan jadi macam tu."

"Kenapa?"

"Sebab kakak orang baik."

Naurah menggeleng-geleng kepalanya, dia tersenyum tawar.

"Tak salah kan, kita berhak dilayan dengan adil selepas usaha kita. Man jadda wa jadda. Siapa yang berusaha, dia akan dapat. Setiap apa yang kakak ada, setiap kedudukan di dalam masyarakat, semua itu hasil daripada kerja keras." Adlin mencebik. Belum berpuas hati.

Naurah tergelak. 

"InsyaAllah..

Nikmat selepas usaha tu kita akan dapat Lin, insyaAllah. Allah akan bagi rasa manis tu, dan semoga Allah bantu kita untuk beramal menggunakan nikmat tu. Jangan risau, kakak tak sikit pun rasa kecik hati dengan kata-kata makcik. kakak lagi selesa macam ni. 

Kakak juga tahu setiap kelebihan yang kita miliki ialah aset buat ummah. Islam perlu bangkit dengan muslim yang berjaya. Namun definisi berjaya itu kena merangkumi dua benda, inside and out. Kedudukan yang tinggi tanpa taqwa dan zuhud akan melahirkan jiwa yang lalai dan lemah.

Mula-mula kita buat kerana Allah, mendapatkan dunia kerana ummah dan agama, namun tidak mustahil satu hari nanti kita akan jatuh cinta pada dunia ini dan takut untuk kehilangannya."

Naurah mengelus lembut,

"Dan bagi kakak, jiwa ni belum cukup kalis dan kuat.

Di hospital berpuluh-puluh orang panggil kakak doktor, kakak kena berjalan sana sini pakai whitecoat, gantung stetoskop di leher, di depan patient, di cafe adakalanya berhabuk kita speaking dengan istilah-istilah yang luar biasa, kepandaian kita terserlah. Di dalam konferens kita berusaha menampilkan tahap educational kita yang terbaik dengan pandangan-pandangan yang bernas. Status-status facebook kita adakalanya menceritakan kisah medical kita, kisah hospital, on call dan sebagainya. Kita bukan tak tahu bahawa masyarakat sedang memperhatikan kita.

Kalaulah Lin tahu betapa nazaknya hati seorang doktor itu nak compensate dengan perasaan jangan takabbur dan bajet bagus tu, malah mungkin ramai yang dah terbiasa dan hidup dengannya hingga tidak perasan akan penyakit yang dihidapi jiwanya.

Seperti orang yang ada masalah Chronic Obstructive Pulmonary Diseases (COPD), setiap hari pernafasannya di bawah kapasiti normal namun baginya itu biasa. Baginya itu normal. 

Mereka akan kata,

"Pakcik tak sakit."

"Pakcik sihat je."

Sedangkan bila kita bandingkan dengan orang biasa, bila kita measure secara empirikal, paru-parunya sudah tidak lagi berfungsi dengan maksimal..

Begitulah qalbu kita.

Sayangnya kita tak ada X-ray untuk melihat tompokan hitam dan menilai gelap terangnyanya qalbu itu.

Sayang sekali."





3rd trimester.

Bismillahirrahmanirrahim. Its very difficult to update blog nowadays. Hu. Last time when I updated, I was in my first trimester of my pr...